QasQad: 6

241 16 1
                                    

ʜɪᴅᴅᴇɴ ᴍɪꜱꜱɪᴏɴ
𝓉𝒽𝑒 𝓉𝓇𝓊𝓈𝓉 𝓉𝒽𝒶𝓉 𝐼 𝓌𝒾𝓁𝓁 𝓀𝑒𝑒𝓅

        QADRI Iman menghela nafas Berat, pangkal hidung di picit.

"Sekarang saya tak tahu mana Cik Qas pergi Encik Qadr. Saya rasa dia matikan telefon bimbitnya, sebab saya sudah cuba menelefon banyak kali tetapi tidak bersambung." ujar Suzy dalam nada risau. Dah penat dia menangis memikirkan ke mana bos kesayangannya itu pergi.

"Tak apa awak cuba bertenang, saya akan usaha balik sekarang dan cari dia."

Tangannya mengemas fail-fail di meja sebelum dia tinggalkan ruangan kerjanya. Ada hal yang lebih penting untuk dia selesaikan.

"Terima kasih Encik Qadr, Cik Qas dah tak ada siapa dalam dunia ini. Encik Qadr satu-satunya yang dia ada sekarang." ujar Suzy dalam nada sayu.

"She's my wife. Saya akan jaga dia, jangan risau." dalam diam, itu perkataan yang dia simpan dan sematkan ke dalam hati. Janjinya pada diri sendiri yang dia akan jaga wanita itu selama mana yang Allah s.w.t izinkan. Walaupun perjalanannya terlihat berat mata memandang namun dia cuba akan memikul tanggungjawab di dalam akad yang sudah dia lafazkan.

Kerana dia tak menidakkan perasaan yang mula tumbuh di dalam hatinya sekarang, cuma dia perlu masa untuk fahami perasaan itu sebaiknya sebelum dia nyatakan sesungguhnya rasa yang dia ada untuk wanita itu.

"WHY Mummy why..."

Air matanya mengalir tanpa henti sejak dia keluar dari bangunan Qasmara Holding milik arwah mummynya dan kini jatuh ke tangan orang yang paling dia benci.

"Why you do this to me?" tangisannya semakin laju mengalir keluar seiring dengan kelajuan kereta porsche macan warna oren yang dipandunya tanpa tujuan.

"Kenapa Qas kena hadap semua ni Mummy? Qas penat..."

Tangan menghentak stereng kereta dengan kuat bagi melepaskan rasa kecewa di dada. Terasa berat beban perasaan yang dia hadapi saat ini, sudahlah dia hanya sendirian. Air mata di biar mengalir laju ke pipi tanpa niat menghapusnya.

"Kenapa tak ada siapa yang sayang Qas mummy? Kenapa semua orang buang Qas?" dia telan air liur yang terasa berpasir. Mungkin satu-satunya kesilapan yang dia buat adalah wujud dalam dunia ini.

"Buat apa Qas ada dalam dunia ini jika semua orang tak mahukan Qas?" adunya bersama tekanan minyak yang berdesup laju membelah jalan.

"HAN, kau kat mana?" telefon di kepit antara bahu dan telinganya sambil tangannya mengemas apa yang patut.

"Aku dekat boxing room Qadr, why?"

"Kau busy?" soalan Nurhan di jawab dengan soalannya kembali.

"Baru habis, kau kenapa?" tak tenang pula dia dibuatnya. Sudah lah Qadri tak menjawab soalannya.

"Aku nak pinjam girlfriend kau."

Nurhan kerut dahi. Girlfriend yang dimaksudkan Qadri ialah motorsikal berkuasa tinggi energica ego45 miliknya. "Motor aku?" saja untuk kepastian.

Qadri mendecit, sudah gaharu cendana pula dia ni. "Kau ada girlfriend bernyawa ke?"

"Ada tapi tengah sesat lagi." seloroh Nurhan bersama tawa dihujungnya.

HIDDEN MISSION: QasQadWhere stories live. Discover now