QasQad: 4

270 19 2
                                    

ʜɪᴅᴅᴇɴ ᴍɪꜱꜱɪᴏɴ
𝓉𝒽𝑒 𝓉𝓇𝓊𝓈𝓉 𝓉𝒽𝒶𝓉 𝐼 𝓌𝒾𝓁𝓁 𝓀𝑒𝑒𝓅

          BARU saja dia nak lelapkan mata telefonnya berdering kuat di sebelah katil. Tangan meraup ke muka, badannya terlampau letih hari ni. Seharian tadi berpanas di lapang sasar dengan latihan berkala bersama pelatih-pelatih baru. Hari ni pula ada 25 orang rekrut baru untuk di berikan taklimat sebelum memulakan latihan teknikal dan kelayakan.

Nak dibiarkan saja telefon takut itu ibunya, tapi tak pernah ibunya menelefon waktu begini. Jam di dinding di kerling dengan mata separuh terbuka, sudah pukul 01:30 pagi, malaun mana yang menganggu waktu rehatnya ni.

Malas-malas tangannya mencapai juga telefon bimbit atas meja tepi katil, tanpa melihat siapa pemanggil dia terus saja menekan butang hijau pada skrin sentuh iphonenya.

"Hello!"

"Hello encik Qadr, maaf saya kacau encik Qadr"

Mendengar suara pemanggil Qadri Iman membuka mata seluasnya, baru dia melihat nama pemanggil di telefonnya.

"It's okay Suzy, kenapa awak call saya ni? Qasrina okay?" soalnya sedikit risau, waktu begini bukan waktu yang baik untuk PA Qasrina telefonnya untuk hal yang tak penting.

"Sebenarnya saya nak bagitahu encik Qadr, nenda cik Qas dah tak ada."

Qadri Iman terdiam. Kalau dia tak salah taksif dengan maksud tak ada tu, maksudnya nenda Qasrina dah pergi menghadap ilahi. Qadri Iman meraup muka.

"Qasrina okay?"

"Encik Qadr balik tak?"

Lain yang ditanya lain pula yang dijawab. "InshaAllah saya balik sekarang, saya tanya awak bos awak okay tidak?"

Dia dengar Suzy mengeluh di dalam talian. "Dia dalam bilik dari tadi. Dia tak nak sesiapa ganggu dia, tapi saya tahu dia tak okay."

Qadri Iman tarik nafas dalam. Dia tahu Qasrina tak akan dapat handle emosinya, begitu juga orang sekelilingnya. Tak akan dapat handle seorang Qasrina.

"Saya on the way balik sekarang." Kata Qadr sebelum dia memutuskan talian.

Setelah satu jam dalam perjalanan dari kem ke rumah nenda Qasrina, Qadri tiba di rumah agam itu yang sudah mula dipenuhi dengan saudara mara Qasrina, beberapa orang jiran dan juga kenalan nendanya.

Di fahamkan oleh Suzy jenazah nenda masih lagi di hospital dan akan di bawa pulang sebentar lagi. Pemergian nenda Qasrina betul-betul mengejutkannya, jika diikutkan hanya beberapa kali mereka bertemu dan bersapa. Belum sempat dia mengenali wanita separuh abab itu sepenuhnya tapi ajal menjemputnya dahulu.

"Encik Qadr." tegur Suzy yang baru datang dari arah tangga atas.

"Macam mana?" nampak raup muka Suzy yang risau bercampur sedih.

Suzy geleng kepala. "Cik Qas tak mahu berjumpa dengan sesiapa, tak faham saya tak kan dia tak nak tengok muka nenda buat kali terakhir." Keluhnya, dia yang orang luar ni pula yang menangis beria.

"It's okay Suzy pergi lah tunggu depan saya uruskan Qasrina."

Setelah Suzy beredar dia membawa kaki ke kamar Qasrina. Waktu pintu bilik dibuka kelihatan gadis itu duduk membelakanginya di birai katil, termenung.

HIDDEN MISSION: QasQadWhere stories live. Discover now