S A R A H A I D E N | 4 🌷

11K 374 7
                                    

"OKAY that's all for today." Miss Juliana bersuara menandakan kelasnya sudah tamat. Kelasnya adalah kelas terakhir untuk hari ini. Jam sudah pukul 1 petang.

Maysara membaringkan kepalanya di atas meja beralaskan lengannya. Pening. Perutnya pula sakit. 'Aku senggugut ke? Dah nak period ke?' Dia unlock skrin telefonnya dan aplikasi period tracker di buka. 'Ah.. Dah dekat. Patutlah.'

Dia menegakkan tubuhnya. Hampir semua classmatenya sudah keluar dari kelas. Kini tinggal dia, dan dua orang pelajar perempuan lagi. Maysara bangun dari duduknya. Tote beg disangkut ke bahu seraya langkah dibawa keluar dari kelas.

 PETANG itu,  "KAU BALIK dengan abang Muaz ke?" soal Rina yang tengah menolong Maysara kemas pakaian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PETANG itu,

"KAU BALIK dengan abang Muaz ke?" soal Rina yang tengah menolong Maysara kemas pakaian. Tak banyak kerana dia rancang nak balik kampung seminggu saja kerana Rina mengajak dia ke Langkawi nanti. Bercuti.

"Haah. Kebetulan dia pun balik sekali." balas Maysara. Dia tengah bersiap. Kejap lagi abangnya datang untuk menjemputnya balik. "Kau pun balik kan?"

Rina mengangguk. "Abang aku dah tunggu kat bawah dah. Baru je sampai tadi." Beg pakaian di zip kemas.

Maysara menyarungkan tudung bawal warna pink belacan dengan corak bunga kecil warna putih. Dia mengenakan seluar slack hitam dan blouse labuh warna pink belacan. Simple saja.

Mereka berdua keluar dari bilik yang akan ditinggalkan selama 2 bulan itu. Tingkap sudah di kunci, barang penting juga sudah Rina bawa balik terlebih dahulu. Simpan di rumahnya saja.

Saat kaki menuruni anak tangga, Maysara tiba-tiba rasa tidak sedap hati. Macam berat saja nak balik kampung tapi risau pula apa yang ayah dan ibu fikirkan kalau dia tidak balik di hari bahagia kakaknya itu? Walaupun hanya kakak tiri, tapi Maysara rapat dengan Mayzatul.

.

SEPANJANG perjalanan balik ke kampung, Maysara hanya diam. Muaz saja yang banyak bercakap. Maysara rasa tidak sedap hati. Sebab itu dia banyak diamkan diri.

"Adik lapar? Nak singgah RnR tak?"

"Boleh juga. Lapar ni." balas Maysara. Muaz tersenyum. Dia membelokkan keretanya masuk ke RnR itu. Kebetulan dia mahu solat Asar sekali. Adiknya ini pula cuti.

"Adik pergi restoran tu dulu. Abang nak pergi solat." Dia menanggalkan seatbelt. Maysara turut sama berbuat demikian. Perutnya sudah berbunyi minta di isi. Sebelum gerak tadi dia hanya minum teh dan makan biskut saja.

"Okay."

.

MAYSARA tenang duduk di satu sudut dalam restoran itu selepas memesan makanan. Mata fokus pada skrin telefonnya. Berbalas pesanan whatsapp dengan Rina yang sibuk menyambut hari lahir papanya di salah satu hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Maysara menongkat dagu dengan tangan kanannya. Skrin telefon dibaringkan di atas meja. Mata meliar memerhati suasana restoran. Ada kanak-kanak bermain, lari sana sini dengan mak ayah mereka sibuk membebel karenah anak-anak.

Mrs Haiden Mateen (TERBIT)Where stories live. Discover now