"Hello...". "Hello, kak Lisa. Wawa sini". "Oh Wawa. Anything kak Lisa boleh tolong?". "Emmm, kak Lisa free tak petang ni? Boleh datang rumah Wawa kejap tak?. Ada something lah Wawa nak minta tolong. Important juga". "Petang ni rasanya tak dapat sebab abang Faris ada hal. Tapi kalau lepas 8.30 malam, boleh rasanya. Kenapa ni, Wawa?". "Nantilah bila jumpa malam karang, Wawa bagitahu, ya kak Lisa. Wawa tunggu, ya". "Okaylah kalau macam tu. Take care, ok. Bye".
"Bye kak Lisa". Aku off kan telefon bimbit ku. Kenapa pula si Wawa ni, fikir ku. Macam ada yang tak kena saja, benak ku bermain dengan persoalan. Wawa ialah anak saudara ku. Berumur 23 tahun. Baru saja berkahwin hampir 2 tahun setengah yang lepas. Mempunyai seorang anak kecil berumur setahun. Aku pula ialah mak saudaranya yang memang rapat dan tempat dia bermanja. Memang selalu masa terluang kami habiskan bersama dari sebelum Wawa dan aku berkahwin. Cuma selepas dia berkahwin, ikatan itu agak longgar. Ya lah, takkan nak masuk campur pula bila dia dah berumahtangga. Apatah lagi aku yang juga telah berkahwin dengan Faris 5 tahun yang lepas.
Namun aku masih lagi menjadi tempat dia mengadu andainya ada masalah dan kami ada juga ke rumahnya dalam 2-3 kali sebulan. Sekadar bertanya khabar dan mendengar masalah Wawa tapi aku, Faris dan Wawa memang rapat hubungannya. "Bang, malam ni kita ke rumah Wawa kejap. Tadi dia call. Minta datang ke rumah jumpa dia", kata ku pada Faris sewaktu di rumah. "Pukul berapa? Abang ada hal petang ni. Kan hari Sabtu ni, abang ada game sebelah petang". "Sebelah malamlah. Lepas 8.30, boleh?", tanya ku lagi. "Kalau masa tu, lepas makan, bolehlah. Apa halnya?", tanya suami ku lagi. "Tak tahulah. Dia tak bagitahu pun tadi masa call. Dia minta datang saja.
Mungkin sebab si Halim tak ada rasanya. Kan Halim ke Australia dah dekat 2 minggu. Bulan depan baru balik", kata ku pada Faris. Halim ialah suami kepada Wawa yang sering outstation kerana tugas ditempatnya bekerja yang memerlukan dia selalu ke luar negara. "Habis tu, dah 2 minggu kat rumah baru nak rasa takut ke?", tanya suami ku sambil tersengih. "Entahlah bang. Sunyi kot?", kata ku. "Apa2 pun, malam nanti lah baru tahu bila kat sana", jawab ku lagi. "Oklah", balas Faris. Aku dan Faris sampai ke rumah Wawa jam 8.50 malam. Wawa tinggal di kuarters tempat Halim bekerja. Tak ramai penghuni yang menginap di kuarters tersebut.
Menurut Halim, ramai yang nak tinggal di rumah sendiri yang dibeli. Hanya ada 3 keluarga saja yang mendiami kuarters tersebut dan jarak antara jiran2 tersebut agak jauh. Wawa menanti aku di pintu rumahnya dengan senyuman tawar. Hati ku berdetik merasakan sesuatu yang tak kena pada Wawa. Lantas aku segera mendapatkannya selepas pintu kereta ku tutup dan meninggalkan Faris yang masih lagi belum mematikan enjin kereta. "Kak Lisa apa khabar?", tanya Wawa. "Sihat. Wawa macamana?", tanyaku pula.
Kegusaran terlihat diwajahnya. Wawa mengeluh. Ketika itu dia terpandang Faris yang baru melangkah keluar dari kereta. " Abang Faris ada, Wawa segan lah nak cakap", kata Wawa. Aku jadi pelik. Selama ini, Faris selalu ada bersama tapi tak menjadi apa2 masalahpun. "Habis tu, tak nak abang ada sekali ke?", tanya ku. Wawa mengangguk lemah. Aku kerutkan dahi ku. Aku pergi ke kereta sambil mata ku membuat arahan pada Faris agar mengikut ku. Faris yang memahaminya terus bergerak sama. Lepas memberitahu apa yang berlaku, Faris mengangguk kepala seolah faham apa yang diperkatakan. "Tak apa lah kalau macam tu. Abang keluar kejap ke kedai depan tu. Minum dan lepak kat situ. Boleh tengok mak janda warong tu", kata Faris sambil terkekek ketawa. Aku jegilkan biji mata ke arah suami ku. "Ngoratlah mak janda tu. Macamlah mak janda tu nak kat awak", kata ku sambil jari ku pantas mencubit peha Faris. "Adoiiii.", Faris terseringai menahan sakit. "Oklah, abang pergi dulu. Kalau dah siap nanti, miss call sajalah. Lepas tu abang datang semula", kata
Faris sambil membuka semula pintu kereta. Taksemena-mena, Wawa berlari kepada Faris sambil menghulurkan tangan bersalaman sambil mencium tangan suami ku. "Wawa sembanglah dengan kak Lisa dulu, abang pergi kedai depan sekejap, ye", kata Faris. Wawa mengangguk sambil senyum yang tak berseri diberikan. "Janganlah sedih sangat macam ni. Ada apa2, bagitahu kak Lisa, ye", tambah Faris lagi sambil masuk lantas menghidupkan enjin kereta serta berlalu pergi. Aku berpimpinan tangan masuk ke dalam rumah bersama Wawa. Wawa melentokkan kepalanya ke bahu ku. Lantas akud an Wawa ke sofa di ruang tamu selepas menutup pintu. "Kenapa Wawa? Bagitahu pada kak Lisa. Kenapa sedih sangat ni? Ada apa yang tak kena ke, Wawa?'. Bertalu2 pertanyaan dari ku.