Bab 2

30 5 0
                                    


"Hye, maaf saya lambat. Saya Yazdan... tunang kepada Atiyah."

Yazdan Ghufran memperkenalkan diri dia pada seorang perempuan yang dia ketahui sebagai pemilik butik tempahan Atiyah untuk majlis kahwin mereka nanti. Juga seorang lelaki yang berada di sebelah perempuan tersebut. Mungkin PA nya tak pun teman lelaki?

Dia memandang ke arah tunangnya sekilas. Yazdan menyimpan senyum sinis apabila melihat muka Atiyah seperti tidak berpuas hati dengannya. Ini sudah kira baiklah dia datang untuk temu janji mereka kalau tidak dia biarkan aje Atiyah berjumpa seorang diri tanpa dirinya. Mana tak nya dia tak datang, tadi semasa Yazdan baru sahaja selesai dengan mesyuaratnya lalu hendak mengecek telefon jika ada sesuatu yang penting. Baru sahaja Yazdan menyalakan telefon dia, mesej dan panggilan daripada Atiyah berderet masuk dalam pemberitahuannya.

Denyutan di kepala terasa apabila dia membaca pesanan daripada Atiyah. Tunangnya itu memarahi dia kerana tidak menjawab panggilan dan menyuruh Yazdan untuk datang ke kafe. Tempat dimana temu janji mereka. Atiyah mengatakan jika Yazdan tidak datang ke temu janji mereka harini dia akan membatalkan rancangan pernikahan mereka. Oleh kerana itu, saat ini Yazdan berada di sini dan berdiri di depan meja dimana tunangnya duduk dengan terpaksa. Yazdan memandang semula ke arah Salsabila dan Thaqif yang kini menatap dia dengan dahi berkerut.

Oksigen mana? Oksigen? Salsabila ketika ini seperti tidak dapat bernafas. Dadanya terasa sedat. Matanya tidak lepas dari lelaki yang memotong percakapan dia tadi. Salsabila mengerdipkan mata berkali-kali bagi memastikan jika memang ada seorang lelaki yang memperkenalkan nama dia sebagai Yazdan.

Yazdan? Yazdan Ghufran? Lelaki itukah? Oh tuhan, macam mana ni! Dia tak kenal aku kan... Tolong... Tolong jangan kenal dirinya. Bisik hati Salsabila apabila lelaki tersebut menyebut namanya Yazdan. Mungkin ini hanya satu kebetulan. Perasan diri dia terlalu lama menatap lelaki itu dengan segera Salsabila menundukkan kepala. Mengalihkan pandangan dia daripada lelaki yang ketika ini berdiri di tepi meja mereka.

"Salsa relax okay... bukan dia seorang aje pakai nama Yazdan kan? Banyak lagi orang yang sama nama dengan dia. Tenang, dia bukan Yazdan yang kau kenal," ucap Salsabila pada dirinya sendiri dengan pelan hingga mereka yang berada di sana tidak mendengar apapun yang dikatakan oleh dia.

"Ekhm... Miss Salsabila, this is my fiance Yazdan Ghufran. And Yazd this is miss Salsabila the owner of Ash's boutique." 

Ribut badai bagaikan menyambar Salsabila saat Atiyah menyebut nama penuh tunangnya. Mata dia membulat penuh tatkala mendengar nama tersebut. Nama yang tidak pernah mahu dia mendengarnya. Tambahan, bertemu langsung dengan si pemilik nama tersebut. Tapi apakan daya... tanpa diduga lelaki itu sudah pun berada di depan dia sekarang. Apa lagi dia menjadi kliennya dan mungkin akan berurusan dengan mereka selama beberapa bulan kedepan.

Kecilnya dunia ini...

Tak apa ini tentang kerja jadi dia kena profesional dalam kerjanya. Salsabila mencuba mengumpulkan semua semangat dia untuk temu janji saat ini.

"Nice to meet you Mr. Yazdan Ghufran. Maaflah, saya ingatkan encik tak datang sebabtu saya mulakan perbincangan tadi." Salsabila cuba tetap menjadi ramah. Menayangkan senyum termanis yang dia ada.

"Nice to meet you too, Miss Salsabila. I see... nah it's okay." Yazdan duduk di sebelah tunangnya Atiyah. Tangan kiri dia di rehatkan di atas kerusi Atiyah manakala tangan kanannya berada di atas meja. Matanya dibawa memandang Salsabila. Apabila mendengar nama Salsabila membuatkan Yazdan teringat dengan sahabatnya zaman kanak-kanak dulu.

"Memandangkan encik Yazdan pun sudah ada dekat sini, boleh kita mulakan perbincangan kita?"

Salsabila memaparkan kertas-kertas yang tersedia idea reka bentuk baju pengantin daripada butiknya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Yazdan Ghufran:Dia kebahagianku (On hold)Where stories live. Discover now