Curang Si Isteri

3K 15 0
                                    


Aku adalah seorang isteri yang setia. Namun setia dan sabar ada hadnya. Suamiku ada masalah jiwa. Dia mungkin mengalami inferiority complex. Padaku dia tetap suamiku namun padanya aku lebih tinggi taraf dan kedudukan dari dirinya.

Inilah masalahnya sehingga suamiku, Hasan tidak sedar akjan diri dan tingkah lakunya. Wahai suamiku, sesungguhnya engkau adalah tergolong dalam kalangan yang amat kusayangi. Sukamu adalah kegembiraanku dan dukamu adalah kesedihanku jua. Ketahuilah olehmu sayangku, Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan onak dan duri serta seribu kemungkinan yang telah ditakdirkan tuhan.

Dalam seribu kemungkinan itu, kita adalah salah satu darinya. Tidak seorang pun diantara kita yang tahu akan rezeki, jodoh serta ajal maut dirinya sendiri. Oleh itu, bersabarlah kiranya telah tiba takdir Tuhan untuk orang yang kita sayangi. Ujian Allah itu ada hikmah di sebaliknya. Dan redhalah kiranya ketentuan Allah telah tiba untuk dirimu sendiri. Siapalah kita di sisi Tuhan untuk mempertikaikan takdir dan ketentuannya.

Sayang, Dunia ini bukanlah hanya milik kita. Tapi ia telah dianugerahkan tuhan untuk seluruh makhluknya untuk diuji, siapakah diantara kita yang paling bersyukur? Hitunglah olehmu akan anugerah Tuhan. Pastinya tiada terhitung. Telah kupohon dari Tuhan agar suamiku berubah. Agar suamiku memberi sedikit perasaan dan tumpuan padaku. Bukan aku minta kekayaan. Jauh sekali harta benda.

Yang kupohon perhatian, kasihsayang dan apresiasi aku sebagai isteri yang telah memberikan kepadanya tiga orang cahayamata. Aku tidak boleh menyalahkan sesiapa. Aku yang bertugas sebagai seorang penolong pengarah di sebuah jabatan kerajaan. Gaji aku agak lumayan, lebih besar dari gaji suamiku. Aku diperhamba oleh suamiku. Baik duit ringgit dan juga tubuh badanku.

Aku menyayangi dan menyintai dia namun dia, suamiku take for granted. Semua hal rumah aku yang tanggung-dari sekcil bil sehinggalah sebesarnya. Malah rumah yang kami diami ini adalah pembelian hasil dari loan kerajaan yang aku berkelayakan memilikinya. Aku sendiri hairan kenapa suami aku bertindak begini.

Dia hanya tahu membayar hutang keretanya sahaja. Ishh.. Kalau hendak diceritakan banyak yang menyakitkan hati. Tension namun tekanan ini terpaksa aku hadapi juga mahu atau tidak mahu.

"Ko jangan lebih.. Nanti aku tingalkan ko.." Begitu nada cabaran atau ancaman suamiku. Lelaki yang aku kasihi dan sayangi, kini sanggup meloentarkan kata-kata sedemikian setelah aku turut sama membantu membina rumahtangga ini. Hatiku pedih bagai dihiris. Tidak pernah aku melawan lelaki yang aku kasihi dan sayangi.

"Jangan ingat ko yang kuar duit belanja, ko nak lebih-lebih. Aku suami, aku boleh buat apa aku suka, aku ketua keluarga, kalau aku tak izinkan ko bekerja, kau tak boleh act juga," herdik suamiku, Hasan (38 tahun) lagi. Hasan memandang kepada Tini(33 tahun) menyampah. Tini, wanita yang dikasihi dan dicintainya satu waktu dulu, kini menjadi isterinya dan melahirkan iga orang zuriatnya.

Dia menyampah kerana dia merasakan Tini mula mencabar kedudukannya. Statusnya. Tini sudah berjawatan dan dia masih berada di tahap itu, seorang posmen biasa. Aku frust. Aku mula bosan. Bila waktu terluang aku berjinak-jinak dengan chatting. Aku lebih gemar berada dalam chenel veteran webnet masa itu.

Dalam chatting aku boleh mengeluarkan apa yang terbenam atau terbuku dalam dadaku. Ramai chaters yang mahu berkenalan. Aku melayan juga. Ramai yang chatting SEX-ada yang aku layan ada yang aku tidaklayan. Namun aku berpegang kepada chaters pertama yang aku chat. Nick dia Man1Luv-seorang lelaki veteran berusia (45 tahun), Abang N, berkeluarga dan seperti diriku bermasalah juga. Kami sering bertukar maklumat dan masalah. Abang N sering menasihatkan. Kami masing-masing sukakan keluarga dan menyayangi keluarga kami.

"Loving does'nt means owning. Mengasihi tak semestinya memiliki. We can love each other in our own way. Itu sahaja comitmentnya," kata Abang N padaku. Aku menghayati kata-katanya. At least ada lelaki yang memberikan perhatian. Yang memberikan sedikit nasihat dan pandangan. Dan I like it. Pada ku filsofi dan kata-kata itu menangkap hatiku. Agak nervous juga nak berdate dengan Abang N. Malumlah bab datang ni sudah dekat sepuluh tahun tidak dibuat. Date untuk kerja adalah. Tapi date liesure ini jarang.

KISAH DARI INTERNET 3.0Where stories live. Discover now