Bab 5

161 11 2
                                    

"Woi bangsat! Air mana? Kau tak buat air ke?"
Bangun awal pagi Ajan dah mula menengking.

"Gula habis." Hatinya masih terselit amarah. Sepanjang malam Ajan menyebut nama perempuan lain.

Lebih pedih suaminya menceritakan kesemua kisah-kisah yang pernah lelaki itu lakukan bersama Sofea.

"Kalau gula dah habis kau tak reti beli ke? Nak aku ajar satu persatu? Macam tu?"
Ajan menyinga sambil bercekak pinggang.

"Dahlah seharian aku tak makan semalam. Kau nak suruh aku puasa ke apa ni?"
Ajan bersuara lagi namun, Niya tetap berkeras di situ. Dia boleh buat air seperti permintaan Ajan selalu tapi, lelaki itu perlua sediakan keperluan dapur terlebih dahulu.

"Benganglah aku dengan kau ni!"
Tak tunggu lama Ajan terus berlalu pergi.

Melihat kelibat suaminya yang sudah hilang bersama motor, Niya menarik nafas lega. Mujurlah Ajan tidak memukulnya.

Perlahan-lahan pintu ditutup rapat. Hari ini dia mahu keluar mengirim barang pelanggan. Sudah beberapa hari dia tidak keluar kerana amaran Ajan.

Kalau dia tidak bekerja mungkin dapur mereka tidak akan berasap. Apatahlagi membeli barang keperluan dapur. Ajan tidak akan membeli kesemua barang-barang tersebut melainkan dia suruh. Itu pun boleh dibilang dengan jari, berapa kali suaminya itu membeli barang yang diminta. Selalunya hanya makian dan hinaan sahaja yang dia dapat.

Tok! Tok!

Dahinya berkerut. Ajan ke? Kakinya pantas dibawa ke pintu utama. Kala pintu terkuak, bibirnya kelu. Sosok seorang wanita dengan rambut perang dan baju ketat bersama seluar pendek, menyapa korneanya.

"Nak cari siapa ya?"

"Aku nak cari Ajan. Aku yang hantar dia malam tadi."

Bibir dikemam. Malam tadi dia tak nampak pula kelibat yang menghantar suaminya.

"Maaf, suami saya baru keluar."

"Heh! Suami kau? Apa tastelah Ajan nak pilih kau jadi bini dia. Aku ni Sofea. Kekasih Ajan. Aku datang sini sebab dia dah janji dengan aku nak bawa pergi klinik."

"Klinik?" Pelik betul. Kalau kata nak ke klinik tak perlulah menunggu suaminya. Pergilah sendiri.

"Ya, aku mengandung anak Ajan. Aku dah cakap suruh dia berhati-hati tapi dah lelaki nafsu kuat. Dia nak juga aku mengandungkan anak dia sebab dia kata kau mandul. Tak boleh bagi dia anak."

Angkuh benar kata-kata Sofea. Jujurnya tiada sikit pun rasa sakit dalam hatinya ketika ini kerana dia tahu sejak mula lagi perubahan Ajan yang semakin lama semakin ketara berubah.

"Itu urusan Sofea dengan dia. Kalau betul Sofea mengandung pun, tak perlulah datang rumah ni."

Urusan Ajan dengan perempuan itu bukan ada kena mengena dengannya. Lagipun, suaminya sudah lama tidak memberi nafkah zahir. Jauh sekali melunaskan nafkah hubungan suami isteri.

"Amboi, kerek kau ya? Patutlah Ajan tak pernah sukakan kau. Kalau kau nak tahu, aku dengan dia akan kahwin dalam masa terdekat ni. Perut aku semakin besar. Ajan pun dah cakap akan bertanggungjawab."

Bibirnya tersimpul. Dah kalau kata Ajan berkata begitu, hendak diapakan? Dia bukannya ada kuasa untuk memisahkan kedua-duanya.

"Baguslah. Kesian pula anak Sofea tak berayah kalau tak kahwin dengan suami saya."
Tenang saja dia menjawab. Buat apa hendak marah-marah? Hatinya sudah terlalu tawar dengan perubahan sikap Ajan.

Ajan yang dikenalinya sebelum berkahwin bukan lagi Ajan hari ini. Lelaki itu sudah berubah menjadi jahat dan tidak bertanggungjawab.

"Biadap betul kau ni ya? Aku pun tak naklah suami kau tu tapi disebabkan dia merayu-rayu nak jadi kekasih aku. Aku terima dia!"

Dipaksa?
Heh!
Sesekali dia tidak akan percaya. Antara Ajan dan wanita ini, kedua-duanya tidak boleh dipercayai.

"Terpulanglah. Tapi kalau betul tak sukakan Ajan, tentu anak dalam perut ni pun tak ada kan?"

Dia saja menempelek. Nak kata sakit hati kerana dicurangi, rasa itu tiada kerana dia sudah dapat merasakan kecurangan Ajan sebelum ini. Cuma dia tidak ada bukti.

"Sebab kau tak pandai layan dia. Dia kata kau kayu atas katil. Salah ke aku penuhi keinginan Ajan? Dan dia pun suka layanan aku atas katil berbanding kau!"

Tergamak Ajan menceritakan hal dalam kelambu rumahtangga mereka pada orang luar?

Dan kalau itu kata Ajan, dia sudah nampak sebab paling utama mahu berpisah dengan lelaki itu. Apa pun yang terjadi, dia mahu keluar dari perkahwinan ini!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ISTERI TIDAK BERTAKHTAWhere stories live. Discover now