Bab 1

45 5 5
                                    


22 tahun kemudian... (Umur 26 tahun)

Salsabila Ashra melamun jauh sehingga membuat dia tidak sedar dengan kehadiharan seseorang yang sudah sejak tadi dia menunggunya. Entah kenapa akhir-akhir ini fikiran dia kembali mengingat masa lalu. Sudah bertahun lama. Tapi tetap saja kenangan di masa lalu itu masih tersemat di dalam dirinya.

Kenangan lalu kembali membawa dirinya dimana Salsabila begitu rapuh dalam hidup dia. Sampai sekarang Salsabila merasa dirinya sangat bodoh oleh kerana kejadian tersebut. Air mata sudah berlinang di tubir mata. Hanya menunggu masa untuk air matanya jatuh ke pipi. Salsabila berfikir, kenapalah dia mengungkapkan perkara tersebut di masa lalu?

Mungkin kalau dia tidak mengungkapnya pada masa itu, ini semua tidak akan terjadi. Mungkin ketika ini mereka akan baik-baik saja. Terlalu banyak kemungkinan kalau saja dia tidak mengungkapnya. Tapi...

Thaqif yang sejak tadi sudah berada di sana, menegur Salsabila apabila melihat tubir mata sahabatnya itu memerah dan hendak mengeluarkan air matanya.

"Salsa hei... kenapa ni?" tegur Thaqif pada Salsabila apabila air mata dia sudah jatuh mengalir ke bawah.

Mendengar suara seseorang yang begitu dekat dengan dia Salsabila akhirnya tersedar dari lamunan yang jauh. Kepala di toleh ke arah suara tersebut. Raut wajah cemas Thaqif memenuhi pandangan dia. Melihat lelaki itu kini berada di hadapan dia membuat Salsabila tersenyum kecil kepada Thaqif. Hatinya merasa sedikit tenang apabila melihat Thaqif.

Thaqif Izdan seorang lelaki yang kacak dan baik. Malahan sangat baik sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk sahabatnya, Salsabila Ashra. Hingga Salsabila berasa segan dengan lelaki itu kerana terlalu baik untuk dia. Terdengar klise tapi itulah kenyataannya. Pertuturannya lembut apabila berkata pada Salsabila. Tidak pernah membiarkan Salsabila berseorangan Thaqif akan sentiasa menemaninya. Bagaikan anak itik yang sentiasa mengikuti emaknya dari belakang.

"Kenapa menangis ni?" tanya Thaqif dengan suara maskulin dia namun terdengar lembut.

Mendapat pertanyaan seperti itu Salsabila mengangkat tangannya dan menyentuh pipinya yang basah. Dia terlalu memikirkan kenangan lalu sehingga tidak sedar yang dia menangis. Salsabila cuma menggelengkan kepala bagi menjawab pertanyaan Thaqif tadi.

"Kau ada masalah ke? Bagitau aku kalau memang kau ada masalah," Thaqif menatap Salsabila dengan padangan saksama. Mereka sudah berkawan lama dan sangat jarang sekali bagi dia melihat seorang Salsabila Ashra menangis. Thaqif dan Salsabila kenal di universiti tempat mereka belajar dulu.

"Tak adalah. Aku rindu mama je dah lama tak jumpa dengan mama." Dalih Salsabila. Dia mengukir senyum tipis untuk menyakin lelaki itu.

"Tipu." Balas sahabat lelakinya dengan mata yang masih memandang dia begitu dalam. Mencari kebenaran dalam tatapan dia.

Salsabila tertawa kecil apabila Thaqif mengatakan yang dia menipu. Memang betul pun tapi dia tidak mahu Thaqif mengetahuinya. "Betul, tak tipu. Aku rindu dengan mama."

"Yelah kalau kau cakap macamtu. Sudah jangan nangis nantikan boleh jumpa," ucap sahabatnya dan raut wajah sudah terlihat sedikit tenang daripada tadi.

"Ya..."

"Habis maskara kau jatuh sebab nangis tadi," ucap Thaqif sambil menahan tawanya. Terlihat di bawah mata Salsabila berwarna hitam disebabkan maskaranya yang luntur.

Thaqif mengambil tisu yang berada di atas meja tersebut lalu memberikannya pada Salsabila. Dengan cepat Salsabila mengambil tisu itu daripada Thaqif dan membersihkan bawah mata dia.

Yazdan Ghufran:Dia kebahagianku (On hold)Where stories live. Discover now