Bab 29

9.2K 214 1
                                    

Nadzirah memasuki perkarangan rumah Dato' Nasri. Setelah memakirkan kereta hondanya dia masih duduk di dalam kereta memikirkan penjelasan Razman tadi susah hendak dia percaya. Kalau betul sia-sialah air mata yang selama ini gugur kerana Razman.

"Sebenarnya abang tak bermaksud nak curang tapi abang terpaksa lakukan sebab abang takut jadi apa-apa kat Zira." Nadzirah mengerutkan dahi. "Maksud awak? Akan jadi apa-apa ke kat saya?" Soal Nadzirah. Dia perasan badan Razman semakin susut ketika pertemuan mereka di rumah Akira tidaklah sebegini.

"Empat bulan yang lalu masa tu kandungan Zira tujuh bulan. Masa abang park kereta kat ofis abang ada nampak Rina bercakap dengan seorang lelaki tapi muka lelaki tu tak nampak sangat." Razman berhenti seketika.

"Jadi apa masalah dengan saya? Nak dia bercakap dengan kucing ke? Dengan lelaki tu ke? Atau bercakap dengan awak tak ada kena mengena dengan saya." Ujar Nadzirah dingin.

"Abang belum habis cakap pun. Dengarlah dulu. Abang datang dekat menyorok di kereta yang berdekatan dengan mereka berdua. Abang dengar mereka berbual pasal Zira dengan Mira. Abang dengar lelaki tu cakap kat Rina yang dia gagal nak langgar Amira sebab masa tu abang sempat tolak Amira pergi sisi highway." Razman berhenti lagi. Dia melihat Nadzirah.

"Kenapa awak boleh jumpa Mira?" Soal Nadzirah lagi.

"Abang jumpa client kat restoran area Bukit Bintang tempat Mira hampir kena langgar. Abang dengar Rina suruh lelaki tu bunuh Zira untuk dapatkan abang. Jadi takkanlah abang nak duduk diam je kan? So, abang cari Mira bagitau dia yang nak langgar dia adalah Rina. Lepastu abang dengan Mira sepakat untuk kenakan Rina. Mira cakap Rina bagitau Mira rancangan dia dan Mira bagitau abang. Tulah sebab abang pura-pura nak kat dia." Jelas Razman Nadzirah hanya mendengar dengan muka tidak berperasaan.

"Abang minta maaf sebab rahsiakan perkara ni. Abang minta maaf sebab pernah tampar Zira hari tu. Abang minta maaf sebab buat Zira nangis. Abang janji lepasni abang takkan buat." Razman menyambung lagi. Nadzirah senyum sinis.

"Janji! Maaf! Janji! Maaf!. Lepas janji buat lagi. Minta maaf tapi buat lagi. Saya dah muak dengar janji awak, dengar perkataan maaf awak tu." Ujar Nadzirah.

"Zira.. tak apa kalau Zira tak nak maafkan tapi tolong percaya dengan abang." Pinta Razman. Nadzirah melihat mata Razman berair tapi tidak di endahkan. "Saya tak tau nak percaya atau tak. Saya pergi dulu." Nadzirah berdiri dan berlalu dari situ. Razman juga berdiri segera membayar makanan itu baki hanya di biarkan dan dia mengejar Nadzirah.

Berkali kali dia memanggil Nadzirah tapi tetap tidak diperdulikan. Nadzirah makin laju mengatur langkah menuju keretanya. Sampai di kereta dia segera menhidupkan enjin dan meluncur laju. Razman sampai ketika kereta honda itu sudah jauh berlalu. "Arggh!" Teriak Razman orang hanya memandangnya pelik.

Kejadian tadi melayang jauh apabila pintu kereta di ketuk. Naufal tersenyum di luar jendela keretanya. Nadzirah mematikan enjin kereta kemudian mencapai beg tangan lalu keluar dari perut kereta. "Tak kerja ke?" Soal Nadzirah. "Tak ambil cuti emergency nak luangkan masa dengan adik along." Nadzirah terasa. Maksud dia adik dia Hana bukannya aku. Getus Nadzirah.

Nadzirah melangkah masuk ke dalam rumah. Naufal juga sama. Semasa masuk dia melihat Ruzain baring di atas sofa dan Datin Suraya yang bermain dengan Ruzain.

"Mama Zan dah balik." Teruja Datin Suraya membawa Ruzain bercakap. Nadzirah melangkah mendekati anaknya di ciumnya dahi Ruzain.

"Ma, Zira naik dulu." Ujar Nadzirah minta keizinan. Datin Suraya mengangguk seraya tersenyum. "Hmm. Naiklah mama boleh jaga Zan. Kan sayang?" Ujar Datin Suraya. Nadzirah naik ke tingkat atas Naufal pula dari tadi mengikut Nadzirah.

Nadzirah ingin masuk biliknya tapi segera di tahan oleh Naufal. Nadzirah menjeling tajam. "Along ni kenapa?" Soal Nadzirah malas. "Along rindu Zira. Zira tak rindu along?" Tanya Naufal.

"Tak!" Laju sahaja Nadzirah menjawab. Kemudian dia tutup pintu biliknya. Sabar Zira selagi kau boleh. Ujar hati Nadzirah dia masuk ke bilik air untuk meembersihkan diri.

SUDAH seminggu tiada khabar dari Naufal. Bohonglah Syafiqa kalau dia tiada perasaan risau terhadap Naufal. "Kenapa kau ni? Cepatlah habiskan makanan kau. Kejap lagi nak masuk ni. Kalau tempat kerja aku dekat tak apa jugak.. kau tu tempat kerja dekat je." Bebel Nora.

"Kalau kau nak pergi dulu pergilah." Ujar Syafiqa. Nora meletakkan sudunya. "Kau ada masalah ke? Pasal Naufal kan?" Nora serkap jarang.

"Taklah." Nafi Syafiqa.

"Kau jangan nak bohong dengan aku. Aku tahu kau mesti risau dengan tunang kau tu kan?" Soal Nora.

"Taklah.."

"Aku boleh baca fikiran kaulah."

"Suka hati kau lah." Syafiqa menyedut sikit jus epal. Nora senyum sinis.

"Tengok dari mata kau pun aku dah tahu." Nora masih main tarik tali.

"Ok fine. Yes! I like him, I love him. I'm worried about him. Puas?" Ujar Syafiqa.

Nora senyum lalu melihat lelaki yang dari tadi berdiri di belakang Syafiqa "Naufal! Kau dengar apa dia cakap tadi?" Soal Nora kepada Naufal. Naufal mengangguk. Syafiqa membuntangkan mata. "Oh damn!" Bisik Syafiqa mukanya merah.

"Aku pergi dulu bye." Nora berlalu. Naufal duduk di tempat Nora tadi.

"Sejak bila kat situ?" Soal Syafiqa.

"Sejak Nora membebel tadi." Ujar Naufal. "Jadi awak dengarlah apa saya cakap.. yang tadi tu?" Soal Syafiqa lagi.

"Yang mana satu sebab semua saya dengar." Selamba Naufal berkata. Aduh malu. Bisik Syafiqa.

Dua-dua diam. Tiba-tiba Naufal meletakkan sebuah kotak kecil berwarna hitam di atas meja. Syafiqa hanya memandang kotak itu. "Bukalah." Syafiqa mencapai lalu di bukanya kotak itu. Sebuah cincin emas putih bertakhtakan berlian kecil yang cukup sederhana tapi kelihatan menawan.

"Apa ni?" Soal Syafiqa.

"Takkanlah awak tak tahu tu apa?" Soal Naufal. Sesi soal menyoal sedang diadakan.

"Saya tahulah ni cincin maksud saya untuk apa?" Dia memandang Naufal yang duduk berhadapan dengannya. Naufal merenung tepat ke anak matanya. Wahai hati janganlah kau gugur dekat sini. Getus hati Syafiqa

"Saya nak propose awak untuk jadi suri dalam hidup saya jadi ibu kepada anak-anak saya nanti. Minta maaflah kalau cara saya lamar awak taklah romantik macam dalam movie, drama atau novel sebab saya tak pandai nak jadi romantik bagi saya romantik tak penting. Yang penting saya cintakan awak, percaya dan sayang kat awak." Panjang lebar Naufal berkata.

"Awak sayangkan, cintakan, percayakan saya ke?" Soal Syafiqa. Syafiqa kenapa soalan macam tu pulak yang kau tanya.

"Kalau tak saya takkan kahwin dengan awak saya kahwin je dengan Mira." Ujar Naufal. Diam lagi.

"Macam mana terima tak?" Soal Naufal. Syafiqa mengangguk sambil tersenyum begitu juga dengan Naufal.

Siap. Keep vote and comment sorry kalau ada typo. Sorry juga kalau cerita ni agak tak logik.

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now