" aku terima nikahnya Nur Amira Syuhada binti Muhammad Taufik dengan mas kahwinnya sebanyak RM 5000 tunai "Sah !
Sah !
Sah !
Dengan sekali lafaz sahaja, akhirnya dia telah pun menjadi isteri kepada Muhammad Ayyash. Iaitu lelaki yang di cintainya sejak zaman sekolah lagi.
Walaupun perkahwinan ini hanyalah paksaan daripada keluarga mereka, tetapi jujur dia katakan bahawa dia sangat bahagia.
Siapa saja tidak suka bila kahwin dengan crush sendiri kan? Lepasni senanglah dia nak cairkan hati beku Ayyash tu.
Tetapi bagi Ayyash pula, perkahwinan ini hanyalah atas kertas sahaja. Dia langsung tidak mencintai wanita itu apatah lagi berniat ingin mengahwini Nur Amira Syuhada.
Hatinya masih lagi terukir nama aruah isterinya iaitu Nur Mawaddah. Baginya tiada seorang wanita pun yang dapat menggantikan aruah isterinya.
Pelbagai cara dia sudah lakukan kepada wanita itu termasuklah memberi hinaan dan cacian, namun wanita itu tetap tidak pernah berputus asa untuk memikat hatinya.
Akhirnya dia hanya menerima sahaja dengan hati yang tidak ikhlas.
Selesai sahaja majlis persandingan mereka, dia terus masuk ke bilik untuk membersihkan dirinya yang seperti sebulan tidak mandi. Busuk betul!
Kebetulan semasa dia membuka pintu bilik, Amira keluar dari bilik air dengan hanya memakai bathrobe sahaja. Menggoncang hawa nafsunya betul!
" you taknak mandi ke? " soal Amira apabila melihat suaminya melabuhkan punggung di birai katil mereka.
" nanti I mandi lah... yang you nak sibuk ni kenapa " ujarnya dengan dahi yang sedikit berkerut. Tidak suka dengan Amira yang selalu sahaja menyibuk halnya.
Disebabkan ada Amira di dalam bilik itu. Tidak jadi dia ingin mandi. Perempuan tu bukannya boleh kalau nampak dia tak pakai baju.
Nanti tangan gatal tu laju je sentuh tubuh berketak dia ni.
" ish... you ni, mestilah I sibuk sebab you tu dah jadi husband I tau. And I nak husband I ni wangi je setiap hari. So you kenalah rajin mandi " dia terus berjalan menuju ke arah Ayyash.
Lengan kekar lelaki itu ditarik untuk berdiri. Namun siapa sangka, tindakan tidak terduga Ayyash serba sedikit merentap hati kecilnya. Lelaki itu merentap kasar tangannya dan menolak Amira sehinga tersembam ke lantai bilik mereka
" auch !... you kenapa ni Ayyash ! " soal Amira kepada Ayyash yang hanya menayang riak bersahaja
Langsung tiada rasa bersalah selepas menolaknya.
" kalau you taknak I tolak you macam tu !... jangan berani sentuh I lagi. Faham ! " hampir meninggi suara Ayyash memarahi Amira.
Jujur dia katakan, dia terasa jijik bila wanita itu cuba untuk menyentuhnya. Kerana yang layak untuk sentuh seluruh anggota badannya hanyalah aruah isterinya sahaja.
Dan wanita itu bukanlah isterinya melainkan isteri atas kertas semata mata.
Terlepas tawa hambar dari mulu Amira. Sebegitu bencinya Ayyash terhadap dia. Dia tidak tahu apa salahnya kepada Ayyash sehinggakan lelaki itu membencinya.
Selama aruah isteri Ayyash masih hidup, tidak pernah terdetik pun dalam hatinya ingin merampas lelaki itu daripada Mawaddah.
Walaupum kadang kala dia cemburu melihat kemesraan mereka berdua. Tetapi dia tidak bodoh lagi untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Ayyash.
YOU ARE READING
𝐌𝐑𝐒 𝐀𝐘𝐘𝐀𝐒𝐇 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐖𝐈𝐅𝐄 [ H ]
Romance[ 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 ] 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐛𝐞 𝐚 𝐬𝐢𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐫𝐢𝐝𝐞𝐫𝐬, 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞.. 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐲𝐲𝐚𝐬𝐡 || 𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐦𝐢𝐫𝐚 𝐒𝐲𝐮𝐡𝐚𝐝𝐚 ‼️WARNING‼️ - ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐌𝐘 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐈𝐃𝐄𝐀 ❗ - ⚠️ NO PLAGIARISM A...