bab8

65 7 0
                                    

Mereka berdua  duduk di gazebo tetapi tiada seorang pun yang berani bersuara .

" Adam aku minta maaf sebab tidak bagitau kau awal - awal ." Sekian lama menyepi , Jelita memulakan perbicaraan .

Adam mengeluh kecil . Jelita ditepinya dipandang sayang . " Ini benda penting Jelita . Siapa aku pada kau sehinggakan aku orang terakhir yang tahu ? Agaknya kalau harini rumah kau tak buat kenduri , mungkin bila kau dah pergi London baru kau nak beritahu aku ." ada nada rajuk disitu.

" Kau kawan aku Adam , aku nak beritahu kau, tapi timing selalu tak sesuai ." Jelita diselubungi rasa serba salah .

Adam mendongak memandang langit gelap . " Kawan , itu sahaja kah nilai aku pada mata kau ? " Akan tetapi kata - kata itu hanya disimpan di dalam hati . Adakah Jelita benar - benar menganggapnya sebatas kawan sahaja ?

Mata yang sedang leka menatap indahnya langit malam itu , ditutup erat .

" Aku cuma nak kau jujur pada aku , Jelita . Aku tidak mahu dengar dari mulut orang lain ."

Flashback

" Meriah betul rumah sebelah ya abang ." Datin Julia tersenyum . Mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam dan terdengar suara riuh rendah dari rumah Encik Johan .

" Ya , tak lama lagi sunyilah rumah sebelah. Tidak dapat lah awak jumpa Jelita tu lagi . Entah bila dapat jumpa si Jelita tu . Mungkin bila dia dah besar ." ujar Dato' Ardi membalas isterinya.

" Haih itulah abang , selepas ni sunyi lah saya . Ada Adam tak sama dengan adanya Jelita . Kalau saya nak shopping barang perempuan , Jelita lah yang dibawa . Nak harapkan si Adam ni dia tidak pandai memilih ." Adam yang sedari tadi diam dipandang .

" Sekejap . Daddy and mummy cakap apa ni ? Adam tak faham ." Adam berasa hairan . Jelita tiada ? Sunyi ?

" Abang tak tahu lagi ke yang Encik Johan dengan keluarga dia nak pindah ke London . Encik Johan dapat short notice , itu yang mereka tergesa - gesa tu . Dato' Ardi bertanyakan perihal itu kepada anaknya Adam , anaknya itu clueless sahaja .

" No . Jelita didn't tell me anything . Hari - hari Adam jumpa dia but dia tiada beritahu Adam apa - apa langsung ."  Kenapa Jelita menyembunyikan soal perpindahan ini ? Kepalanya ligat memikirkan hal itu.

"Daddy , mummy , abang dah siap makan , abang naik dahulu ." Adam meminta diri , kakinya bergerak masuk ke bilik tidurnya .

Langsir diselak . Bilik dihadapannya , bilik Jelita gelap sahaja menandakan gadis itu tiada dibiliknya . Adakah itu pemandangan yang dia bakal lihat pada hari yang akan datang ? Berapa lama ? Setahun . Dua tahun . Atau selama - lamanya . " Kenapa Jelita , kenapa kau tak jujur dengan aku ." Adam kesal , tiada sebarang rahsia di antara dirinya dan Jelita tapi kenapa hal sebesar ini dirahsiakan .

Kalau bukan daddy and mummy yang beritahunya , adakah dia bakal tahu Jelita akan meninggalkannnya ? Atau Jelita memang tidak berniat untuk beritahu nya sejak dari awal ? Siapa kah dirinya bagi Jelita ? Perbagai soalan muncul di benak fikiran Adam . Dia kecewa.

End of flashback

"I'm sorry Adam . Kau antara orang terpenting dalam hidup aku . Aku tak tahu macam mana nak  beritahu kau . Aku sendiri susah nak terima takdir ni." Air matanya sudah bergenang . Dia nampak akan raut wajah kecewa Adam . Dia tahu dia salah dalam hal ini . Mana kan tidak , dia dan Adam dulu sudah berjanji tidak akan menyimpan sebarang rahsia dan kali ini dia yang mungkiri janji itu .

Mata yang terpejam rapat itu kembali dibuka . Wajah cantik si Jelita dipandang sayang . " Aku takut , Jelita . Aku takut bila kau tiada ."

Air mata yang ditahan Jelita akhirnya tumpah jua . Sudah kuat dia berusaha untuk menahan air matanya agar dia kelihatan kuat di hadapan Adam akan tetapi dia gagal.

Jelita meletakkan kepalanya di bahu Adam . "Aku juga Adam , aku juga takut ." Esakan Jelita semakin kuat kedengaran .

Adam kembali menatap langit . Hatinya sakit melihat Jelita menangis seperti itu . That feeling in your stomach when you know there's nothing you can do . So you just accept it . Ini takdir mereka . Mereka perlu terima . Adam tidak boleh menunjukkan dia lemah di hadapan Jelita .

" Esok kita keluar ya Jelita . Aku bawa kau jalan - jalan . Untuk seminggu ni kita habiskan masa bersama - sama sebelum kau bertolak pergi London ." Sakit apabila ayat itu diucapkan , tetapi Adam perlu kuat . Dia tidak sanggup melihat Jelita berterusan menangis .

Jelita mengangguk . Ada benar apa yang dikatakan oleh Adam . Jika ada masa seminggu dia perlu habiskan masa seminggu itu bersama Adam . Jika ada masa sebulan , sebulan itulah dia mahu bersama Adam .

Encik Johan yang berada tidak jauh dari Adam dan Jelita tersandar di dinding . Niat asalnya mahu memanggil Adam kerana orang tuanya sudah mahu pulang . Hatinya sakit mendengar perbualan dua sahabat itu . Hatinya lagi sakit kerana dia telah menyakiti satu - satu anak gadis nya . Dia juga tiada pilihan , dia terpaksa membantu abangnya . Dia tidak rela memisahkan dua sahabat itu , tapi dia lagi tidak rela berpisah dengan anak gadisnya itu . Dia tahu Jelita sayang akan Adam .

Setelah mengumpul kekuatannya , Encik Johan menghampiri dua sahabat itu . "Adam , daddy kamu sudah mahu pulang , dia cari kamu tadi ."

Adam yang sedar kehadiran Encik Johan terus bangun . "Okay walid."

Encik Johan hanya mengangguk . Belakang Adam ditepuk manja . Berharap dia dapat salur sedikit kekuatannya kepada Adam .

Anak gadisnya dia hampiri . Jelita dipeluk erat . "I'm sorry , walid minta maaf Jelita . Walid terpaksa ." Belakang Jelita diusap sayang .

Esakan Jelita yang baru sahaja berhenti kembali kedengaran . Dia tahu walid juga terpaksa . Pelukan walidnya dibalas.

"Tak mengapa Jelita , kejap sahaja ni." Jelita bermonolog.

Destiny's willWhere stories live. Discover now