S A R A H A I D E N | 9 🌷

12.4K 389 7
                                    

MAYSARA tenang duduk di tepi tingkap biliknya. Dia baru saja selesai berbual dengan Rina di telefon.

Rina beritahu yang mereka tidak jadi pergi ke Langkawi kerana masalah keluarga yang dia hadapi sekarang. Nak saja dia membebel tapi suara Rina yang kedengaran penat dan sedih membuatnya tidak jadi hendak membebel.

Bila di tanya, sahabatnya hanya mengata tiada apa-apa. Tapi dia pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Terpaksalah duduk sini sampai cuti tamat." rungutnya sambil menyandarkan kepala ke tingkap. Laju dia tegakkan tubuh bila mata menangkap kereta yang dia kenali membelok masuk halaman rumah. "Dia tak bagitahu pun nak datang sini hari ni."

Dah seminggu dia berada di kampung sejak majlis nikah tempoh hari. Sepatutnya hari ini dia balik ke KL untuk pergi ke Langkawi bersama Rina. Tapi kerana masalah sahabatnya itu, mereka terpaksa cancel.

Maysara mencapai tudungnya sebelum disarungkan ke kepala. Walaupun lelaki itu suaminya yang sah, entah kenapa dia rasa segan mahu menunjukkan auratnya. Dia masih rasa asing lagi dengan lelaki itu.

 Dia masih rasa asing lagi dengan lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ASSALAMUALAIKUM. Ayah, ibu." Haiden menyalam tangan kedua mentuanya.

"Walaikumsalam.. Haiden tak bagitahu pun nak datang sini. Datang jemput Sara balik ke?" Puan Naura menyambut salam menantunya.

Haiden tersenyum. "Saja nak kejutkan Sara. Tu yang balik tak bagitahu. Boleh ke Haiden bawa Sara balik KL?" Dia duduk di salah satu kerusi.

"Ehh apa pula tak boleh? Isteri kamu tu." Encik Safwan tertawa kecil.

Puan Naura dan suaminya ketika itu sedang minum petang di beranda luar rumah mereka. Haiden memanjangkan leher meninjau dalam rumah.

"Sara ada kat dalam bilik tu. Sedih tak dapat nak pergi Langkawi." Puan Naura bersuara.

"Sara nak pergi Langkawi?"

"Haah. Dia cadang nak pergi dengan Rina, tapi Rina ada masalah family. Jadi terpaksa cancel plan tu." cerita Puan Naura.

"Kalau Haiden ada cuti lagi, bawa la Sara ke sana. Dia dah lama nak pergi Langkawi." Encik Safwan berkata sambil menuang kopi panas untuk menantunya itu.

"Boleh. Nanti Haiden bawa dia." Haiden meneguk sedikit kopi yang Encik Safwan berikan padanya.

" Haiden meneguk sedikit kopi yang Encik Safwan berikan padanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mrs Haiden Mateen (TERBIT)Where stories live. Discover now