CHAPTER 60 - Cerai

158 8 0
                                    

Langit cerah menerangi bumi serta ditutupi awan biru,  manusia lain akan melihatnya sebagai keindahan ilahi dan mulakan hari dengan gembira tetapi tidak untuk pasangan yang bakal berpisah sebentar lagi, Tengku Zahir Iman dan Alia Marissa. Kandungannya ditenung lama. Erti bahagia tiada buat mereka. Hilang diambil dugaan yang menanti. Zahir Iman bersama ayahanda dan bondanya melangkah ke pejabat agama Kuala Lumpur.  Mereka tiba awal daripada keluarga Alia. Gugup Zahir rasakan. Hanya beberapa minit lagi, lafaz cerai akan keluar daripada mulutnya. Tengku Zaihan seorang saja yang tidak sabar menanti mereka bercerai. Dia berkongsi rasa gemuruh dan debarnya bersama bonda. Setelah terlihat kelibat keluarga Alia, semakin berdebar jantung Zahir. Ayahandanya menyinis di hadapan mereka. Tahap kebencian nya terlalu ketara kini. Sama juga pada keluarga Alia. Ayah dan ibunya menujukkan muka tidak gembira apabila terserempak masing-masing.

"Terima kasih kerana akhirnya anak aku dan anak kau tak akan ada hubungan,"  ucap Megat

"Huh bukan setakat terima kasih. Aku bersyukur sangat anak aku sedar awal, sebelum dipermainkan anak kau,"  balas Tengku Zaihan

Zahir di tengah-tengah perbualan orang tua mereka senyap. Tidak difikirkan benda lain. Detik penceraian itu memonopoli mindanya.

Tengku Meleia mengiringi Zahir ke dalam untuk urusan tersebut. Tengku Zaihan dan Megat masih lagi berpandangan benci pada satu sama lain. Alia dan ibunya juga masuk ke dalam.

"Bagus anak kau akan lepaskan anak aku. Untuk pengetahuan kau, anak aku dah jumpa lelaki yang lebih baik daripada anak jahanam kau tu.,"  Megat melambai seseorang menyuruhnya keluar lalu Haziq yang muncul. 

Tengku Zaihan menyinis.  Anggapannya betul. Alia mengikut perangai maknya. Sejenis perempuan tak cukup satu! semakin dia benci keturunan dan semua yang berkaitan dengan keluarga Megat.

"Dah ada calon? tunggu bersalin dan pantang lepastu kahwin baru lah ni? cepatnya. Memang suka banyak jantan ye anak kau?"  lancang mulut Tengku Zaihan berkata.

Haziq menggenggam bahu ayahanda Zaihan kuat dan memandang lelaki tua itu dengan pandangan geram.

"Tengku, jangan main tuduh Alia macam tu. Kita di pejabat agama ni Tengku. Tolong hormat,"  tuturnya lembut diselit amaran

Megat beriak bangga dengan tindakan Haziq. Baginya Haziq lebih layak berbanding Zahir tak berapa beriman tu. Perangai entah-entah macam bapanya, sama-sama tak boleh pakai!

Tengku Zaihan menepis tangan Haziq kuat.  Wajahnya menunjukkan wajah jijik dengan pegangan Haziq.

"Jangan bangga kalau perempuan tu pilih kau. Takut lepasni dia ada stok lain pula." 

"Kau tu yang tak guna! isteri-" 

"Urusan akan berlangsung di dalam. Tolong senyap"
pegawai di situ memotong percakapan Megat. Serta merta mereka membuat hal masing-masing di luar. Duduk pun berjarak jauh. Perasaan benci mereka tidak dapat dibendung lagi.

Sementara itu, di dalam pejabat agama. Tengku Zahir Iman berdiri di sebelah kiri dan Alia Marissa di sebelah kanan. Kedua-duanya merasa hiba dan sedih kerana tidak sangka mereka akan menghadapi situasi ini. Pada masa Alia sedang mengandungkan anak mereka.

Detik itu akan tiba, di mana terlerainya sebuah ikatan dalam pasangan.
.
.
.

"Adalah saya, Tengku Zahir Iman Tengku Zaihan Iman menceraikan isteri saya, Alia Marissa Binti Megat Muhammad Iskandar dengan talak 1,"   Zahir melafazkan dihujungnya terdengar tangisan.

Maka terlerailah ikatan sah yang telah mereka ikat selama ini. Sebuah perkahwinan yang hanya bertahan kurang dari setahun. Setelah lafaz cerai kedengaran di gegendang telinganya, Alia menumpahkan air mata yang mengalir laju. Hatinya tidak mampu menahan lagi. Perut buncitnya diusap. Setelah anak ini lahir, talak itu akan jatuh padanya. Dia tidak lagi bergelar seorang isteri, anak yang dikandungkan tidak sempat berjumpa bapanya.

Takdir Antara Kita [C]Where stories live. Discover now