"Alina!" Panggil Alissa yang baru sahaja keluar dari biliknya.
"Apa?" Jawab Alina a.k.a adiknya sambil berjalan mendekati kakaknya. Kakak dia memang suka menjerit bila panggil orang. Maklumlah waktu kecik pernah tertelan mic ketika tengah karaoke dengan ayah.
"Mama masak apa?" Tanya Alissa kepada Alina. Alina menjeling mata sebelum menjawab. "Pergi lah tengok kat dapur sana, tanya Lina apasal" Jawab Alina selamba.
"Eee budak kecik ni kan. Kecik beso je aku tengok kau. Karang akak tak belanja Lina apa-apa nanti. Baru kau tahu siling tu tinggi ke rendah." Ugut Alissa dengan mata yang dikecilkan.
"Alaaa! Sorry lah, mama masak ayam masak merah. Favourite akak." Jawab Alina pantas. Kaki kakaknya dipeluk erat kemudian digoyangkan.
Ugutan kakaknya memang tak boleh dibawa main. Apa yang kakaknya cakap pasti dia akan buat. Pernah sekali dia pijak kaki kakaknya akibat terlalu marah. Padahnya, patung barbienya dibotakkan. Habis Ken break-up dengan Barbie. Huhu...
"Okey, Thanks!" Balas Alissa sebelum menepuk bahu adiknya.
Alissa berlalu pergi meninggalkan adiknya. Sampai sahaja didapur Alissa mengambil pinggan dan mencedok nasi lalu diletakkan di atas pinggan. Duduk sahaja di atas kerusi Alissa membuka tudung saji dan diletak di sebelah kanan Alissa. Alissa mula mencedok ayam masak merah ke atas pinggannya.
Dengan lafas bismillah dan doa makan, Alissa mula menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Sedapnya! Air tangan ibunya memang tak pernah mengecewakan.
Selesai sahaja membasuh pinggan. Alissa melangkah menuju ke biliknya. Belum sempat dia ingin membuka pintu. Kedengaran bunyi kaca pecah di tingkat bawah.
Bergegas Alissa turun ke bawah semula. Alangkah terkejutnya dia melihat ibunya sudah terduduk di lantai sambil meringis kesakitan. Kaki kanannya dipegang.
"Ya Allah, mama!" Jerit Alissa terkejut sambil berlari anak mendekati ibunya. "Mama boleh bangun tak ni?" Tanya Alissa kerisauan. Puan Jasmin hanya mengeleng. "Sakit." Sepatah saja perkataan yang keluar dari mulut Puan Jasmin.
"Jap, Yana pergi panggil Lina." Kata Alissa lalu pergi ke bilik adiknya. "Lina! Keluar sekarang!" Jerit Alissa.
"Kenapa, kak?" Tanya adiknya yang terkedek-kedek menuruni tangga.
"Duduk rumah tau, kunci pintu semua. Akak nak pergi hantar mama pergi hospital. Jangan tunggu akak kalau kakak balik lambat." Kata Alissa dengan pantas. "Ha? Okey okey." Jawab Alina cemas. Ya lah mana tak cemasnya bila lihat ibunya sedang kesakitan.
Grand's Hospital
"Ish lamanya, apa doktor tu buat." Omel Alissa. Sekarang ni mereka berada di hospital bahagian Kecemasan dan Trauma. Tadi sudah ada seorang doktor memeriksa kaki ibunya tetapi dipanggil untuk menguruskan pesakit kritikal.
"Helo, cik. Cik Alissa right? Anak kepada Puan Jasmin?" Tanya seorang doctor yang baru sahaja muncul bersama seorang nurse. Matanya tidak memandang aku sebaliknya memandang kertas di tangannya.
"Ya saya." Kata Alissa dengan sopan. 'Uish, hensemnyer mamat ni...rambut hitam tutup dahi ala ala korea. Tinggi lampai. Konfem single.' Bisik hati kecil Alissa.
"Miss do you hear what am I saying?" Kata doktor di hadapannya.
"Ha?" Alissa seperti baru tersedar dari lamunannya. Terus kepala ditundukkan ke bawah. Itu lah kau Alissa benggong sangat puji anak orang kan dah malu sendiri.
"Maaf ya doctor. Apa doctor cakap tadi ya?" Tanya Alissa. Mukanya sudah kemerahan kerana malu. Kantoi usya anak teruna orang. Lelaki dihadapannya hanya tersenyum. "You can call me Doctor Blake, Miss Alissa." Kata lelaki yang bernama Blake itu.
"Puan Jasmin ada retak sikit pada kaki kiri dia. Mungkin akibat jatuh ataupun terhentak pada objek keras. Kami akan simen kaki puan Jasmin untuk elakkan daripada tulang tergerak dan tak mengganggu proses tulang bercantum semula lah. Lepas ni jangan suruh dia buat kerja berat. Banyakkan rehat dan kurangkan berjalan. Takut makin teruk." Sambungnya lagi.
"Oh, terima kasih, doktor." Kata Alissa sebelum menundukkan kepala sebagai tanda terima kasih.
Alissa tersenyum janggal apabila lelaki yang bernama Blake itu pandangnya bagai nak tembus. "Ada apa-apa lagi ke doctor?" Soal Alissa. Tak selesa pula bila ditenung macam tu. Ada bulu hidung terjuntai keluar ke?
Lelaki itu hanya bergerak meninggalkanya. Apa kena dengan mamat ni? Tadi pandang muka aku macam nak tembus. Lepastu blah camtu je?! Tapi kenapa muka dia macam familiar eh? Ligat otak Alissa mengingati semula di mana dia pernah jumpa doktor tadi.
Apabila tersedar ibunya sudah berada di depan meninggalkannya terus dia berlari anak mendapatkan ibunya.
"Eh, mama. Jalan tu slow sikit!" Kata Alissa kalut melihat Puan Jasmin berjalan laju keluar dari bilik rawatan bersama tongkat. Dia mahu memapah ibunya tetapi dihalang.
"Iya, Yana" Kata Puan Jasmin sambil menggeleng kepala melayan telatah anak sulungnya yang seorang ni. "Kaki mama retak je pun. Tak payah papah mama. Mama dah ada tongkat." Kata Puan Jasmin malas. Anak dia ni memang anggap ibu dia masih budak kecil ke?
"Mana boleh, kalau jatuh macam mana?" Jawab Alissa dengan nada yang serius.
"Macam tu lah. Dah dah, jom balik." Kata Puan Jasmin. Malas untuk membalas soalan anaknya yang mulut macam mechine gun ni. Kalau dibalas memang sampai esok pagi pun tak akan habis.
Sampai sahaja di kereta miliknya, Alissa menoleh kebelakang. Apasal aku rasa ada orang perhatikan aku ni.
Dup...dap...dup...dap
Dengan pantas Alissa memboloskan diri ke dalam perut kereta. Enjin kereta dipanaskan lalu bergerak meninggalkan hospital itu.
****************************
"Assalammualaikum!" Kata Alissa dari luar rumah sebelum memulas tombol pintu. Ibunya dipapah menuju ke dalam rumah.
"Mama!" Jerit si kembar. Alina dan Aiman. Mereka terus mendapatkan Puan Jasmin. Duo ni lah yang sentiasa menyiksa mental kakaknya.
"Mama okey ke? Mama pergi mana tadi? Kenapa bawak balik tongkat? Beli kat mana? Kenapa mama pakai kasut? Nak jadi Iron-man eh... " Soal Aiman bertubi-tubi. Kaki Puan Jasmin yang disimen ditenungnya kemudian diketuk.
"Kaki mama sakit sebab terjatuh kat tangga." Kata Alissa kepada adik-adiknya sambil menutup pintu depan.
"Dah pergi tidur. Dah pukul berapa dah. Akak suruh tak payah tunggu, nak tunggu jugak." Kata Alissa dengan nada tegas.
"Ye lah!" Jerit kedua adiknya sebelum berlari naik ke bilik masing-masing.
"Mama, Yana tidur dulu..esok kerja." Kata Alissa setelah menghantar ibunya ke bilik tidur.
YOU ARE READING
Psycho Husband: His Obsession (OG)
FanfictionSikap lemah lembut, sopan santun Alissa Raiyana membuatkan Blake Trevor jatuh hati dengannya sehingga sanggup membuat kerja gila hanya untuk memiliki gadis itu. "Macam mana awak tahu nama saya? Kita pernah kenal ke?" Semenjak menghantar ibunya ke h...