S A R A H A I D E N | 7 🌷

12.3K 451 20
                                    

MAYSARA sedang makan di dapur bila riuh kedengaran suara ibu dan ayahnya di ruang tamu. Macam ada tetamu saja. Dia buat tak endah saja dan sambung menjamu selera. Lauk tadi banyak lagi. Sayang pula kalau tak makan.

"My Sara, kat sini rupanya. Abang cari kat bilik tak ada."

Hampir tersedak dia bila Haiden masuk ke ruang dapur. Laju tangan menarik hoodie untuk menutupi kepala. Tak ingat yang jejaka itu sudah sah jadi suaminya.

Lelaki itu tersenyum hensem. Santai saja dia dengan baju t-shirt lengan pendek dan kain pelikat. Pemandangan yang tak pernah dia lihat. Lelaki itu selalu dia nampak berpakaian formal saja. Kemeja, seluar slack, baju t-shirt polo, pakaian sukan.

Wait.

Kain pelikat?!

"Sir dari mana?" Maysara pandang dia atas bawah. Berkerut kening isterinya itu.

"Abang dari masjid. Abah ajak solat maghrib jemaah di sana. Kebetulan jumpa ayah. Terus ayah suruh ke rumah, makan malam kat sini. Baki lauk majlis tadi ibu kata banyak lagi." Haiden mengambil pinggan di rak sebelum menarik kerusi di sebelah isterinya.

Maysara bangun dan mengauk nasi di dalam periuk untuk Haiden. Suaminya itu hanya tersenyum memerhati gerak geri si isteri.

"Abang nak lauk apa?" Tak sedar yang mulut dah memanggil lelaki itu abang.

"Lauk apa je ada?" tanyanya tanpa lepas memandang Maysara.

"Ada daging masak kicap, ayam masak merah, sayur campur.. Udang masak sambal dan sotong goreng.."

"Nak Sara je."

"Hah?!" Berkerut dahi Maysara mendengar apa yang Haiden katakan tadi. 'Gila ke?!' Dia merenung tajam wajah tampan suaminya itu. Kecik besar kecik besar je laki ni depan dia.

Haiden tertawa melihat reaksi isterinya. "Abang nak daging masak kicap tu." Bibir dijuihkan ke arah bekas berisi daging masak kicap itu.

"Ish.." Maysara mengauk lauk buat Haiden lalu diletakkan ke pinggannya. Si suami pula sedang memeriksa telefon.

"My Sara. Tudung letak kat mana?" Maysara yang hanya memakai hoodie untuk menutupi kepalanya itu memandangnya pelik.

'Aku bertutup juga kot?'

"Kenapa?"

"Kawan abang tiga orang tadi tu nak datang. Ibu ajak makan malam kat sini." Haiden bangun dari duduknya.

"Saya pakai hoodie juga ni."

"Nope. Pakai tudung. Sara pakai hoodie, leher tu nampak." tegurnya. Maysara mencebik.

"Ada kat atas katil." Haiden mengangguk sebelum menghilang ke bilik isterinya di ruang atas. Maysara bangun untuk ke sinki. Tangan di cuci bersih. Dia belum habis makan, tapi nak pakai tudung kena guna tangan yang bersih untuk sarungkan ke kepalanya.

Haiden datang semula dengan tudung sarung milik Maysara. Cepat-cepat dia menyarungkan tudung ketika Haiden berlalu ke sinki. Mahu mencuci tangan.

Maysara duduk semula untuk menyambung aktivitinya tadi. Makan! Haiden turut sama duduk di tempatnya tadi. Doa makan di baca sebelum dia menjama makanan.

Mata sempat menjeling sekilas Haiden yang makan di sebelah. Elok saja lelaki itu makan menggunakan tangan. Bukan anak orang kaya biasa makan guna sudu ke? Masih dia ingat Mayzatul pernah cerita yang keluarga Haiden itu keluarga yang paling berpengaruh.

Abahnya, Tuan Hakim adalah pesara tentera dengan pangkat komander. Selepas bersara pada usia 55, Tuan Hakim mengambil ahli syarikat perkapalan milik ayah mentuanya, Tuan Haji Luthman.

Mrs Haiden Mateen (TERBIT)Where stories live. Discover now