𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝟏

3K 129 2
                                    

BluBell Cafe

Laju sahaja tangan Alissa mengambil pinggan kecil yang diisi sepotong kek strawberry lalu diletakkan ke dalam dulang kemudian diletakkan pula air green tea. Terliur Alissa dibuatnya apabila melihat air green tea dihadapannya.

"Ish

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ish..waktu aku dahaga ni lah..costumer ni pergi order air favourite aku." Omel Alissa.

Alissa mengangkat dulang yang bewarna coklat itu lalu bergerak keluar dari dapur. Pergerakkan dilajukan sedikit untuk menghantar pesanan ini kepada gadis yang berpakaian dress putih.

"Pesanan cik." Pinggan kecil yang diisi kek strawberry diletakkan dihadapan gadis jelita itu manakala air green tea pula diletakkan di sebelah kanan pinggan itu dengan cermat.

"Enjoy!" Kata Alissa seraya menghadiahkan segaris senyuman. Gadis dihadapannya hanya menjeling.

'Dia ingat aku tak nampak ke? Aku korek karang mata perempuan ni...jeling..jeling.' Kata Alissa di dalam hati. Menyampah.

Alissa hanya membuat selamba dan bergerak ke dapur semula. Ada lagi setengah jam sebelum kerjanya tamat.

Tepat pukul 6:30 petang Alissa mencabut apron yang disangkut dileher lalu digantung di salah satu penyangkut khas.

"Weh Diana! Alysha! Aku balik dulu tau!"Jerit Alissa kepada kawan sekerjanya. Nasib kedai sudah lenggang. Tidak ramai pelanggan yang datang pada lewat petang.

"Okay, elok-elok naik kereta tu." Balas Alysha kepada Alissa. Alissa hanya senyum dan melambai kepada kawan sekerjanya. Keluar sahaja dari BluBell Café Alissa bergerak ke kereta Axia miliknya.

Pintu kereta dibuka dan Alissa masuk kedalam perut kereta. Dia menghidupkan engin dan penghawa dingin. "Ahhhh...penatnyaaa!" Omel Alissa sambil kepala dilentokkan ke penyandar kerusi. Mata yang baru sahaja mahu terlelap dibuka semula.

"Eh jap... aku belum solat asar lagi! Astaghfirullah al-azim." Kata Alissa.

Laju sahaja Alissa mematikan enjin dan berlalu keluar dari perut kereta. Alissa mula berjalan menuju ke surau yang tidak jauh dari tempat letak keretanya.

BUK!

"Aduh!" Alissa terjerit kecil apabila dia terjatuh menyembah bumi.

"Oh my gosh. Are you okay, miss?" Lantas kepala Alissa mendongakkan keatas sebelum membalas soalan orang yang telah melanggarnya seraya mencuba untuk bangun. "Saya okay." 

"Need help?" Tanya lelaki dihadapannya itu sambil tangan dihulurkan pada Alissa. Alissa tidak mengendahkan huluran lelaki itu. Bukan nak sombong tapi ikhtilat.

Alissa berdiri secara perlahan-lahan dan mengambil beg tangannya di lantai. Sakitnya punggung aku.

"Maaf ya, encik. Saya kena gerak sekarang." Kata Alissa tergesa-gesa.

Lalu Alissa meninggalkan lelaki itu. Aku tak suka melambatkan waktu solat dan memang dari kecil lagi mak ayah aku didik untuk solat diawal waktu walaupun sekarang dah lewat.

************
Selesai sahaja menunaikan solat Asar, Alissa berlalu keluar dari surau perempuan dan terus ke keretanya. Selepas sahaja enjin dihidupkan, Alissa menekan pedal minyak dan keluar dari tempat itu.

Alissa memberhentikan kereta ketika melihat lampu isyarat bertukar warna merah. Samsung Galaxy S23 yang berada didalam poket dikeluarkan. Laju sahaja tangan Alissa mencari nombor ibunya dan mendail nombor itu. Tidak sampai beberapa saat panggilan disambung.

"Assalammualaikum, mama." Ucap Alissa.

"Waalaikumsalam, Yana. Kenapa call ni?" Jawab mamanya di hujung talian. Pada yang belum tahu, hanya family aku je panggil aku Yana singkatan dari Raiyana.

"Mama nak Yana belikan makanan apa-apa tak?" Tanya Alissa sambil menunggu jawapan dari ibunya.

"Tak payah lah. Lagipun banyak lagi makanan kat rumah ni, adik-adik kamu ni pun belum makan lagi dan simpan je duit kamu tu untuk keperluan jangan boros." Jawab ibunya lembut.

"Ouh. Okay lah kalau macam tu, Yana dalam perjalanan nak balik. Kejap lagi Yana sampai. Assalammualaikum." Kata Alissa sebelum talian dimatikan.

Psycho Husband: His Obsession (OG)Where stories live. Discover now