QasQad: 1

343 25 3
                                    

ʜɪᴅᴅᴇɴ ᴍɪꜱꜱɪᴏɴ
𝓉𝒽𝑒 𝓉𝓇𝓊𝓈𝓉 𝓉𝒽𝒶𝓉 𝐼 𝓌𝒾𝓁𝓁 𝓀𝑒𝑒𝓅

QADRI IMAN

"QADR sini kejap," panggil puan Rohaya pada anak lelaki tunggalnya itu.

Qadri Iman mengerut kening memandang ibunya yang sedari tadi tersengeh-sengeh memandang telefon di tangannya. Qadri Iman duduk di bawah kerusi kayu yang ibunya duduk, kaki ibunya diangkat dan dia letakkan atas pehanya.

"Ibu sakit kaki ke? Tulah Qadr dah cakap dekat ibu dah tak payah niaga ibu tak nak dengar, ini mulalah sakit sini sana." bebel Qadri Iman pada ibunya. Dalam bebelanya tangannya juga lincah memicit tapak kaki ibunya, sesekali kaki puan Rohaya terangkat kerana tekanan yang kuat.

Puan Rohaya menepuk bahu Qadri Iman perlahan, "Apa membebel tak habis-habis ni, ibu tak cakap pun ibu sakit apa-apa."

Qadri Iman kalih pandang ibunya, "Oh tak ada eh." kemudian dia ketawa. Tangannya tetap bergerak memicit kaki ibunya.

"Apa yang ibu tengok dari tadi senyum sorang-sorang?" dia memandang ibunya yang masih tak hilang senyuman dari bibirnya. Walaupun sebenarnya dia tak kisah tapi tetap nak tahu apa yang dilihat ibunya dari tadi.

"Sebab itu ibu panggil Qadr," ujanya sambil menghulurkan telefon di tangan kepada Qadri Iman, "Tengok ni."

Qadri Iman menyambut huluran ibunya. Matanya tertancap pada satu wajah seorang perempuan yang mukanya di calit dengan make up tebal dengan rambut beralun panjang sehingga paras dada yang berwarna perang.

Qadri Iman memandang ibunya, "Siapa pula ni? Jangan cakap ibu nak pakai make up tebal-tebal macam ni pula ataupun nak buat rambut warna karat macam ni, pening Qadr nanti." Dia menghulurkan semula telefon kepada ibunya.

Puan Rohaya menepuk bahu Qadri Iman sekali lagi, "Ish kamu ni, tak ada maknanya ibu nak buat gaya macam tu. Ibu ni dah tua, kalau muda lagi lain lah."

Amboi, ibunya pun bukan main. Qadri Iman mengecilkan mata. "Takut juga Qadr ibu tiba-tiba buang tabiat ke apa, naya Qadr nak menjawab dengan orang kampung ni nanti." dia ketawa mengusik.

Puan Rohaya mengecilkan matanya. Tak ada maknanya dia nak buang tabiat macam tu. Dia mencuit bahu Qadri Iman, "Cantik tak perempuan ni?" tanya puan Rohaya.

Qadri Iman memandang ibunya pelik, "Apa yang cantiknya dengan make up entah berapa inci tebalnya tu." ujarnya yang masih menyambung memicit kaki ibunya.

"Ish, tak baiklah Qadr cakap macam tu. Cuba lah tengok betul-betul, punyalah cantik macam ni Qadr cakap tak." omel puan Rohaya pula.

Qadri Iman mengelengkan kepala, "Qadr rasa mata ibu tu yang tak okay. Ada ke cakap cantik muka macam bapok macam tu."

Puan Rohaya memukul lagi bahu anak tunggalnya itu, "Qadr ni tak baik cakap macam tu, tak kisah lah cantik ke tak yang penting hatinya baik dan ibu berkenan."

Hah! Sudah!

Mendengarkan apa yang keluar dari mulut ibunya, Qadri Iman menoleh memandang ibunya tajam. "Mana ibu tahu dia baik, pernah jumpa ke?"

Puan Rohaya angguk kepala sambil tersenyum, "Pernah. Baik sangat orangnya, sopan aje." beritahu puan Rohaya yang buat Qadri Iman terus bangun berdiri.

"Kenapa Qadr tak tahu pun?" biasanya ibunya akan beritahunya terus dengan siapa dia berjumpa waktu dia tiada di rumah.

Puan Rohaya sengih serba salah pada anaknya. Qadri Iman memang tegas orangnya, semenjak suaminya meninggal Qadri Iman sangat menjaga keselamatannya, sesiapa saja yang datang menjumpainya waktu ketiadaan Qadri Iman dirumah pasti kena dilaporkan terus kepada anaknya itu.

HIDDEN MISSION: QasQadWhere stories live. Discover now