Mr Pitt

9.2K 29 1
                                    


Kisah in terjadi kira-kira setahun setengah lalu. Nama saya Habsah, usia 38 tahun, isteri kepada Abang Samad, peniaga perabot kecil-kecilan. Kawan-kawan panggil saya Kak Cha saja. Kami tinggal di sebuah rumah teres kat Rawang. Ketika kisah ini berlaku saya berusia 36 tahun. Semoga menjadi teladan kepada semua.

Hari tu Sabtu. Kak Chah sudah siap memasak makan tengah hari. Nasi dan lauk-pauk Melayu biasa. Kak Chah juga buat sikit persediaan untuk masak sup untuk makan malam nanti. Kak Chah nak masak sup dan belikan roti sikit untuk makan malam sebab kawan Abang Samad, Mr. Pitt melawat kami. Kami dah janji siangnya makan nasi dan malam nanti makan sup dengan roti, mungkin nasi goreng sikit.

Mr. Pitt adalah Jurutera Kimia kat sebuah kilang di Kuantan. Abang Samad kenal dia semasa nak jual perabot pejabat kat kilang dia tu langsung jadi kawan. Dua tiga bulan sekali Mr. Pitt datang ke KL dan setiap kali dia akan singgah di rumah kami. Kadang-kala dia akan bermalam, ada juga dia singgah sejam dua.

Mr. Pitt (ohh ya, saya tak pasti ejaan sebenar nama dia, dia cuma mintak panggil dia Pitt saja) agak besar dan sasa orangnya berbanding dengan Abang Samad yang dahlah orang Timur bersaiz kecil pula. Kata Mr. Pitt dia asal Australia Barat tapi dah lama di Malaysia. Dia kata dah banayk ronda negeri-negeri di Malaysia. Kebanyakan tempat rekreasi dia dah lawati. Dia juga pernah cadangkan kami sekeluarga join dia outing sekali-sekala.

Mr. Pitt dengan Abang Samad ni kamcing betul. Setiap kali Mr. Pitt ada di rumah, mereka selalu bergelak ketawa.. Anak saya yang dua orang tu pun suka kat Mr. Pitt sebab setiap kali dia datang ada toy untuk mereka. Anak-anak saya selalu memuji Uncle Pitt! Abang Samad juga suka belek enjin kereta kami dengan Mr. Pitt, kadang kala seharian mereka belek enjin kereta kami tu dan entah apa yang mereka bualkan,

Saya ingat lagi hari tu. Lepas makan tengah hari Abang Samad dengan Mr. Pitt nak keluar ke KL. Malam baru balik, sebab tu saya sediakan rencah sup tu siang-siang. Selepas makan tengah hari, Abang Samad dan Mr. Pitt pun bersiap-siap nak ke KL. Tiba-tiba, Ringgg!!!

Abang Samad menyapa,"Hello,"

"Bila tu?, hah petang ni? Ah hah yer lah, hah ahh baik saya datang?"

"Apasal Bang, sapa tu?" tanya kak Chah sebaik-baik saja Abang Samad meletak telefon.

"Chah, boleh tolong tak. Boleh tak Chah bawak si Pitt tu pegi KL. Kak Yam telefon, katanya Ayah dengan Mak ada kat rumah dia nak balik ke JB petang ni jugak. Mereka tak sempat nak ke sini. Ayah mintak Abang ke sana se kejap, ada hal mustahak!"

Ke sana tu maksudnya Banting, rumah Kak Yam kakak kepada Abang Samad. Dia orang ni selalu macam tu selalu cakap apa-apa last minute. Kadang-kadang saya kecik hati juga, emak dengan ayah Abang Samad agak liat nak datang ke rumah kami di Rawang. Saya tau jugak yang dia orang cakap hal penting tu ialah pasal tanah dusun emak dan ayah mereka. Agaknya nak settle lah tu.

Kak Chah cakap kat Abang Samad, Kak Chah malu lagi pulak tak biasa jalan dengan lelaki lain. Abang Samad kata Mr. Pitt tu cuma nak pergi tiga tempat ajer kat KL. Muzium UTM, Muzium Telekom dan akhir sekali nak beli sikit barang kat Petaling Street. Kata Abang Samad lagi Mr. Pitt dah kenal semua tu cuma nak ke Rawang dia tak berapa confident.

"Alah Chah ikut aje dia nak ke mana lepas tu naik bas baliklah. Kalau dah lewat sikit ambil teksi suruhlah dia bayar, Chah tolonglah, Abang dah janji nak bawak Pitt tu hari ni, ni Kak Yam pulak cakap ayah dengan emak nak settle pasal tanah. Dah takder masa sebab ayah dengan mak nak balik ke Johor petang ni jugak, nanti Abang cakap kat Pitt tu!

Kak Chah tak kuasa nak bertekak dengan Abang Samad. Lagipun dia dah cakap Mr. Pitt tu kenal tempat nak dituju. Kak Chah sanggup ajelah. Pendek cerita kira-kira jam 3.00 petang, Abang Samad hantar Mr. Pitt dan Kak Chah kat stesen bas Rawang. Ana dengan Hafiz ikut Abang Samad ke Banting. Segan ada malu pun ada berjalan dengan Mat Salleh. Kak Chah ni pulak isteri orang.

KISAH DARI INTERNET 3.0Where stories live. Discover now