CHAPTER 38 - Muncul

100 6 1
                                    

Waktu pagi yang indah buat pengantin tak berapa baru, Zahir dan Alia masih di Itali. Ingat lagi tentang Alia sebut honeymoon di Itali? dan sekarang betul-betul terjadi. Panik dibuat Alia ketika suaminya memberitahu mereka akan tinggal di negara itu untuk dua minggu lagi. Kalau kira daripada mereka bertolak untuk 'majlis' , hampir sebulan juga luangkan masa di negara tersebut. Best memang best tapi turut Alia memikirkan setebal manalah fail dalam pejabat dia nanti. Itu belum bahagian suaminya, oleh kerana naik pangkat menjadi kepala syarikat mungkin lagi tebal daripada dia. Ini balik rumah boleh lawan kemudian siapa punya kerja siap cepat hahaha..

"Morning sayang abang paling abang cinta dan sayang dunia akhirat"  berjela jejaka itu menyeru si isteri

Amboi bukan main dia ceria sangat buka langsir pun tersenyum lebar. Orang lain nampak boleh cop Zahir jadi orang gila. Alia yang belum bersedia hendak bertemu cahaya matahari menutup matanya pantas apabila sinar menerobos ke ruang bilik. Comforter ditarik habis agar dia tenggelam di dalamnya. Zahir mendekati isterinya ingin membuka comforter yang diselubungi Alia.

"Sayang morning dah! Bangunlahh"  seru Zahir

Panggilan itu tidak dihirau Alia kerana tiada pergerakan ingin bangun daripada tidurnya. Haih isteriku liat betul nak segarkan mata. 

"Tulah sayang kerja keras sangat semalam kan dah penat"  spontan ayat itu terkeluar daripada mulutnya

Dengan pantas Alia membuka comforter. Mata jangan cakaplah memang terbeliak apabila suaminya menyatakan hal dalam kain mereka. Sepantas kilat juga dia duduk dari pembaringan dan tidak berkelip memandang yang halal.

"M-mana ada..."   aishh Alia malu sangat dia rasa 

"Tak percaya? tengok ni siapa gigit banyak-banyak?"   lehernya didekatkan ke isteri. Bagi dia nampak perbuatan sendiri. Konon tak nak mengaku keterlanjuran sendiri. KIta ada buktilah wahai isteri. Ketara sangat kesan gigitan!

"A-ww-wak yakin ke itu saya buat?"   soalan terjah daripada Alia

"Hm.. nak kata bilik ni ada nyamuk macam tak masuk akal. Bilik tertutup siap penghawa dingin. Tingkap balkoni kita tutup semalam sebelum-" 

"AAAAAAAAAAAAAA tak tahu tak tahu"    Alia menjerit kecil sambil menyeluk ke dalam comforter semula. Ceh nak berdalihlah tu.  Semalam dia yang buat kita, buat-buat amnesia pulak. Amnesia betul macam member dia karang baru tahu. Eh astaghfirullah orang dah tiada jangan disebut-sebut. 

"Sayang jangan malu. Its alright my lady. I am yours and you are mine"   suaranya betul-betul dihalwa telinga Alia. Senyap-senyap dia menyeluk masuk juga. Suami dia memang tak tahu dia sedang menanggung malu ke? Perkara lepas janganlah disuarakan. Hendak pula semalam.... ish nyah kau dari fikiran aku memori semalam!

"Shut up Zahir Iman!"   balas Alia malu

"Alololo sayang, kenapa malu-malu?"

"Don't alolo with me, i am gengstah!"   si isteri menjawab

Lucu pula respon isterinya. Dia tak tahu ke tahap gengternya tu Zahir masih lihat dia seperti anak kucing? sweet and adorable. So cute my wifey..

"Mana gengster tu? Abang nak tengok"  saja dia mewujudkan moment bergurau senda. Alia dalam comforter digeleteknya. 

"Stop abang stop"

"Kata gengster. Mana? mana?"  

"Abang..."

"Ha? ha? ha?"  

Pergerakan di dalam selimut bertukar ganas antara geletek Zahir dan Alia yang mengelak. Dalam gurau senda itu tanpa sedar mereka sedang di atas katil, dua-dua bertemu hujung katil dan...

Takdir Antara Kita [C]Where stories live. Discover now