CHAPTER 10 - Kenangan ii

105 5 0
                                    

Pagi-pagi Alia sudah mendapat panggilan daripada Zahir. Hampir lima bulan mereka menjalinkan hubungan . Setakat ini Zahir melayannya dengan sangat baik dan terasa istimewa. Layanan yang dia tidak pernah dapat walaupun dalam keluarga sendiri. Keluarga? Dia tidak tahu mana asal usulnya. Tuan Rayhan mengambil dia di rumah anak yatim ketika dia masih berumur 5 tahun.

"Assalamualaikum cinta hati. Dah solat subuh belum?" - Zahir Iman

"Waalaikumussalam. Saya tengah bersiap nak ambil air wudhu' la ni. Awak call saya nak cakap itu saja ke?" - Alia Marissa

Alia mamai sambil mengangkat panggilan itu. Tidur tidak cukup kerana melayan drama hingga 3 pagi.

"Ouh. Saya call nak kejut awak subuh lah. Mana tahu tak bangun ke" - Zahir Iman

"Eh. Saya bangun tau. Entah-entah awak yang liat nak bangun. Awak rajin ni mesti sebab nak kejut saya je kan?" - Alia Marissa

Suka dia mengenakan jejaka itu. Hari-harinya berasa semakin gembira. Satu kegembiraaan yang hadir melalui Tengku Zahir Iman.

"Tak. Saya bangun sebelum subuh tau. Awak baru bangun nak tuduh saya pula. Saya bukan nak berlagak tapi sebelum azan subuh berkumandang saya dah ambil wudhu' " - Zahir Iman

"Ceh. Ya la tu" - Alia Marissa

"Tunggu awak kahwin dengan saya nanti. Hari-hari saya kejut awak. Baru awak percaya kan?" - Zahir Iman

"Okay lah awak. Saya nak pergi ambil wudhu'. Bye" - Alia Marissa

Sampai situ sahaja perbualan mereka. Alia tidak mengelat. Memang dia hendak mengambil air wudhuk. Bimbang makin dilayan, makin lambat dia mengerjakan fardhu ain itu.

***

Alia baru hendak memarkirkan kereta sebelum membuka kedai bunganya. Entah siapa mengetuk cermin tingkapnya membuatkan dia terkejut. Apabila dilihat, tidak lain tidak bukan susuk jejaka itu lah yang selalu di sisinya.

"Morning my lady! May you have a great day!" ceria sungguh muka dan intonasi Zahir.

"Hey. Awak tahu tak saya terkejut?" tegur Alia

"Oh im so sorry my lady. Saya tak berniat nak mengejutkan awak" berubah kendur suara Zahir meminta maaf. Alia ketawa kecil.

"Saya bukan marah. Saya cakap tau. Zahir, saya ada bawa makanan. Awak nak makan masakan saya tak?" Alia menukar suasana daripada suram ke ceria semula.

Zahir menayangkan senyuman untuknya. Sikap Alia kian berubah menjadi begitu lembut padanya.

"Awak masak apa?" soal Zahir

"Saya masak nasi goreng saja. Awak makan?" risau jika Zahir tidak makan makanan itu. Sia-sia lah dia bawa lebih untuk Zahir.

"Kenapa pula saya tak makan. Mestilah saya makan. Saya ni orang melayu bukan mat saleh" jawabnya.

Gembira lagi Alia selepas respon Zahir itu. Pintu kereta ditutup dan Zahir membantunya membuka kedai. Selepas itu mereka menjamah nasi goreng buatan Alia.

"Sedap sangat ni Lia! Awak memang pandai masak ke? Ini tahap masakan bonda saya. Sedap!" pujian itu mengembangkan Alia. Malu juga mendapat pujian sedemikian.

"Tak ada lah sampai sama dengan masakan bonda awak. Saya dan Yana selalu masak bersama kat dapur. Dapur tu tak pernah jejak seorang. Mesti ada dua-dua"

"Yana pandai masak, untung Aal. Awak pandai masak, saya lah yang untung. Hehehe" pandai sekarang Zahir main puji-puji.

"Macam tu pula. Awak ni.. makan tu sampai habis. Tak habis saya merajuk"

Takdir Antara Kita [C]Where stories live. Discover now