Bab 9 |Cinta Tengku Faleeq

102 4 3
                                    

SITI AISYAH akhirnya sembuh dari sihir. Atas keizinan Allah, dia sekeluarga dilindungi dari panahan penyakit ain. Siti Aisyah mula sedar. Tengku Faleeq mengucup dahi Siti Aisyah penuh kasih.

"Alhamdulillah... syukur sayang dah sedar...". Bibir Tengku Faleeq menurun ke tangan Siti Aisyah pula. Dikucup lama. Dua hari isterinya pengsan setelah mendapatkan rawatan islam. Mata Siti Aisyah melihat sekeliling. Cuba mengingati kembali sebelum dia tidur lama.

Siti Aisyah bangun. Dibantu Tengku Faleeq menyandarkan isterinya di kepala katil beralaskan bantal.

"Pelan-pelan".

"Abang... apa dah berlaku?. Isyah rasa macam dah tidur lama". Siti Aisyah memicit kepala. Terasa sakit akibat tidur dalam jangka masa panjang.

"Isyah kena sihir, sayang. Guess what?. Sepupu Isyah yang hantar, Batrisya. Bersama ibunya. Tapi Isyah... mereka dah tewas dengan perjanjian yang mereka sendiri buat". Terang Tengku Faleeq. Itu maklumat yang diberitahu oleh Doktor Balqis. 'Benda' tidak elok dalam tubuh Siti Aisyah sudah dibuang. Siti Aisyah perlu mandi air limau dan minum air penawar yang telah diruqyahkan. Tengku Faleeq juga perlu minum air tersebut. Sebagai tambahan agar semangat Siti Aisyah kembali kuat, Doktor Balqis menyarankan kepada Tengku Faleeq, Tengku Faleeq perlu 'memagar' rumah menggunakan lada hitam dicampurkan garam, berserta membacakan ayat-ayat Al-Quran ketika 'memagar'.

Siti Aisyah terkejut. Matanya terbuka luas. Batrisya?. Kenapa tahap kebenciannya terhadap aku sampai hendak menyihir?. Tengku Faleeq memegang erat tangan Siti Aisyah.

"Allah ada, sayang. Isyah jangan takut. Allah ada lindungi sayang". Tengku Faleeq mengusap kepala Siti Aisyah.

***

SEMINGGU kemudian...

Cuaca panas melanda Malaysia. Cahaya matahari yang terik membolehkan tumbuhan-tumbuhan membesar, namun ada juga tumbuhan mula kekuningan. Cuaca sebegini juga membuka pintu rezeki kepada peniaga ikan kering, suri rumah menjemur baju, rezeki untuk peniaga agar-agar kering serta melariskan jualan penghawa dingin. Dalam apa jua keadaan, tak boleh merungut dengan sesuatu iklim. Semua cuaca membawa kebaikan. Ada juga membawa risiko tinggi. Contohnya musim hujan. Musim hujan membawa rezeki kepada peniaga payung.

Siti Aisyah menyediakan dua gelas ais coklat di dapur. Sungguh terasa bahang kerana cahaya matahari masuk. Dia mengelap peluh yang menitik atas dahi. Hari ni suaminya cuti hari minggu. Tengku Faleeq akan menemani Siti Aisyah sambil membuat kerja di ruangan pejabat peribadi, di tingkat dua. Sebagai seorang isteri, perlu melayan suami dengan baik. Membuat ais coklat ni saja sudah boleh dapat pahala.

Ais coklat sudah siap. Siti Aisyah meletakkan kedua-dua gelas itu didulang. Dua potong nutella cheese tart dikeluarkan daripada peti sejuk sebagai hidangan sampingan. Nutella cheese tart tersebut dibeli dengan ejen Mamasab Bakery secara atas talian menerusi Facebook. Mudah dan cepat. Siti Aisyah memesannya pada hari semalam. Hari ni sudah sampai. Hidangan tersebut dibawa naik ke ruang kerja Tengku Faleeq.

"Abang, Isyah ada bawakan abang cheese tart. Kita makan sama-sama?".

Tengku Faleeq ralit membuat kerja sambil melihat skrin komputer. Sejurus nampak isterinya sudah duduk di tepi, dia mengangguk, mempamerkan senyuman untuk sang isteri.

"Sedap cheese tart ni". Gelojoh Tengku Faleeq makan. Dia mengelap bibirnya. Baki cheese tart yang masih dicucuk pada garfu, diletakkan sekejap di atas pinggan. Siti Aisyah tertawa senang suaminya menggemari cheese tart dibelinya. Dapat dating dengan suami tercinta. Meluangkan masa bersama-sama. Alangkah indahnya nikmat berkahwin. Syukur Allah menjodohkan kami berdua. Beberapa minit selepas itu, suapan Siti Aisyah menjadi perlahan. Dia menyisip ais coklat menghilangkan rasa bahang. Walaupun ruangan pejabat ini mempunyai pendingin hawa, bahangnya tetap rasa.

"Isyah nak masuk bilik dulu ya. Isyah letih". Siti Aisyah pamer senyuman nipis agar suaminya tidak risau tentang keadaan dirinya. Pinggan dan gelas diangkat. Tengku Faleeq masih mahu menjamunya. Maka, dia punya dibiarkan. Tengku Faleeq terlihat dahi Siti Aisyah basah.

"Kenapa banyak peluh tu?. Isyah tak sihat ke, sayang?". Tengku Faleeq bangun, mengelap peluh Siti Aisyah menggunakan sapu tangan. Siti Aisyah menolak tangan Tengku Faleeq lembut. " Isyah ok. Jangan risau. Lepas rehat, Isyah akan baik-baik saja". Siti Aisyah cuba menyakinkan Tengku Faleeq meskipun dirinya tak yakin adakah dia benar-benar pulih selepas rehat.

Tengku Faleeq mentafsir kata-kata Siti Aisyah. Mencari kebenaran di sebalik butir bicara isteri.

SUHU penghawa dingin dibuka 24 darjah celcius. Siti Aisyah kepanasan. Selimut dibiar di tepi katil. Dada Siti Aisyah laju turun naik. Peluh semakin banyak membasahi dahi. Tengku Faleeq menekap tuala dingin supaya isterinya sejuk.

Memang tepat keputusan menjenguk isterinya di bilik. Ketika dia masuk tadi, Siti Aisyah meracau-racau. Apabila dia menyentuh dahi isterinya, Siti Aisyah seperti demam panas tetapi tidak demam. Siti Aisyah mengalami strok haba. Tidak boleh dipandang remeh. Dia perlu buat sesuatu untuk menurunkan suhu Siti Aisyah. Keadaan di luar rumah panas terik ekoran fenomena El-Nino. Tengku Faleeq juga terasa panas. Namun, Siti Aisyah lebih memerlukan.

Siti Aisyah membuka matanya sedikit. Suaminya sedang menekap tuala di seluruh tubuhnya.

"Abang...".

"Sayang terkena strok haba ni. Abang tekap dahi sayang dengan tuala ya. Isyah tidurlah". Tengku Faleeq memberikan senyuman agar isterinya
berehat. Siti Aisyah mengangguk sedaya upaya walaupun dalam keadaan lemah.

Pada malamnya, Tengku Faleeq membuat kerja di bilik sambil menjaga Siti Aisyah. Kadang-kala Siti Aisyah sedikit meracau. Maka, setiap kali Siti Aisyah meracau, Tengku Faleeq berulang-alik membasahkan tuala di bilik air, menekap dahi Siti Aisyah. Dia meracau disebabkan cuaca panas.

Tengku Faleeq berjaga malam memastikan Siti Aisyah tidak apa-apa.
Tengku Faleeq terlentok menahan mengantuk. Dia menggagahkan dirinya menahan rasa mengantuk yang semakin memberat. Tangan Tengku Faleeq menggenggam tangan Siti Aisyah agar isterinya berasa selamat.

Lima belas minit kemudian, Tengku Faleeq tertidur. Genggaman Tengku Faleeq masih utuh. Siti Aisyah terjaga. Suhunya sudah turun dan kembali normal. Terlihat Tengku Faleeq tidur di kepala katil bersandarkan bantal. Sepanjang malam Tengku Faleeq menjaganya dan itu membuatkan Siti Aisyah menangis terharu, lantas dia mencium genggaman tangan suaminya. Siti Aisyah menggosok-gosok tangan kekar milik Tengku Faleeq pada pipinya.

"Terima abang..." Bisik  Siti Aisyah agar Tengku Faleeq tidak terbangun.


***

KEESOKKAN pagi, Siti Aisyah mendapati suaminya tiada di sisi. Dia mula terasa sedih malah hampir menangis kerana suaminya tinggalkan dia sorang-sorang.

"Mana Abang Faleeq?".

Siti Aisyah menuruni ke tingkat bawah. Hidung Siti Aisyah menghidu bau sesuatu yang enak daripada dapur.

"Siapa masak?". Siti Aisyah berasa curiga siapa yang masak. Dapur dijenguk.

Tengku Faleeq sedang memasak Mee Bandung Muar. Siti Aisyah menekup mulut. Abang Faleeq masak?. Biar betik?!.

"Abang?. Abang masak Mee Bandung Muar?". Bau aje dah boleh tahu. Pandainya laki aku masak!.

Tengku Faleeq menoleh. Terkejut. isterinya sudah sihat. Senyuman kebahagiaan Tengku Faleeq menerbit.

"Ya Allah sayang... kenapa sayang bangun?. Tak sihat lagi kan?. Degil". Tengku Faleeq pura-pura marah sebab Siti Aisyah nakal. Dia terlupa tutup api. Biarkan aje. Nak berasmaradana kejap. Haha.

"Isyah dah sihat lah. Isyah tolong abang eh".

Mereka sama-sama menyediakan sarapan. Kedengaran gelak ketawa kebahagiaan memenuhi ruangan dapur.




Suami untuk cik pipi tembamWhere stories live. Discover now