Dream 5

8 1 0
                                    

"Barang dia biar letak dekat kitorang, kitorang berdua je ni. Kang tak lah korang sempit." Pelawa Jihoon pada tiga jejaka sekenderaan dengan Stella. Yes from group chat. Haruto yang berada disebelahnya turut setuju. Mereka berdua saling berpandangan tanda meminta pendapat lalu Haruto sekadar mengangguk sebagai tanda setuju.

Maka pulanglah kenderaan yang dinaiki Jaehyuk, Asahi, Jeongwoo, Junghwan dan turut sama Doyoung yang menaiki kenderaan sendiri ke dorm terlebih dahulu.

Yang keluar dari kenderaan hanya Stella, Jihoon, Haruto dan manager yang pandu kenderaan mereka berdua. Iya lah, barang kan letak dalam kereta dinaiki mereka, apa lagi? Tolonglah angkut sekali, walaupun beg nya tak banyak mana. Plan asal kan sekadar menginap beberapa hari.

---------------------------------------------------------

Listen, I rasa bersalah sangat sekarang. I'll tell you what's actually happen. Actually after you became my mentee, after you be with unc the universal music catch attention on you. Diorang nak ambil you as artist bawah naungan diorang. But I know, you takkan terima. You've told me about your father, on how he would react if you berada dalam industry hiburan. I actually tak setuju. That's why I plan kononnya ada schedule tertentu untuk kita sebagai alasan. That's why you stay with us, unc. Yet, it's true that the work with YGX was including you. But I need to lie that you're actually not in the plan. I terpaksa. I don't know how, umm and yg connected on changing trainee. Dengar khabar sebab trainee yang you ganti tu dianggap old untuk gen baru. Umm pula aim international fans. Semuanya dah dirancang rapi. I tak boleh buat apa². I dah anggap you macam adik sendiri. Mustahil I nak khianat. So now to the point. You sekarang kat mana? Hurry! Kemas barang you larikan diri. Actually I ada beli ticket untuk you sekali. Kalau you lambat ticket hangus! And you kena beli sendiri. I terpaksa pergi dulu. Kalau tak kantoi! Kalau you baca mesej ni please hurry....

-----------------------------------------------------------

Farah baru selesai mengemas barangnya. Akhirnya terbuka hatinya untuk membuka telefon pintarnya.

Ya.... Terlambat... Mesej si mentor sudah berlaku beberapa jam tadi. Namun hal itu tidak mematahkan semangatnya untuk pulang larikan diri ke Malaysia semula.

Grab sudah ditempah segera. Farah sepantasnya keluar dari hotel tanpa menoleh mana² dan tanpa ragu tertangkap oleh treasure dan managers. Namun, tiada kalahnya mata si Jihoon. Pantas saja dia menangkap gerak geri Farah! Segera dirampasnya kunci kenderaan dari tangan si manager.

"Hyung! Oi hyung!" Haruto cemas akan tindakan Jihoon yang agak tiba². Manager juga bingung! Jihoon bergerak lebih pantas! Segera mengepung Farah.

TERLEPAS!

"Ah! Sh***l!" Lampu isyarat merah! Kenderaan dipandunya juga dilindungi oleh 2 buah kereta dihadapan. Belum lagi bas dan lori di kiri dan kanan!

-----------------------------------------------------------

Farah selamat tiba di lapangan terbang. Ya, terlambat. Nampak gayanya si mentor sudah berlepas pulang. WhatsApp? Offline. Pasti dia sedang di dalam pesawat. Boleh saja dia membayar untuk guna WiFi, namun ada satu firasat buruk yang timbul dalam hati Farah.....

Segera Farah membeli ticket. Hendak bayar. Kad syarikat segera dihulur. Ya, sudah pasti kad syarikat yang sebenarnya diberi kepada Farah adalah milik umm, hanya sebagai tanggungan membawa Farah ke Korea Selatan sahaja. Penuh harapan Farah menanti ticket hendak pulang. Tapi.....

"Sorry miss....."

'Aku dah agak.... Firasat aku betul!'

Umm telah sekat wang pada kad itu, dan sudah pasti kad yang lain, yang berada pada tangan si mentor turut di had kan! Ticket lebih tadi si mentor beli dengan wang nya sendiri itu pun sebenarnya sisa wang belanja yang dia ada cukup² untuk itu. Ya bodoh. Mereka berdua benar² tertipu sejak awal umm hendak menanggung kos keseluruhan untuk mereka berdua, jadi cash yang dibawa hanya cukup untuk beberapa hari yang dirancang. Kad kredit? Mereka hanya mengaharapkan kad syarikat beri. Mereka akui kebodohan itu. Hakikatnya manusia tak sempurna, kadang kala sepintar mana pun kita akan ada masa kita bodoh seketika.

"....your card can't be used..."

Beribu cara telah timbul di minda Farah tapi entah kenapa benda bodoh juga yang digerakkan oleh anggota badannya.

"What? Urm..." Seolah² hendak menyuruh wanita itu mencuba lagi.

ZAP!

Satu tangan menahan tangan Farah yang cuba hendak memberi kad yang sama semula!

Topi hitam, mask hitam, jacket hitam berhood, serba hitam!

Dan....

Matanya.....

'Matanya.....' lama Farah tenung jejaka itu. Ya, PARK JI HOON!

"죄송합니다" (sorry). Segera dibawa pergi si Stella! Gadis ini tanpa melawan, patuh saja kemana dia dibawa pergi.

'Matanya....' berkali² dia cuba mengingati sesuatu tapi.....

-----------------------------------------------------------

Riuh sangat riuh....

Ternyata... Kebetulan blackpink pulang dari world tour! Ramai paparazzi, fans memenuhi hampir satu lapangan terbang. Tanpa disedari rupanya Stella berjaya merempuh lautan manusia yang sentiasa dia elak!

Jihoon segera menarik Stella pergi ke kawasan yang tiada satu manusia pun berada disitu. Mereka hampir saja tertangkap oleh paparazzi.

DAMN!

Panic attack menyerang Stella kembali!

Kali ini sangat teruk. Jihoon sangat bisa membaca situasi Stella. Segera ditutup pandangan Stella dengan jacket nya. Begitu juga dia yang turut bersembunyi di dalam sebelah bahagian jacket yang ditariknya panjang menutup pandangan Stella.

Stella tak mampu bernafas dengan benar! Jantungnya terus laju dan laju! Semua gara² lautan manusia bak zombie dimatanya! Sesungguhnya manusia lebih menakutkan dari hantu!

Stella cuba mencari sesuatu. Sambil itu dia cuba bertahan dengan nafas yang tak menentu.

MANA? DIMANA?!

Sempat juga dia perhati mata Jihoon. Sesungguhnya fikirannya bercampur aduk! Tentang penyakitnya dan....

'Matanya....'

Ya... Mata Jihoon....

-----------------------------------------------------------

Haruto memegang satu beg kertas kecil. Jauh mendalam lamunannya. Sesekali berkerut keningnya. Dalam hingar bingar kenderaan yang dinaikinya sekarang, tidak langsung menghalangnya memasuki dunia sendiri.

-----------------------------------------------------------

Stella lari bersama bagasinya. Mengejut Haruto seirama dengan Jihoon bertindak balas akan tindakan Stella. Satu kertas dilipat sekecilnya tercicir dari poket Stella. Ya, beg kertas kecil. Bukan sekadar beg tapi sebenarnya beg pengudaraan!

-----------------------------------------------------------

Jihoon terbaca suatu lagi situasi. Stella amat memerlukannya sekarang.

Ya....

PENAFASAN!

Tiada cara lain yang timbul dalam peti minda Jihoon selain satu ini....

Dengan jarak wajah yang memang sudah cukup dekat, segera bibirnya diarahkan ke bibir Stella. Niatnya hanyalah untuk membantu tapi....

'Matanya..... Sungguh bibirnya... Deja vu....'

SKY DREAM (Langit Mimpi) | jihoonWhere stories live. Discover now