Bab 25

8.5K 215 1
                                    

Malam ini malam terakhir bagi Nadzirah dan Ruzain besok telah genap seminggu dan mereka harus balik ke Kuala Lumpur. Nadzirah telah membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah dan dia yakin dengan keputusannya.

Nadzirah memasukkan satu persatu baju yang telah dilipatnya kemudian menutup beg itu. Pintu dari luar terbuka terjengul muka Nera.

"Dah siap kemas?" Nadzirah mengangguk lalu tersenyum. Nera juga tersenyum kelat lalu mendekati Nadzirah. Dia tahu senyuman Nadzirah hanya direka. Senyuman itu terpelit sebuah kepahitan.

"Esok flight pukul berapa?" Soal Nera.

"Pukul enam setengah pagi." Jawab Nadzirah ringkas.

"Dah fikir macam mana nak selesaikan masalah?" Nadzirah megangguk lagi. "Akak harap keputusan yang Zira buat.. baik untuk Zira." Ujar Nera.

"Tapi kak.. macam mana kalau keputusan yang Zira buat akan menyakitkan semua orang?" Tanya Nadzirah. Nera memandang Nadzirah.

"Tak.. walaupun keputusan Zira menyakitkan atau tidak. Semua harus terima." Ucap Nera. "Macam mana pula kalau keputusan Zira baik pada semua orang tapi tidak pada Zira." Tanya Nadzirah lagi.

"Baik atau sakit itu keputusan Zira. Tapi untuk kebaikan jangan buat hati Zira makin sakit. Buat keputusan fikir masak-masak tau." Ujar Nera. Nadzirah memandang Nera. Air mata Nadzirah sudah bergenang.

"Terima kasih akak untuk semuanya. Maafkan kalau selama Zira kat sini menyusahkan akak." Air mata Nadzirah luruh lalu memeluk Nera.

"Kenapa cakap macam tu? Zira adik akak jadi dah tanggungjawab akak jaga Zira kalau papa, mama tak ada." Nera membalas pelukan dia mengusap belakang Nadzirah air matanya juga hampir luruh.

"Dah tidur esok nak pergi Airport.' Arah Nera. Nadzirah mengangguk lalu membaringkan tubuh di sebelah anaknya. Nera keluar dari bilik Nadzirah.

PANGGILAN untuk pesawat MH46 telah berkumandang. Nadzirah sudah ingin masuk ke pintu perlepasan. Nera dan Nadzirah berpelukan.

"Jaga diri tau.. ingat pesan akak semalam. Zan jangan nakal kat atas kapal nanti tau.. kesian mama. Jaga mama Zan ya.." Nadzirah mengangguk. Nera mencium dahi bayi comel itu.

"Kirim salam kat semua." Pesan Elman. Nadzirah mengangguk.

"Bye Khairi nanti ada masa mama Zira dengan adik Zan datang lagi tau. Kak.. Zira jalan dulu tau. Bye Ibu Era, abah El. Bye abang Khairi." Nadzirah mengusap kepala Khairi. Ujar Nadzirah Nera mengangguk lalu masuk ke dalam pintu perlepasan.

BACAAN tahiyat akhir dilafazkan lalu memberi salam dimulakan ke kanan kemudian ke kiri. Tangannya di tadakan untuk berdoa kepada Ilahi.

"Ya Allah Ya Tuhanku kau peliharalah rumah tangga kami, kau jagalah anak dan isteriku di manapun mereka berada. Ya Allah kau permudahkanlah urusan kami. Amin ya rabb." Razman mengaminkan doanya di solat subuh. Empangan mata sudah berair air mata lelakinya mula runtuh kerana terlalu merindukan isteri dan anaknya.

Sebelum Nadzirah keluar dari rumah ini setiap malam ketika Nadzirah sudah tidur dia akan masuk ke bilik yang di tempati Nadzirah dan Ruzain. Dia akan mencium dahi isteri dan anaknya mujur selama itu Nadzirah tidak tersedar akan perbuatannya. Razman mengusap mukanya hingga ke belakang rambut.

KEPALANYA di tinjau mencari seseorang. "Mana dia ni?" Keluhnya lalu mengeluarkan telefon bimbit dari baju kurung yang dia pakai dan mendaul nombor seseorang. Telefonnya tidak berangkat hanya kedengaran suara operator perempuan. Nombor didail sekai lagi namun hampa jelas mukanya menampakkan kerisauan.

Akira sekali lagi mendail nombor yang sama untuk kali ketig dan akhirnya telefonnya bersambut. "Kau kat mana?" Soal Akira apabila telefonnya bersambut. Matanya meliar mencari tempat yang dikatakan. "Oh ok.. aku nampak kau tunggu kat situ. Jangan pergi mana-mana." Pesan Akira lalu menamatkan panggilan.

Setelah hampir dengan tempat yang dituju dia terlihat seorang wanita lalu memanggil nama wanita itu. "Zira!" Nadzirah berpaling melihat dari mana datangnya suara itu. Bibirnya menguntum senyum.

"Kau dengan Zan sihat tak?"

"Alhamdulillah, kitorang sihat. Kau?"

"Aku sihat je... sampai hati kau kan tak bagitau yang kau pergi Sabah." Nadaya seperti merajuk. Nadzirah senyum tipis.

"Sorrylah..." Dia memukul perlahan belakang Ruzain yang sedang tidur di dukungannya.

"Kenapa suruh aku ambil kau? Husband kau mana?" Soal Akira. Terus berubah air muka Nadzirah kemudian senyum palsu. "Sibuk. Kau boleh tolong aku tak?" Tanya Nadzirah.

"Tolong apa?"

"Boleh tak kalau aku bermalam dua tiga hari kat rumah kau?" Tanya Nadzirah. Kerutan di dahi Akira mula berbentuk. "Kau orang ada masalah ke?" Nadzirah menggeleng. Akira mengangguk perlahan kepalanya. "Eh, jom lah.. mesti kau penat. Zan pun dah tidur." Nadzirah mengangguk. Akira membawa beg Nadzirah.

Aku tau kau sembunyikan sesuatu dari aku, Zira. Hati Akira berbicara.

SUASANA riuh rendah di restoran itu hanya di perhatikan oleh Syafiqa. Dia melihat jam tangannya kemudian mengeluh.

"Sorry, late." Ujar Naufal.

"It's okay." Naufal menjongketkan keningnya.

"Betul ke It's okay?" Soal Naufal mengusik. "Ye lah.. takkanlah nak main-main pulak." Ujar Syafiqa. Naufal mengangguk. "Kenapa nak jumpa? Hari tu kan dah jumpa.." Ujar Syafiqa lagi. "Tak ada apa. Cuma nak dis.." Telefon Naufal berbunyi. Nera?. Dia menjawab panggipan tersebut.

"Assalamualaikum." Ucap Nera.

"Waalaikumsalam.. ada apa call along?" Soal Naufal.

"Nak tanya Zira dah sampai ke?"

"Ya ke? Along kat luar ni." Ujar Naufal.

"Kalau macam tu tak apalah Nera letak dulu. Assalamualaikum." Selesai menjawab salam. Naufal mendail nombor Datin Suraya. "Helo.. ma.. Zira dah ada kat rumah ke?" Terjah Naufal sebaik sahaja telefonnya bersambut. "Ya Allah budak ni main terjah je.. Zira? Tak ada pun." Ujar Datin Suraya. "Tak ada?" Muka Naufal yang tadinya tersenyum semanis gula kini berubah sepahit kopi. Syafiqa mengerutkan dahi melihat perubahan Naufal.

Naufal menjauhkan telefon bimbit dari telinganya. "Something happened with kak Zira?" Soal Syafiqa. Naufal mengangguk. "Yes.."

"Kak Zira kenapa?" Soal Syafiqa.

"Seminggu yang lalu dia pergi Sabah kata nak tenangkan diri. Saya faham kalau dia nak tenangkan diri but she stay away from me and don't want to see me. Saya sayangkan Zira macam adik kandung saya. Like I love Nera. Luah Naufal. Syafiqa terkejut.

"Do you mean your family adopt her?" Tanya Syafiqa. Naufal mengangguk. Syafiqa merasa simpati melihat Naufal. Patutlah badan Naufal nampak susut je.

Lamanya tak update chapter. Kebelakangan ni saya sibuk dengan sukan tahunan sekolah lenguh semua badan sorry kalau ada typo.. so selamat membaca and keep vote or comment.



Jodoh KitaWhere stories live. Discover now