bab19

72 6 2
                                        

"Adel, bangunla, jom teman saya keluar dengan Megat." badan Adeline digoncang kecil oleh Jelita.

"I am so sorry Jelita but I am not feeling well today." Suara serak Adeline kedengaran.

Serta merta tangan Jelita ditekapkan di dahi Adeline." Ya Allah panasnya badan awak. Tunggu sekejap Adel."

Niat asal Jelita mahu kejut Adeline untuk menemaninya terus dilupakan. Jelita lekas bergerak ke toilet untuk mencari kain basahan lalu kain basah itu diletakkan di atas dahi Adeline.

"We should go to the hospital." Riak Jelita sungguh risau. Panasnya badan Adeline bukan main-main.

"Ouh no Jelita, I will be better after took medicine. Don't worries. I am sorry because I can't go with you today. You can ask Arden." Dengan suara lemahnya Adeline menjawab.

"It's okay, Adel. Arden should take care of you. I will be fine by myself. Awak tunggu sekejap saya turun buat bubur."

Bubur yang masih panas itu ditatang masuk ke bilik Adeline. Gadis itu nampak sedikit menggigil.

"Adel, let's eat first then you can take your pill." Ujar Jelita.

Bubur yang masih panas itu perlahan-lahan ditelan oleh Adeline. Tangan putih itu menggigil mahu menyuapkan makanan. Melihat pada itu, Jelita cepat-cepat mengambil sudu tersebut dari tangan Adeline dan menyuapkannya.

Hanya beberapa suap sahaja, Adeline sudah tidak mampu menelan bubur itu lagi. Bukan kerana tidak sedap tapi tekaknya sudah mula loya.

Setelah minum ubatnya, Jelita kembali membaringkan Adeline lalu tuala basah itu kembali diletakkan di dahi Adeline.

Jelita bergerak ke bilik Arden bagi memaklumkan keadaan Adeline. Pintu bilik itu diketuk dan Jelita menunggu pemiliknya keluar.

"What's wrong, Jelita. It's still dark outside."
Suara baru bangun tidur si Arden kedengaran.

Mahu saja Jelita ketuk kepala jejaka tampan itu. Apa yang dark nya sekarang sudah pukul 8.30. Matahari sudah terpacak di atas kepala.

"Arden, Adeline demam. Badan dia panas sangat." Ujar Jelita dengan risau.

"Ouh, It's okay Jelita. Adeline akan sembuh lepas dia minum ubat." Kepalanya yang tidak gatal digaru. Dia masih mengantuk.

"Betul ke? She's shivering." Sambung Jelita.

"Don't worry Jelita. Btw pagi tadi Megat ada bagitau yang dia nak ajak awak keluar pukul 9. Sekarang dah pukul berapa? Awak masih belum bersiap?"

" Eh ya Allah lupa pula saya. Tapi tidak mengapa ke kalau saya tinggalkan Adeline?"

"It's okay Jelita. Now go. Awak mesti tak mahu Megat tunggu lama-lama kan " Belakang badan Jelita ditolak supaya bergerak untuk bersiap lalu tidurnya kembali disambung. Hari ini weekend. Tiada pekerja yang mahu bangun awal.

Jelita bergegas bersiap. Tidak mahu pula Megat menunggunya. Dia tidak mahu lambat pada hari pertama dia keluar dengan Megat.

Jam sudah menunjukkan pukul 9.45 barulah Jelita keluar dari biliknya . Dirinya sudah siap cantik-cantik. Walaupun hari ini makeup nya hanya sederhana tapi lama juga dia bersiap. Mana tidaknya memilih baju sahaja sudah memakan masa yang agak lama.

"Sorry sebab lewat, Megat. Kelam kabut pula pagi ini." Jelita meminta maaf, baru hari pertama dating dia sudah lambat . Eh tapi betul ke dia akan dating ni?

"It's okay. Btw awak tak ajak Ad sekali?" Megat beriak hairan.

"Ouh tak. Adel demam pula pagi ini. Awak okay ke kalau kita keluar berdua? Atau kita nak tangguh?" Jelita risau jika Megat tidak mahu keluar berdua dengannya. Bukanlah dia mahu sangat keluar berdua dengan jejaka itu, tapi dia takut juga lelaki itu tidak selesa.

Megat sembunyi senyum. Niat asalnya memang mahu keluar berdua saja dengan gadis cantik itu tetapi risau pula gadis itu tidak selesa. Itu yang dia suruh ajak Adeline

"Ouh takpa. Saya okay je. Jom la kita gerak sekarang." Ujar si Megat.




Sudah hampir ke malam mereka berjalan di kota London. Seharian mereka menghabiskan masa bersama-sama. Jelita sekarang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Fikirannya kembali menerawang ke arah hari yang baru sahaja mereka berdua lalui.

Dari mercu tanda yang ikonik hingga kepada keindahan taman-taman dan sisi seni bandar, setiap sudut London menyimpan kisah yang menarik untuk diceritakan.

Salah satu perkara pertama yang Jelita dan Megat lakukan adalah mengunjungi Istana Buckingham. Melihat Pengawal Berkuda mempamerkan disiplin mereka. Jelita terpesona dengan Kebun Raya Buckingham Palace yang indah, tempat di mana dia dan Megat berjalan-jalan dan menikmati kecantikan alam semula jadi.

Selepas berjalan ni Kebun Raya Buckingham Palace itu. Megat membawa Jelita menjelajahi sepanjang Sungai Thames . Melihat Menara London yang megah dan Tower Bridge yang spektakuler menyediakan pemandangan yang tidak terlupakan. Mereka juga mengambil peluang untuk menaiki Menara London untuk melihat pemandangan panoramik bandar raya, merasakan betapa besarnya London dari ketinggian.

Mereka berhenti sebentar untuk solat zohor dan makan di salah satu western food di bandar itu. Megat memilih restoran Sunday Roast. Restoran itu terkenal dengan hidangan tradisional yang dihormati di kota London. Hidangan itu terdiri daripada daging panggang yang disajikan dengan kentang panggang, sayur-sayuran panggang, Yorkshire pudding, dan sos gravy.

Semasa di restoran itu, Jelita dan Megat saling bertukar cerita tanpa Jelita sedar, dia sudah mula selesa dengan Megat.

Sudah sahaja lunch, Megat membawa Jelita menikmati masa berbelanja di Oxford Street dan Covent Garden.

Mengingatkan hari yang dilaluinya tadi , Jelita senyum sendiri. Bahagia benar dia rasa.

"Awak nampak happy." Senyuman di bibir gadis itu dalam masa yang sama cukup membuat hati Megat lega.

"I am." Jawab Jelita malu-malu.

" Baguslah, next time kita boleh keluar lagi." Megat lega mendengar jawapan dari Jelita. Mula nya dia takut gadis itu tidak selesa jika keluar berdua sahaja dengannya.

"Next time? Means next time Megat nak keluar lagi dengan aku?" Jelita bermonolog di dalam hati. Hatinya senang hari ini.

"Thank you sebab bawa saya keluar jalan-jalan. Saya happy harini. Kalau ada rezeki nanti kita keluar lagi." Jelita bersuara.

"Boleh je Jelita. Next time kita keluar lagi." jawab Megat.

Lebih kurang 20 minit kemudian, Jelita sampai ni rumah family Arden. Megat menemaninya sehingga ke depan pintu.

"Thanks for today Jelita. Awak masuklah rehat. Later kita jumpa okay?" Megat tersenyum manis ke arah Jelita.

"Thank you juga Megat." senyuman Megat di balas menampakkan barisan giginya yang putih itu.

"Goodnight. Sweet dream beautiful." tangan Megat naik mengusap lembut kepala Jelita lalu bergerak ke arah keretanya untuk pulang.

Jelita memegang pipinya yang sudah seperti udang bakar itu. Ish Megat ni tak habis habis buat dia blushing. Harini sahaja sudah tidak terbilang lelaki itu membuat hatinya tidak keruan.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: May 10, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Destiny's willTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang