SEBELUM gerak pergi kerja, Siti Aisyah membuat sarapan kuetiau sup dan menghidangkan kek marble. Masa yang ada ini, dia mahu meluangkan masa bersama keluarganya. Puan Aida dan Encik Zariman pula senang hati Siti Aisyah ringan tulang.
"Selamat pagi sayang". Puan Aida kucup ubun-ubun Siti Aisyah. Siti Aisyah tersenyum kecil sambil tangannya masih mengacau sup. Atas meja sudah terhidang kek dan teh o panas.
"Selamat pagi, Mama. Mama Papa duduk lah. Ecah hidangkan kejap". Siti Aisyah membawa kedua-dua ibu bapanya pergi ke meja. Orang tua perlu dilayan istimewa. Kerana merekalah syurga, merekalah pelindung untuk anak-anaknya.
Encik Zariman menyuap kuetiau sup. Kuetiau sup Aisyah terasa sangat sedap. Barangkali ini kali pertama mereka bersarapan bersama. Disebabkan masing-masing sibuk bekerja, mereka jarang berjumpa di rumah. Aktiviti sarapan sebegini saja aura suasananya sudah naik. Masakan pun jadi sedap. Malah, Encik Zariman kali pertama merasa masakan anak daranya. Satu kepujian.
"Sedap!. Bungkuskan untuk Papa". Mulut Encik Zariman dilap menggunakan tisu. Dia mengambil tiga teguk teh o, salam Puan Aida, salam Siti Aisyah baru berangkat ke kereta. Siti Aisyah tersenyum manis Papa dia memuji masakannya. Siti Aisyah menuju ke kabinet kemudian mengeluarkan dua plastik. Baki kuetiau yang masih dalam kuali dibungkus asing. Memandangkan Siti Aisyah masak mi dan kuah menggunakan kuali berasingan, ia memudahkan Siti Aisyah membungkus.
Puan Aida turut bergerak pergi kerja menaiki kereta berasingan. Siti Aisyah akan dihantar oleh Puan Aida.
"Papa pergi dulu ya. Assalamualaikum!". Senyuman Encik Zariman nampak biasa pada mata Siti Aisyah. Namun ia bukan senyuman biasa. Encik Zariman menyembunyikan sesuatu dibalik senyuman. Puan Aida hanya melihat suaminya berkelakuan begitu. Memang nampak perubahan pada nada suaranya, yang kedengaran ceria. Namun ia tidak terlalu ketara. Masih terkawal. Pada malam semalam, mereka berdua sudah berjanji tidak akan memberitahu Siti Aisyah.
"Mama...".
Puan Aida tersentak ditegur. Cepat-cepat dia mempamer reaksi biasa. Jika tadi, air mukanya gelisah.
"Jom Mama kita jalan sekarang?". Siti Aisyah memimpin tangan Mamanya ke kereta. Puan Aida menurut. Senyum saja Puan Aida, Siti Aisyah mahu bermanja.
Takkan dia tahu pula, kan?.
***
BATRISYA mengirim pesanan ringkas pada teman lelakinya, Razak. Hari ni dia mahu merancang keluar bersamanya untuk ke pusat membeli-belah. Namun, Razak menolak permintaan Batrisya kerana pada waktu ini adalah waktu bekerja. Razak sudah jemu dengan sikap bossy Batrisya. Tak menurut, gadis itu akan semakin memaksanya mengikut arahannya. Awal perkenalan, Batrisya seorang yang lemah-lembut. Akhirnya mereka bercinta. Ibu bapanya juga merestui mereka dengan syarat hubungan mereka perlu hingga ke gerbang pelamin. Tapi, semakin hari mengenalinya, sikap Batrisya yang suka mengarah, sombong, kuat marah membuatkan Razak rimas dan tak tahan.
Hanya menunggu masa untuk mereka berpisah. Selepas itu, Razak akan bebas dan boleh mencari gadis lain yang jauh lebih baik. Ibunya juga sokong Razak menamatkan hubungannya dengan Batrisya. Batrisya tidak membawa apa-apa kebaikan pada keluarga mereka. Ibu Razak tidak mahu Batrisya menjadi menantunya kerana dia sudah tahu gadis itu bersikap kebudak-budakan dan tidak tahu berdikari.
Batrisya
Biyyyy.. you temankanlah i shopping. Kawan-kawan i busy. You sampai hati kan?.Razak
Sya, jangan kacau i boleh tak?. I tengah kerja sekarang. You boleh lah senang-lenang tak kerja sebab you anak orang kaya. I pula kena kerja dengan orang. Ada peraturannya. Kejap lagi i kena off telefon.Razak mematikan taliannya agar Batrisya tidak terus mengganggu.
Batrisya begitu marah Razak berani berbuat demikian terhadapnya.
Tak apa Biy!. Sebab i sayang you, i masih dengan you!. Siapa nak rapat dengan you selain i?!.Batrisya
Girls! ikut aku teman shopping!. Aku nak shopping puas-puas!.Kawan-kawan Batrisya, Erin dan Adriana bersorak gembira. Yay!. Tak payah keluar duit!. Selamat duit aku!. Mereka berkawan baik dengan Batrisya. Meskipun kawan baik, Batrisya melayan Erin dan Adriana tak ubah macam bibik.
Erin
Serius lah kau?. Kitorang ikut kau shopping?!. Kau belanja?!.Batrisya
Of course!. Pilih je!. Aku bayarkan!.Batrisya tersenyum sinis. Siapa nak bayarkan kau?.
***
KAKI Faleeq terhenti. Fokusnya tadi yang tertumpu pada arah jalanan, terpandang seseorang amat dikenali di kedai Papa Roti. Siti Aisyah terlihat gembira melakukan kerjanya. Faleeq tersenyum. Rajin betul budak perempuan tu.
"Hai. Abang nak satu roti girl". Faleeq cuba buat lawak memenangi hati Siti Aisyah. Siti Aisyah dalam keadaan keliru mahu memasukkan pesanan dalam sistem pos. Dan dia baru sedar lelaki itu main-main. Mana ada roti girl!.
"Sini tak ada roti girl. Abang nak cuba rasa roti penumbuk?. Saya baru buat. Nak rasa, sekarang pun boleh!". Siti Aisyah menyua penumbuk. Orang tengah kerja, dia pula buat pesanan main-main.
Terkejut Faleeq tengok reaksi gadis itu. Hahah. Kelakar. Tapi comel.
"Ecah kerja sini?". Faleeq pandang kedai atas bawah. Fuyoo. Boleh tahan juga Ecah kerja sini.
"Tak lah. Kerja cuci jamban. Abang nak order apa?. Jangan main-main lah". Tahap kesabaran aku dah capai tahap tertinggi. Sikit lagi nak darah tinggi. Kepala aku kalau dunia kartun, nampak keluar api. Faleeq tersengih. Umur abang ni berapa eh?.
"Marah betul. Ok lah. Abang nak roti kopi dua dengan satu kopi latte".
Siti Aisyah menekan skrin. Jarinya laju buat kerja. Kagum Faleeq tengok.
Di sisi lain, Batrisya dan geng-gengnya juga berada di tempat yang sama. Dan Batrisya ternampak Siti Aisyah sedang bermesra dengan seorang lelaki kacak. Hatinya panas dan iri.
Gatal!. Sebab kau lah teman lelaki aku tak dapat temankan aku shopping!. Batrisya beranggapan Razak menolak ajakannya disebabkan Siti Aisyah. Meskipun Siti Aisyah tak ada kena-mengena dalam masalah mereka, Batrisya tetap menyalahkan Siti Aisyah.
"Hoi budak gemuk!. Sedap ya kau kerja sini?!. Kau tu pandai sangat ke?!. Apa faedah kau kerja sini?!". Batrisya marahkan Siti Aisyah sebab Siti Aisyah telah bekerja dan ada duit sendiri berbanding dirinya yang bergantung pada ibu bapa untuk minta duit. Razak juga memuji Siti Aisyah sebab rajin bekerja. Itu yang membuatkan Batrisya bertambah marah.
Sya cuba lah ikut Siti Aisyah tu. Sepupu Sya kan?. Walaupun dia badan besar, dia rajin kerja. Rajin cari duit. Daripada Sya yang asyik minta duit Mak Ayah?. Sya dah kerja, baru kita dating ya sayang. I love you!.
"Awak nak apa, Batrisya?". Jumpa dekat sini pulak!. Siti Aisyah tenang berdepan dengan Batrisya. Faleeq ke tepi. Tak nak masuk campur. Mata pengunjung memerhati Siti Aisyah dan Batrisya.
"Kau tu hebat sangat ke sampai semua orang puji kau?!". Batrisya menolak Siti Aisyah menyebabkan dia terjatuh dan kaki terkehel.
"Arhh!!".
Faleeq terkejut. Dia memapah Siti Aisyah untuk membantunya berdiri. Kaki Siti Aisyah terasa amat sakit.
"Abang, abang, abang. Kaki... kaki Ecah sakit!". Aku memahut bahu Abang Faleeq. Nampak Batrisya cemburukan aku.
YOU ARE READING
Suami untuk cik pipi tembam
RomanceSiti Aisyah. Satu nama yang cukup manis dan indah. Namun, kerana fizikalnya yang chubby, Aisyah sering direndah-rendahkan sepupu-sepupunya yang cantik. Kerana itu, Mama dan Papanya berhasrat menjodohkan Aisyah dengan anak kawan mereka, Tengku Falee...