Bab 1

166 11 0
                                    

MAJLIS hari jadi Batrisya. Majlis yang sangat meriah. Para tetamu mengucapkan tahniah buat tuan puteri majlis, Batrisya Elina. Wajah setiap tetamu tidak putus menguntum senyum melihat kecantikan Batrisya dan kawan-kawannya yang terdiri dari sepupuku juga. Aku seperti biasa menjadi patung cendana tidak buat apa-apa melainkan mengunyah nasi ayam ditemani air tembikai susu di mejaku. Papa dengan senang hati mengadakan majlis hari jadi Batrisya di rumah kami. Batrisya buat rumah aku ni macam rumah dia pula. Ambil gambar sana-sini tempat aku selalu lepak. Taman, kolam ikan. Semua dia dah curi. Lokasi majlis ini diadakan di ruang tamu tingkat bawah.

Mama dan Papa pula mesra melayani saudara-mara lain di pintu masuk. Tinggalkan aku bersendirian dikelilingi tetamu yang buat hal masing-masing. Selang sepuluh minit, Mama dan Papa menuju ke meja aku.
Mungkin mereka baru hendak rasa bersalah kerana tinggalkan aku.

"Maafkan Mama, Ecah. Ecah dah lama ya tunggu kami berdua?. Ok lepas ni Mama dan Papa tak tinggalkan Ecah lagi". Siti Aisyah memberi senyuman nipis Puan Aida begitu risau Siti Aisyah merajuk kerana tiada menemaninya makan.

"Ecah ok je makan sorang-sorang. Semua orang tengok Batrisya. Mana perasan Ecah dekat sini". Aku menongkat dagu melihat sekumpulan sepupuku berswafoto dengan gembira bersama teman lelaki mereka. Nampak gaya mereka macam berpangkat tinggi. Tak pun berkerjaya hebat.

Minumanku sudah habis. Aku bangun untuk mengambil minuman di meja berhampiran cermin. Ketika mengisi air, tanganku berlaga dengan tangan seorang lelaki secara tak sengaja. Aku segera menarik tanganku mengelak tersentuh lelaki bukan mahram.

"Opss, sorry. Awak nak ambil air ni ke?. Awak ambil lah dulu". Ujar Faleeq membenarkan Siti Aisyah mengisi airnya dalam gelas.

Gelas dah penuh, Siti Aisyah melangkah kembali ke mejanya. Namun lelaki itu menahannya.

"Tunggu. Awak anak Uncle Zariman ke?". Soal Faleeq. Muka budak perempuan ni aku macam kenal. Aku pernah jumpa dia masa dia sekolah rendah dan aku belajar di Universiti. Waktu itu, aku datang beraya rumah Uncle Zariman. Sorang budak perempuan berpipi tembam bertoncang dua makan kerepek kentang keju melintas depan aku.  Comot betul. Tapi comel.

"Awak ni siapa eh?. Saya tak kenal". Blur kejap. Aku tak kenal pun dia ni. Encik Zariman melambai  memanggil Faleeq dari jauh.

" Faleeq! Sini!".

Faleeq menuruti sahutan Encik Zariman lalu duduk di meja bersama Mama dan Papa Aisyah.

"Faleeq apa khabar?". Mama tak kekok bertanyakan soalan pada lelaki itu. Aku memerhati mereka berbual. Mulutku berat untuk sertai perbualan ini.

"Sihat, Aunty. Dua tahun tak jumpa kan, Aunty?. Mama Papa Faleeq kirim salam. Mereka tak dapat datang".

"Faleeq dah makin handsome sekarang. Dah ada buah hati ke ni. Lain macam penampilan?. Hahah." Usik Encik Zariman. Faleeq tertawa kecil. Mana nak ada buah hati kalau sibuk bekerja memanjang?.

"Tak ada perempuan nak lelaki sibuk kerja macam saya, Uncle". Faleeq curi-curi pandang Siti Aisyah. Siti Aisyah blushing kemudian toleh ke tempat lain. Apa hal dia tengok aku?.

Papa boleh pula buat lawak spontan sampaikan aku tersentak macam terkena elektrik.

"Anak uncle kan ada?. Comel pulak tu!. Uncle boleh jodohkan kamu berdua!". Siti Aisyah menjerit kecil hingga Batrisya terdengar percakapan Encik Zariman dan jeritan Siti Aisyah. Puan Aida ketawa kecil melihat reaksi lucu anak perempuannya.

Jodoh kan siapa?.

"Pak su nak jodohkan siapa?". Batrisya sibuk nak tahu apa kami bualkan. Ketuk kang!. Batrisya mempamer wajah tidak senang ada lelaki duduk dengan aku. Aku buat tak tahu je. Maklumlah. Sepupu mana boleh tengok orang senang. Diri tu dah ada teman lelaki tak ingat. Sibuk nak tahu  hal orang.

"Pak su nak jodohkan Ecah dengan anak kawan Pak Su ni".

Wajah Faleeq merah. Bibirnya senyum tak henti. Eleh. Suka lah tu dapat buah hati free. Tuan punya badan belum jawab lagi tau.

"Biar betul Pak Su?. Aisyah mana boleh dapat laki handsome macam dia?. Dah lah gemuk. Kuat makan. Biarkan jadi anak dara tua je lah anak Pak Su tu". Lancang mulut Batrisya keluarkan kata-kata kasar. Siti Aisyah sentap. Dia menggenggam buku lima. Faleeq sudah tahu apa akan berlaku. Dia berdiri dengan bergaya, mempertahankan Siti Aisyah.

"Cik yang tak ada adab, tolong jaga kata-kata cik. Ecah bakal jadi isteri saya. Cik cari masalah dengan dia, bermakna cik cari pasal dengan saya juga". Faleeq memberikan senyuman sinis sambil matanya ditajamkan untuk menakutkan Batrisya.

Aku terkedu lelaki ni kata aku ni bakal isteri dia. Apa??.

APAAAAA?!!!

***

Malam...

SITI AISYAH menerima pesanan ringkas Whatsapp daripada Faleeq. Ini mesti kerja Mama atau Papa bagi  nombor telefon aku pada lelaki tu.

Faleeq : Assalamualaikum Ecah

Nak balas ke tak?. Nak balas ke tak?.

Aisyah : Waalaikumussalam. Ecah?. Kenapa panggil nama tu?. Nama saya Siti Aisyah. Panggilan Ecah untuk Mama atau Papa saya.

Faleeq : Hahaa. Sorry sorry. Izinkan saya panggil awak Ecah?.

Aisyah : Boleh lah...

Faleeq : Ecah ok ke?. Perempuan tadi tu siapa?. Kawan?.

Aisyah : Sepupu yang cemburukan sepupu sendiri 😌

Faleeq : I see. Cemburu apa pulak?.

Aisyah : Entah. Mana saya tahu.

Faleeq dapat idea nakal yang boleh membuatkan si gadis sebelah talian sana tak keruan.

Cuba Faleeq bahasakan 'abang' pada Ecah. Ecah suka baca novel-novel romantik yang ada abang-abang handsome lepas tu senyum sendiri. Aunty selalu nampak tiap-tiap petang dekat port kegemaran dia. Sengih je!. Bila tanya kenapa dia tersengih, dia jawab ada babak abang handsome, Mama. Hahah!. Comel anak Aunty tu.

Baik lah Aunty Aida. Faleeq cuba. Hehe.

Faleeq : Panggil saya abang.

Hah?!. Tangan Siti Aisyah kaku. Abang?!.










Suami untuk cik pipi tembamWhere stories live. Discover now