Dream 6

9 1 0
                                    

Gimpo International Airport
---------------------------------------------

'Harap² dia kat sini lah.....'

Langkah Jihoon terhenti. Segera dia berlari semula ke dalam kereta. Jacket berhood hitam, mask hitam, topi hitam. Semua diambil dan dipakai.

Ya.....

Lautan manusia memenuhi Airport. Dia pasti akan ada yang mengenalinya. Itu akan menimbulkan masalah! Dia pula pergi bersendirian tanpa sebarang manager atau bodyguard. Nasib memihak kepadanya. Tiada satu makhluk pun yang perasan Jihoon sebelum dia berpatah balik untuk mengambil segala jacket, topi dan mask.

Jihoon segera lalu guna jalan yang agak kurang manusia. Dia berusaha mengubah cara jalan agar tiada siapa tahu dia ialah Jihoon treasure.

-----------------------------------------------------------

And the time stopped! Kecuali dua manusia disebalik jacket berhood hitam.

Mata Jihoon memerhati setiap inci pada wajah gadis dihadapannya dengan jarak yang teramat dekat. Jihoon sedar gadis itu kesesakan nafas. Dia memberi sedikit jarak antara mereka agar gadis itu sekurang² nya punya ruang udara yang cukup.

Sempat juga dia berfikir untuk membawa gadis ini lari ke tempat yang lebih selamat untuk mereka berdua tapi... TIADA!

Boleh dikatakan seluruh pelosok airport dijajah segala fans mahupun paparazzi!

Gadis ini tercari² sesuatu di setiap poket yang ada pada baju dan seluar nya.

TIDAK DIJUMPAI!

Hampir saja gadis ini pingsan. Sedaya upaya dia memukul pada bahagian tengah dadanya, sekeras yang mungkin untuk sekurang²nya membuka sedikit ruang di saluran menuju paru².

Meskipun begitu, masih saja tidak mencukupi! Dia benar² lemah! Jihoon memahami situasi itu. Dalam isu dan situasi ini tiada istilah lain melainkan professionalism. Tanpa berlengah, segera dia memberi penafasan mulut ke mulut kepada Stella. Semuanya demi membekalkan oksigen yang secukupnya untuk Stella.

-----------------------------------------------------------

Keadaan yang bising berkurangan... Setelah beberapa minit...

ZUSH!


Badan Jihoon sedikit terdorong ke belakang. Lebih tepat, Stella mengejut, menolak Jihoon setelah beberapa minit yang agak lama juga, berlakunya peminjaman nafas tadi.

PAP!

Satu tamparan dihayun ke wajah Jihoon. Meskipun tak sealim mana, meskipun kadang kala menyentuh seperti mengetuk guna hujung kuku atau jari untuk memanggil sahabat lelaki sekalipun.... Tak pernah lagi dia mebiarkan sentuhan sedalam ini berlaku!

Mujur tak terpelanting topi si Jihoon sebab tamparannya tak kuat. Cukup² makan! Cuma sekadar tindakan reflect atas tindakan Jihoon yang mengejutkan.

Stella sendiri terkejut akan tindakannya yang menampar Jihoon. Kedua² telapak tangan segera menutup mulutnya.

Kemudian tergerak tangan kanannya ke arah wajah Jihoon yang ditampar, pipi kiri Jihoon. Bergetar juga kerana terkejut. Tambah pula kesan panic attack. Ingin menyebut "sorry" pun tak mampu. Bibir habis menggeletar.

"괜찮아...어...아..." (I'm ok.... Yes... A...)

Awkward.... Seriously awkward.....

-----------------------------------------------------------

Dalam kenderaan....

Sunyi....

Sepi....

Yang kedengaran hanyalah alunan melodi dari air-conditioner.....

Fiu~~~

"Erm... Bising sangat kan kereta ni.... HAHA....Ha....Ha..." Jihoon cuba buang kejanggalan antara mereka berdua.

Fiu~~~

"Patut dengar radio tak eh? Hermm..."

Fiu~~~

'Sedaya upaya aku translate ayat kau.... Masalahnya masih tak faham...' keluh hati Farah. Dengan wajah penuh pasrah kepala ditempel ke tingkap. Merenung langit malam lagi bagus....

"That's right.... Kan.... Lagi bagus macam ni.... Bagus lah tu kan? Masing² buat hal sendiri... Tak kekok pun seriously tak kekok...." Jihoon berkata² sendiri kerana terlalu kekok.

Ya, sudah tentu Jihoon bercakap dalam bahasa Korea, yang sudah pasti tidak difahami Stella. Jadi jangan harap lah ada balasan. Yang membalas tetap dirinya sendiri juga nanti.

Sesekali Stella menilik si Jihoon yang berbicara sendiri dari hujung matanya. Kepalanya hanya tergerak sedikit untuk menilik tingkah laku Jihoon. Itupun mungkin masih dalam lingkungan 0° pergerakan kepalanya.

'Tak faham.... Sumpah tak faham.... Tolong lah jangan bercakap lagi.... or aku akan keep on rasa bersalah sebab buat bodo kat kau....'

Keningnya sedikit berkerut. Matanya pula sempat dipejam sekuatnya seketika seolah² melihat sesuatu yang menyeramkan tapi tidak. Kemudian dibuka kembali. Cuba untuk fokus pada pemadangan malam. Bibirnya habis digigit. Rasa bersalah menyelimuti seluruh pemikiran dan perasaannya.

Nak buka tingkap....

Lagi lah jelas makhluk dalam kereta! Kang tertangkap dispatch baru tahu!

Fiu~~~

Kali ini benar² tiada satu patah perkataan pun muncul dari mana² pihak. Biar penghawa dingin saja yang berlagu. Tanpa radio pun tetap terhibur.

-----------------------------------------------------------

Lampu isyarat berubah merah.

Si sleepyhead macam Stella ni mana nak melepas peluang even berapa minit. Lagi² dalam kereta ni ha! Belum lagi ditambah dengan Jihoon yang sengaja drive perlahan dan santai. Tak macam waktu dia kejar Stella tadi. Lajunya.... TINGGAL TUNGGU BAYAR LUBANG KUBUR!

Tiba² Jihoon curious akan sesuatu. Hati dan mindanya kini terbuka untuk menoleh ke arah Stella. Satu senyuman indah terukir.

"귀여워... 이뻐...." (Cute... Pretty....)

TUP!TUP!TUP!

'Deja vu....'

OUCH!

Satu dentuman memukul kuat peti minda Jihoon.

'Wajahnya..... Sungguh....'

Sesekali dia teringat sentuhan yang sedikit mendalam yang telah berlaku antara mereka di airport.....

Rasanya.....

"Familiar...."

'Entah apa yang berlaku pada kami didunia dan kehidupan sebelumnya....'

SKY DREAM (Langit Mimpi) | jihoonWhere stories live. Discover now