•— — — — — —•Assalamualaikum,hi semua! Terima kasih kerana sudah sudi membaca cerita saya. Ini adalah karya pertama saya jadi saya nak minta maaf awal-awal jika ada kesalahan bahasa atau kekurangan bahasa. Cerita ini hanya rekaan semata mata tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun dah takda.
Harap kamu semua suka dengan cerita saya yang tidak seberapa ini. Bye. Happy reading!
❤️❤️❤️•— — — — — —•
Umur 5 tahun..
Kain tuala yang terikat di leher di kemaskan lagi agar tidak terlalu ketat. Terlihat panjang kain tuala itu berada di belakang tubuh Salsabila Ashra. Dia memakai kain tuala itu kerana sebentar lagi dia akan menjadi pengantin perempuan. Apa budak umur lima tahun jadi pengantin? Hahaha!
Alaa takkan tak pernah main kahwin olok-olok? Permainan itulah yang Salsabila Ashra main bersama kawan-kawannya ketika ini. Semua kawan Salsabila Ashra sepakat mahu bermain permainan tersebut. Bukan main permainan mereka eh!
Mata Salsabila meliar mencari susuk tubuh seorang budak lelaki. Ingin dia melihat bagaimana rupa budak lelaki yang akan menjadi pasangan dia nanti kerana daritadi budak lelaki itu tidak kelihatan. Sudah terlalu lama budak lelaki itu menghilang. Atau sebenarnya Salsabila Ashra tidak sabar mahu berada dekat dengan budak lelaki itu.
Gatal!
Kawan-kawan Salsabila Ashra sepakat memilih dia untuk dijadikan sebagai pengantin perempuan dalam permainan mereka dan seorang budak lelaki yang bernama Yazdan Ghufran sebagai pengantin lelaki. Budak lelaki yang Salsabila tercari-cari sejak tadi.
Senang sahaja jawapan kawan-kawan Salsabila Ashra apabila ditanya kenapa mereka berdua yang di pilih sebagai pasangan pengantin olok-olok ianya tak lain dan tak bukan kerana mereka adalah pasangan yang terhangat dalam kalangan budak-budak yang berada di kawasan perumahan mereka. Salsabila Ashra dan Yazdan Ghufran dikenali sebagai pasangan budak kecil yang bercinta tapi hakikatnya tak pun.
Ini kerana Salsabila Ashra dan Yazdan Ghufran berkawan rapat daripada mereka yang lain. Juga disebabkan kedua orang tua mereka berkawan baik lalu menyebabkan Salsabila dan Yazdan selalu berjumpa. Mereka berdua sentiasa bermain bersama. Salsabila dan Yazdan pasti akan bergaduh apabila berjumpa tapi bukan gaduh sesungguhnya gaduh manje-manje je. Tapi biarpun mereka selalu bergaduh manja Salsabila dan Yazdan tidak pernah terpisahkan, masih kekal bersama layaknya seperti seorang sahabat, dimana-mana saja mesti mereka berdua ada. Sentiasa melekat bak ada magnet diantara mereka berdua. Disebabkan perkara tersebutlah membuat budak-budak di kawasan perumahan itu berfikiran yang Salsabila Ashra dan Yazdan Ghufran bercinta.
Ceh!
Tak padan dengan umur.
Masih kecil meraka berdua sudah dipadankan oleh budak-budak yang ada di sana. Bukan budak-budak sahaja dengan orang tua sekali sama naiknya. Apa nak jadilah...
Ini baru umur 5 tahun dah di padan-padankan kalau sudah remaja umur 15 tahun mungkin dah aturkan perjodohan. Ah sudah! Sakit kepala difikirkan. Ni bukan macam cerita dalam novel nak jodoh-jodohkan!
Terjinjit-jinjit kaki Salsabila mencari sosok tubuh Yazdan. Dia masih tidak berpuas hati selagi dia tidak melihat budak lelaki itu. Jadi tak senang duduk dia dibuatnya. Gelisah sungguh.
"Abang mana Fana?" tanya Salsabila Ashra pada Farzana. Mata masih meliar-liar melihat sekeliling.
"Tungguhlah ejap nanti abang atang laa tuu." Jawab Farzana dengan nada pelatnya. Farzana adalah antara kawan rapat pada Salsabila juga ataupun lebih dikenali sebagai kakak satu ibu susuan.
YOU ARE READING
Yazdan Ghufran:Dia kebahagianku (On hold)
Romansa𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚~ Salsabila Ashra seorang gadis yang periang dan ceria tidak pernah menunjukkan bahawa dia bersedih atau mempunyai masalah. Dia lebih selesa memendam seluruh perasaannya. Tetapi akankah Salsabila berterusan menjadi gadis yan...