bab 1

318 12 0
                                    

2016 ( Kuala Lumpur )

"Jebat Adam ! Eh kau ni , tengok basah dah baju aku . Kau ni memang la kan ." Jerit Nawal Jelita dengan sekuat hati .

Jelita lari sambil membawa pili air mengejar Adam keliling kereta walidnya.

Jebat Adam yang lari sambil ketawa terbahak - bahak suka akan reaksi gadis yang mengejarnya itu . Suka apabila wajah gadis itu merah menahan marah .

" Eh apa yang kamu dua orang buat ni , masing - masing dah umur 17 masih lagi macam umur 7 tahun" laung Encik Johan yang baru sahaja keluar dari rumah .

Encik Johan menggelengkan kepala melihat anaknya Nawal Jelita dan rakan baiknya , Jebat Adam yang masih berlari , baru sahaja dia tinggalkan mereka berdua untuk mencuci kereta nya eh lain pula jadinya sekarang .

"Walid tengokla Adam ni , Jelita tengah basuh kereta , dia boleh siram Jelita dengan air sabun ni . Habis basah lencun baju Jelita" jawab Jelita dengan muka tahan marah nya .

" Alah kau ni lepas ni kau nak naik mandi jugak kan , macam budak - budak la kau ni ." Adam dengan muka selambanya masih tidak mahu meminta maaf

" Aku ada buat brownies malam tadi , kau tak payah makan" ugut si Jelita .

" Eh eh kau ni , okay lah , okay lah aku mintak maaf , nah ambil la pili air ni kau simbah aku balik , yang penting aku dapat makan brownies kau ." Adam senyum penuh pasrah .

Jelita senyum sinis lalu mengambil pili air dan menyiram Adam sepuas hatinya. " Hah ambik kau , nak simbah aku sangat kan."

Adam menerima balasannya dengan hati yang terbuka, tidak mengapalah lagipun dia yang memulakan perang ini . Asalkan gadis dihadapannya ini kembali tersenyum.

"Sudahla tu Jelita , kesian Adam tu . Adam , kamu pergi mandi lepastu datang sini makan tengah hari , Bonda Suha masakkan nasi ayam harini." pesan Johan sebelum masuk ke rumah semula .

"Okay lah Jelita , aku balik dulu , nanti aku datang semula , tak sabar nak makan nasi ayam bonda kau"

Melihat Adam sudah kembali ke rumah sebelah , buru - buru Jelita masuk ke rumah nya , dia perlu cepat sebelum Adam datang dan mengambil bahagian ayam yang disukainya .

Sudah mandi , Jelita turun ke bawah untuk makan , dia lihat Adam sudah berada di meja makan . Jelita berlari turun tangga risau ayamnya sudah diambil Adam .

"Eh kau ni tak sayang kaki ke , tak boleh ke nak turun tu berjalan je" marah si Adam . "Aku tau kau mesti takut kan aku ambil ayam kau . HAHAHAHHAHAHAHAH takyah risau lah aku dah tolong simpankan untuk kau."

" Wah baik nya kau , mesti ada makna ni , kau nak brownies aku je kan sebenarnya . Aku taknak bagi ."

"Eh sudah lah , Jelita , Adam mari kita makan dulu . Kamu tak payah risau la Adam memang Jelita buat brownies tu untuk kamu pun . Sekarang makan nasi ayam dulu ." Ujar Puan Suha.

Adam menjelir lidahnya kepada Jelita . "Ish Jelita tak faham la siapa anak bonda sebenarnya Adam ke Jelita ni ." muncungnya sudah sedepa

"Sudah la tu Jelita , kamu tak lapar ke ? Kamu kan anak kesayangan walid ." pujuk Walid , tahu lah dia anak perempuan tunggalnya itu selalu saja nak menang.

" Hihihihihi walid memang terbaik ."

Meja makan itu meriah dengan cerita yang saling bertukar .

Jelita membawa brownies ke ruang tamu . " Adam jomlah makan , kali ni aku letak topping nutella pulak ."

Adam mengambil sepotong brownies lalu memasukkannya ke dalam mulut nya . " Wah sedapnya Jelita , kau memang kawan terbaik lah ."

"Bila dah besar nanti kita boleh buka bakeri sama - sama , kau chef aku jadi manager."

" Kau jangan nak berangan lah Adam , kau lupa cita - cita kau nak jadi engineer tu ?"

" Alah kau ni , ada dengan kau selalu pun cita - cita aku juga ." Adam sengih akan jawapannya sendiri .

"Ergh kau ni , takyah nak buat loya buruk lah sini kau !" Jelita mengepit kepala Adam di bawah ketiaknya .

"Sakit lah Jelita , ish kau ni lepas lah."

Encik Johan yang faham akan maksud Adam itu hanya menggelengkan kepala nya . Adam , Adam yang sorang tu straight forward sangat yang sorang lagi tu lambat betul nak faham .

"Jelita sudah la tu kesian dekat Adam , kamu tu perempuan cuba berlembut sikit." tegur Puan Suha

Adam menjelir lidahnya kepada Jelita . Bangga apabila Puan Suha menyebelahinya.

" Bonda ni selalu bela Adam ni ha , Jelita anak bonda tau. Eeeeee suka la kau kan bonda bela kau ." rajuk Jelita

"Alah kau ni Jelita kita kongsi la bonda tu , mummy aku kan selalu takda kat rumah , bonda Suha je la tempat aku rasa kasih sayang ibu."

"Ish kau ni nak mula la tu buat ayat - ayat sedih."

"Daddy dan mummy kamu balik bila Adam ? Lama walid tak jumpa diorang ."

"Rasanya minggu depan la walid , sepatutnya harini mereka nak balik tapi urusan di Johor masih belum selesai."

"Kamu tak perlu la masak di rumah tu Adam , makan je ha dekat rumah ni . Kami pon tinggal bertiga sahaja . Banyak makanan lebih . Tak perlu la kamu nak malu - malu Adam , berak kamu dulu pon bonda yang basuh ." Ujar Puan Suha.

"Hehhehehe baiklah bonda , kalau Adam free Adam datang. Jelita kau tengok tu betul kan aku cakap bonda sayang aku ."

" Ish kau ni memang suka cari pasal la Adam . Benci lah aku dengan kau ni ."

" Benci - benci yang ini jugalah kau selalu cari . Asal sakit je nak makan ubat mesti kena ada aku ."

"Walid , bonda Adam balik dulu la , dah lama sangat dah Adam dekat sini . Jelita , esok aku tunggu kau depan rumah . Bye , assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." mereka bertiga menjawab serentak .

Destiny's willWhere stories live. Discover now