Bab 26

8.7K 197 3
                                    

Akira termenung seketika dia merasakan ada tidak kena pada Nadzirah. Mejanya diketuk tersentak Akira lalu melihat Azri. "Apa?" Soal Akira. "Yang kau termenung ni kenapa? Kalau bos nampak apa kau nak jawab?" Ujar Azri.

Ketika ingin membalas ucapan Azri kelihatan Razman berjalan seperti orang yang tiada perasaan. Tak boleh jadi ni. Aku kena tanya Razman sendiri. Hati Akira bermonolog. Akira segera berdiri membuntuti Razman. "Kau nak pergi mana tu?" Soal Azri tapi Akira tidak memperdulikannya. "Ek'eleh.. orang tanya boleh dia buat dek je." Bebel Azri.

SAMPAI di pejabat Razman. Akira menyeru nama Razman.

"Encik Razman!" Razman yang baru meletakkan briefcasenya di atas meja berpaling melihat Akira.

"Ya.. anything I can help you." Soal Razman.

"Saya nak discuss something dengan Encik." Ujar Akira. "Duduklah." Arah Razman kemudian melabuhkan duduk di kerusinya. Akira duduk berhadapan dengan Razman. "So... you want discuss about what?" Soal Razman.

"Apa yang saya nak bincang soal peribadi."

"Ok.. silakan tapi boleh tak jangan formal sangat setakat 'aku kau', boleh kan? Lagipun kau kawan Zira automatik kau pun jadi kawan aku." Ujar Razman.

"Whatever. Apa yang aku nak bincangkan ni pasal Zira." Panggilan Akira sudah bertukar. Terus berubah air muka Razman mendengar nama Nadzirah. "Kenapa dengan dia?"

"Korang ada masalah ke?"

"Kenapa kau tanya?" Soal Razman.

"Sorrylah.. bukan maksud aku nak campur urusan rumah tangga korang tapi Zira tu kawan aku. Semalam aku pergi ambil dia kat Airport. Aku rasa dia sembunyikan sesuatu kat aku." Ujar Akira.

"Zira kat mana sekarang?" Tanya Razman.

"Dia ada kat rumah aku." Maklum Akira.

"Kau bagi alamat rumah kau sekarang." Razman mencapai kertas dan pen kemudian menyalin apa yang diberitahu oleh Akira.

"Thanks." Razman mencapai kunci kereta dan keluar.

MELIHAT anugerah terindah daripada tuhan lebih menyejukkan matanya. Lupa seketika masalah yang menimpa dirinya. Dia merindukan suami tapi kalau suami sendiri sudah berpaling pada perempuan lain dia tidak boleh untuk memaksa lagi. Dia redha andai ini takdir buatnya dia tidak akan berpaling lagi. Buat seketika dia akan tinggal di rumah Akira bersama Akira dan ibu Akira.

Puan Hawa senyum melihat Nadzirah yang sedang mengusap kepala Ruzain. Dia menganggap Nadzirah seperti anaknya. Bunyi loceng rumah menyentakkan mereka berdua yang leka dengan kerja masing-masing. Nadzirah ingin berdiri tapi segera di tegah oleh Puan Hawa. "Tak apa biar Aunty yang buka." Nadzirah hanya mengangguk kemudian segera mengusap kembali kepala anaknya.

Puan Hawa melihat susuk tubuh lelaki yang berdiri membelakangi pagar rumah teres dua tingkat itu. Puan Hawa menyarungkan selipar seraya mendekati pemuda tersebut salam dihulur. Razman berpaling apabila disapa kemudian salam Puan Hawa bersambut. "Cari siapa?" Tanya Puan Hawa. "Nadzirah ada tak?" Soal Razman. "Siapa eh?"

"Suami Nadzirah." Maklum Razman. Puan mengangguk kemudian mempelawa Razman. Telefon Nadzirah berdering. Akira call. "Helo.. kau nak apa? Hah? Ra..Razman datang? Kenapa kau bagitau aku ada kat rumah kau." Panggilan dia tamatkan. "Apa aku nak buat ni?" Nadzirah mendukung Ruzain kalut baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk ke bilik. Terpacul muka Puan Hawa dan Razman. "Zira.. nak ke mana tu?" Tanya Puan Hawa.

"Zira nak masuk bilik dulu Aunty." Ujar Zira apabila melihat Razman mendekatinya. Langkahnya dilajukan untuk masuk ke dalam bilik. Razman tidak sempat untuk mengejarnya mukanya dipalingkan untuk melihat Puan Hawa. Puan Hawa hanya sekadar mengangguk.

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now