Dream 1

21 1 0
                                    

Gasp!

"Mimpi...." Raut wajahnya penuh kehairanan. Sesekali tanda soal penuh memenuhi seluruh pelosok mindanya. Seketika dia meraup wajahnya lalu menyelak rambut anggunnya yang kekal indah lepas bangun tidur.

Gadis ini akhirnya mula bangkit dari tempat beradu, membuka langsir putih nan indah lalu merenung pemandangan seketika.

Suatu pantulan terpapar pada sliding door biliknya yang menghadap pemadangan laut yang indah tadi.

'Nur Farah Bahiyah'

Ya, nametag sekolah menengah miliknya. Masih cantik bersinar, dijaga rapi meskipun dia telah tamat persekolahan. Pada April 2021, akhirnya benar² tiada lagi kaitan dengan sekolah itu selepas dapat sijil SPM. Maklumlah zaman kegemilangan COVID, tamat SPM lewat lah gamaknya.

Setelah Farah tenang dari mimpinya, dia akhirnya mula membersihkan diri bersiap² hendak ke mana tah.

Farah mengeringkan rambutnya dengan tuala. Hmm harum semerbak satu bilik. Perhatian Farah tertuju ke arah suatu pantulan pada sliding door, kemudian matanya menuju ke objek tersebut. Name tag nya. Farah tersenyum. Dia menuju ke meja belajarnya, di mana name tag nya terletak indah di situ. Dia duduk lalu mengambil tag nama itu, diusap² nya tag nama itu sambil tersenyum.

'Nur Farah Bahiyah'

'Yes you're still Farah' bisik hati Farah sambil sebelah tangannya lagi menggenggam loket bintangnya.

Sesekali dia teringat semula akan mimpinya tadi. Dia kemudian melepaskan kedua² tangannya yang memegang dua harta pentingnya tadi. Lalu dia menggapai sebuah buku. Nak kata diari.... BUKAN! Itu hanyalah buku yang berisi macam² hasil karya penulisannya. Farah senang menulis cerita melalui kisah nyata, pengalamannya atau mimpinya. Farah mula menggerakkan jari jemari anggunnya untuk menulis cerita tentang mimpinya.

Cakap pasal mimpi, sejujurnya sejak dulu lagi Farah sering alami mimpi yang seolah² suatu petunjuk. Pada mulanya, dia sering bermimpi buruk dan mimpi itu sentiasa berulang² bertahun² secara berturut² sehinggakan dia menjadi seakan lucid dreamer sebab dah masak dah dengan mimpi buruk tadi. Bayangkan dari umur sebelum tadika lagi, sampai umur 9 ke 10 tahun mimpi buruk yang sama berturut² tiada kesudahannya. Syukurlah selepas bertahun² itu akhirnya tidak muncul lagi mimpi itu. Pada ketika itu, tiada sebarang mimpi yang muncul. Akhirnya aman peti minda dan drum jantungnya. Namun, sempat juga dia tak tidur selama 2 hari berturut².

Sehingga suatu masa.....

Dia mulai bermimpi akan satu sosok lelaki. Namun wajahnya sentiasa samar². Sesekali menggoncang memaksa peti minda Farah untuk terbuka dan memikir tentang lelaki itu.

SIAPA DIA? AKU KENAL PUN TAK, BENDA NI MACAM PERNAH BERLAKU. TAPI..... KENAPA AKU TAK INGAT? KENAPA BENDA NI RASA MACAM SATU MEMORI? KENAPA RASA MACAM AKU TAK PERNAH? TAPI RASA MACAM MEMORI NI MILIK AKU?

Dan berbagai lagi tanda soal yang muncul. Semuanya gara² pada tahun 2018 muncul lagi lelaki yang sama yang pernah muncul dalam mimpinya ketika umurnya 12 tahun, 2015, kira² sekitar pukul 3 pagi hingga 4 pagi. Makin lah menjadi² persoalan² di minda. Orang kata mimpi pukul 3-4 pagi boleh jadi suatu petunjuk! Dan kini, March 2023, lelaki itu muncul semula setelah bertahun² menghilang.

'BZZT'

Phone vibrate.

...

'Huh?'

SKY DREAM (Langit Mimpi) | jihoonWhere stories live. Discover now