Telefon berdering. "Yana! Ni ada kawan Yana call!" kata Puan Jasmin sedikit kuat lalu mengambil telefon itu dan pergi ke arah Alissa.
"Siapa?" Alissa mengambil telefonnya dari tangan Puan Jasmin. "Helo, kenapa call aku ni?"
"Waalaikumsalam" kata Alysha dihujung talian. Eish perempuan ni, dia ingat aku tak tahu ke yang dia tengah sindir aku sebab tak beri salam? "Apa?" Soal Alissa malas.
"Kau dapat tak pesanan dari Encik Khairul?" dahinya berkerut. Orang tua tu ade pesan ape-ape ke?
Otak Alissa ligat memikirkan sama ada Encik Khairul ada memberikan apa-apa pesanan. Tiada.
"Tak ada pulak. Kenapa?"
"Dia suruh kau jumpa dia kat Restaurant Lavender." ujar Alysha.
"Bila?" Soal Alissa. "Malam ni." Jawab Alysha.
"Hm ye lah." setelah memberi salam dia terus meletakkan panggilan. Pelik bin ajaib. Kenapa Encik Khairul nak jumpa dia?
"Mama, malam ni Yana keluar kejap tau." kata Alissa kepada ibunya. "Pergi mana?" tanya Puan Jasmin. "Boss nak jumpa" Jawab Alissa. Puan Jasmin hanya menganguk tanda membenarkan.
"Yana, boleh tak jap lagi kamu pergi ambik Lina dengan Aiman?" Tanya Puan Jasmin yang sedang mengemas dapur.
"Boleh je, pukul 12:30 kan?" Kata Alissa. "Ha'ah." Jawab Puan Jasmin. "Alright Boss!"
Tadika Mawar
"Eish, mana budak ni, lama betul. Dah 10 minit aku tunggu ni." Omel Alissa. Dah lah panas kat luar ni.
"Hai akak!" sapa Aiman girang.
"Kau pergi mana ha? Lama betul, mana si Lina ni?" marah Alissa. Aiman toleh ke belakang "Tu." Jari telunjuk ditujukan ke arah Alina. Biar betik?! Ternganga Alissa buatnya.
Alina dengan seorang budak lelaki berpegangan tangan. Alissa terus berjalan ke arah Alina. "Korang buat apa ni ha? Sampai pegang-pegang, tahu tak haram?" Alina menjeling adiknya tajam.
"Lina kecil lagi, tak dapat dosa pun." selamba Alina membalas. Bagaikan perkara itu adalah perkara biasa.
"Wuish, suka hati kau je cakap tak dosa. Lina memang lah tak dapat dosa tapi siapa yang tanggung? Mama papa juga yang tanggung ish ish." panjang lebar Alissa membebel. Alissa menggenggam pergelangan Alina lalu pergi ke arah keretanya. "Dah masuk."
Laju sahaja keretanya meluncur keluar dari tempat itu. "Nanti akak bagitahu mama." Kata Alissa dengan nada menyakat.
Membulat mata Alina apabila kakaknya mengugutnya. Tak boleh! "Kakak janganlah bagitahu mama please..." Pujuk Alina sambil menggoncangkan kuat bahu kakaknya yang sedang memandu.
"Woi! Jangan goncang, kau nak mati awal ke?" marah Alissa. Alina sandarkan badannya kebelakang lalu kedua tangannya terletak di dada. "Habislah kau, Alina heheheh" Aiman ketawa mengekek.
"Dah pergi masuk rumah, lepastu mandi." arah Alissa kepada adik kembarnya itu. "Okey!" Alina dan Aiman keluar dari perut kereta lalu masuk ke dalam rumah setelah memberi salam. Enjin kereta ditutup lalu Alissa keluar dari perut kereta dan menguncinya.
"Ha, Yana apasal Lina tu moody semacam je?" Soal Puan Jasmin. "Hurm, dia takut Yana bagitahu mama yang dia pegang tangan lelaki." bocor Alissa selamba. "Lah, itu je." Kata Puan Jasmin sambil menggelengkan kepala.
"Dah lah Yana masuk bilik dulu." kata Yana lalu terus berjalan mendaki tangga. "Hmm, nak pakai baju apa eh?" Soal Alissa kepada diri sendiri. Mata meliar mencari baju yang sesuai.
9:24 p.m ( Restaurant Lavender )
Alissa mengerling ke arah jam tangannya. Haish, lambat betullah orang tua ni. Satu suara didengari dibelakang. Alissa memusingkan kepala. "Oh, assalammualaikum, Encik Khairul." Alissa memberi salam kepada bossnya.
YOU ARE READING
Psycho Husband: His Obsession (OG)
FanfictionSikap lemah lembut, sopan santun Alissa Raiyana membuatkan Blake Trevor jatuh hati dengannya sehingga sanggup membuat kerja gila hanya untuk memiliki gadis itu. "Macam mana awak tahu nama saya? Kita pernah kenal ke?" Semenjak menghantar ibunya ke h...