Bab 1

27K 484 6
                                    

Nadzirah mengeluh apabila mendengar deringan telefon bimbit yang menganggu tidurnya. Lantas dia mengambil telefon bimbit yang terletak di atas laci mini di sebelah tempat tidurnya.

"Hishh.. siapa lah call pagi-pagi ni." Ujar Nadzirah dalam keadaan separuh sedar. Dia langsung menjawab panggilan itu.

"Helo.. Assalamualaikum.. ni siapa?" Ucap Nadzirah kepada pemanggil.

"Waalaikumsalam.. baru bangun ke Zira? Razman ni.." Ujar Razman lembut tapi penuh ketegasan.

"Hmm..kau nak apa?"

"What? Kau tanya aku nak apa? Sekarang jam berapa? Kau tak nak pergi sekolah ke? Aku dah terpacak depan rumah kau ni. Aku dari tadi tunggu kau kat sini!!" Marah Razman.

Sekolah? Mata Nadzirah yang tadinya tertutup rapat kini terbuka luas. "Hah!!.. kau tunggu kejap." Nadzirah pantas menamatkan panggilannya dan mencapai tuala mandinya dia segera masuk kedalam bilik mandi.

Nadzirah turun ke tingkat bawah rumah banglo. Dia mencari orang-orang yang berada di rumahnya. Dia berjalan masuk kedalam dapur kelihatan Dato' Nasri, Datin Suraya dan Naufal sedang menjamu selera. Nadzirah tersenyum melihat kedua orang tuanya dan abangnya.

"Morning mama, papa, Along." Ucap Nadzirah. Mereka bertiga segera memalingkan kepala melihat Nadzirah yang berjalan menuju ke arah mereka. Sebaik melihat Nadzirah mereka bertiga tersenyum.

"Morning too dear." Ujar Datin Suraya. Dato' Nasri kembali menumpukan perhatian terhadap surat khabar.

"Lambatnya Zira bangun hari ni?" Kata Naufal sambil menyuap roti ke dalam mulutnya. Nadzirah menjeling ke arah Naufal.

"Zira pergi dulu ye ma, pa, along." Ujar Nadzirah sambil menyalam ketiga-tiga orang yang paling dia sayang.

"Kamu tak nak sarapan dulu?" Tanya Datin Suraya.

"Tak apalah mama.. Man dah tunggu kat luar."

"La.. kenapa tak ajak Man masuk?" Tanya Dato' Nasri.

"Kitorang dah lambat la papa.." Sesekali Nadzirah mendengar Naufal berdehem lepastu ketawa mengekek. Nadzirah menjeling lagi.

"Kalau macam tu Zira pergi dulu ye.. Assalamualaikum.."

"Jalan baik-baik tau.. bagitahu kat Man mama kirim salam.. suruh dia drive hati-hati. Waalaikumsalam." Pesan Datin Suraya.

Nadzirah mengangguk seraya berpaling menuju pintu rumah. Semasa berjalan keluar kelihatan Razman duduk didalam kereta BMW series 5. 'Mampus aku.. mesti dia marah ni.' Nadzirah bermonolog dalam hati.

Nadzirah mendekati kereta Razman. Sampai di sebelah kiri kereta Nadzirah membuka pintu kereta dan langsung masuk dan memakai tali pinggang keledar.

"Man sorry lah aku lambat." Razman tidak mempedulikan ucapan Nadzirah dia terus memandu kereta keluar dari kawasan perumahan banglo. Razman juga tinggal berdekatan dengan rumah Nadzirah cuma selang beberapa blok sahaja.

Apabila Razman tidak mempedulikannya Nadzirah membuang pandang keluar kereta. 'Confirm dia marah.. lantak lah kau.. daripada tengok muka kau baik aku tengok pandangan kat luar.' Ucap Nadzirah dalam hati.

Razman memarkir kan keretanya di tempat parkir kereta. Dia mencapai beg sekolahnya dan berlalu keluar. Nadzirah dari tadi hanya melihat kelakuan Razman. 'Dia tak peduli aku? Huh' Kata Nadzirah. Baru ingin menanggalkan tali pinggang pintu kereta di sebelah tempat memandu terbuka muka Razman terjengul.

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now