Bab 2

318 15 2
                                    

🙄 Ada-ada saja mak mentua Nia ni kan?🤭

💝TEASER 2 ISTERI TIDAK BERTAKTHA💝

"Aku dah pesan banyak kali sebelum ni. Apa yang Ajan minta kau kena tunai. Setakat duit, apalah sangat. Takkan nak berkira? Sekarang ni kau tengok apa jadi? Entah ke mana laki kau pergi."

Ingatkan apabila Puan Zaimah datang hari ini dapatlah dia meluah resah. Sayangnya emak mentuanya itu sanggup menempelek dirinya. Dia pula yang dipersalahkan.

"Bukan tak pernah Ajan macam ni mama. Tapi ni dah berhari-hari Ajan tak balik."

Lepas pada suaminya keluar, Puan Zaimah terus datang ke rumah sebaik dihubunginya. Kehadiran wanita itu yang sudah diduga dari awal dia terima dengan senang hati. Mungkin emak mentuanya itu boleh mendamaikan hatinya yang resah. Sayangnya, lain pula yang jadi ketika wanita itu sudah tiba di sini.

"Aku nak cakap banyak pun tak boleh. Dahlah arwah ayah kau dulu pun macam tu. Kau kena ingat sikit Nia. Mungkin apa yang sedang berlaku sekarang ni merupakan kifarah untuk kau."

Kifarah? Atas sebab apa? Kalau kata setakat ayahnya berkahwin dua, perkara itu halal di sisi agama. Lebih lagi ayahnya bertanggungjawab dan tidak pernah menafikan hak kedua belah keluarga. Entah kenapa Puan zaimah cukup anti dengan arwah ayahnya.

"Tak apalah Mama. Selagi boleh sabar, saya bersabar."

Sebelum berkahwin, sikap Ajan bukan seperti ini. Ajan terlalu baik, bersopan santun. Malahan, selalu membantunya jika kehabisan wang. Siapa sangka, sikap itu hilang sebaik saja mereka berkahwin.

"Baguslah kalau kau bersabar. Tapi jangan pula meraung depan aku kalau Ajan tiba-tiba kahwin lain." Perlian mama begitu ketara. Siapa kata hatinya tidak terkesan. Lebih dari itu pun pernah dilontar mama tetapi, dia saja yang masih bersabar.

"Saya tak nak fikir mama. Dah malas fikir. Kalau betul pun Ajan ada perempuan lain, saya ada kuasa untuk tarik hati dia balik ke?"

Heh!
Puan Zaimah gelak kecil.

"Sebab itulah aku ingatkan kau tadi Nia. Kalau setakat berlakon kuat depan aku, baik kau mengaku kalah sahaja. Aku tahu sangatlah. Mana ada isteri yang sanggup terima bila suami sendiri kahwin lain."

Mulutnya terkunci. Tiada kuasa mahu membalas kata-kata Mama. Kalau pun masa itu tiba, dia akan mengutamakan hak diri sendiri terlebih dahulu. Dirinya akan dipertahankan.

"Saya tak nak fikir apa-apa, mama."

Muktamad. Nia sebenarnya tidak mahu memberatkan fikiran sendiri dengan perangai Ajan yang tiada tanda akan berubah. Malahan semakin hari semakin jauh suaminya itu tersesat.

"Mudah sangat cara kau Nia. Terus-teranglah, aku datang ni sebenarnya nak kau fikir masak-masak. Ubah sikap kedekut kau tu. Alah, kalau anak aku tu minta kau lima puluh ringgit takkan tak ada? Ni hah... aku yang sanggup naik teksi datang tengok kau pun sepatutnya dapat habuan tau? Aku ni datang bukan saja nak bagi hati kau tenang tapi nak buka minda kau. Biar kau sedar diri sebab orang lelaki ni mudah dipujuk. Kau bagi apa dia nak, confirm tunduk depan isteri."

Ah, begitu rupanya? Sebetulnya kehadiran Puan zaimah bukan mahu menenangkan dirinya tetapi menambahkan masalah yang sedang dihadapinya sekarang ini.

"Ajan tu lelaki mama. Sepatutnya suami yang perlu beri apa saja kehendak isteri." Geram pula hatinya. Takkanlah Puan Zaimah buta sangat sampai tak tahu bezakan tanggungjawab suami terhadap seorang isteri?

Mendecit Puan Zaimah kala mendengar jawapannya. Mungkin tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dilontarnya.

"Ish! Peliklah pemikiran kau ni Nia. Ada suami disayang-sayang. Ke kau nak Ajan tu melepas pada tangan perempuan lain?"

Bertambah pula sakit di hatinya dengan kata-kata Puan zaimah.

"Kalau mama sendiri pun dah doa macam tu, saya boleh buat apa kan? Setahu saya, kita kena doa yang baik-baik. Tak perlulah cakap yang bukan-bukan."

Dalam lembut tuturnya, Nia menempelek Puan Zaimah. Jujurnya sudah banyak kali emak mentuanya itu meletakkan seratus peratus kesalahan atas bahunya. Pada Ajan, tidak pernah pula disebut wanita itu. Di mata emak mentuanya, hanya dirinya sahaja yang bermasalah.

ISTERI TIDAK BERTAKHTAWhere stories live. Discover now