CHAPTER 3

167 11 0
                                    

Hampir jam sebelas malam namun Ayyash masih lagi berada di pejabatnya memeriksa beberapa fail yang tertangguh hanya kerana ingin membuat persiapan perkahwinannya bersama Amira hari itu.

Kalau bukan kerana Datin Maria yang memaksanya, memang taklah dia nak uruskan semua tu semata mata untuk wanita yang bernama Nur Amira Syuhada.

Bingkai gambar yang berada di sisi mejanya dicapai sebelum dia merenung gambar bidadarinya itu.

Sungguh sampai sekarang dia masih rasa bersalah terhadap aruah isterinya.
Kalau bukan kerana kebodohannya dulu. Dia tidak akan kehilangan isteri tercintanya sekarang ini

Deringan telefon bimbit menyentakkan lamunan Ayyash. Tertera nama isterinya, Amira di screen telefon itu. Keluhan berat dilepaskan sebelum dia
mengangkat panggilan Amira.

Bingkai gambar yang berada di sebelah tangannya diletakkan semula.

" hmm...kenapa? " datar suara Ayyash bertanya.

Fail yang disemak olehnya diletakkan ke tepi sebelum dia menyandarkan tubuh di kerusi kerjanya.

" you still dekat office lagi ke? Lambatnya balik... " manja suara Athifa menyoal Ayyash.

" ye, kenapa " acuh tak acuh Ayyash menjawap.

Mulutnya yang ingin menguap ditutup menggunakan telapak tangan.

" takdelah saja je tanya... kenapa, tak boleh ke? I ni rindu you tau, tak boleh ke you balik cepat... "

' dah keluar dah perangai mengada perempuan ni ' bisik hatinya dengan riak wajah yang menyampah.

" gelilah I dengar Amira. You jangan nak mengada boleh tak? Kalau you nak tidur tu, tidur jelah. Tak payah nak ganggu I. I banyak lagi kerja nak buat daripada melayan perangai tak semenggah you
ni " datar suara Ayyash berkata kepada Amira

Amira yang berada di talian hanya tersenyum tipis mendengar itu. Terasa? sikit lah, tapi dia kuat apa!

'' macam mana I nak tidur kalau you tak ada dekat sisi I? I rindukan you lah Ayyash, balik lah cepat '' memuncung mulutnya melontarkan ayat itu

Dia berdecit kasar sebelum memicit kepalanya yang tiba tiba terasa pening. Menyampah betul dia melayan Amira ni. Kalau sehari tak buat dia menyampah, tak boleh ke?

'' I banyak kerja lagi nak buat ni, nanti kalau dah siap I balik lah '' belum sempat dia menamatkan panggilan, soalan yang diutarakan oleh Amira membuatkan dia terasa panas hati.

'' you lebih pentingkan kerja daripada isteri you sendiri kan Ayyash? '' tanya Amira yang mula geram dengan sikap acuh tak acuh Ayyash

'' eh Amira! kalau bukan disebabkan I kena uruskan majlis perkahwinan kita tu, kerja I tak akan berlambak macam ni tau! lagipun you yang nak sangat kahwin dengan I kan? ha, you hadaplah! ''

'' you nak I hadap muka you je dekat rumah 24 jam? I pun boleh muak tau! lagi lagi kena hadap muka you! kalau you tu Mawaddah tak pelah, tapi you bukan Mawaddah! ''

'' jangan buatkan I mangkin benci dekat you boleh tak Amira, sekali je, jangan buat I rasa muak nak menghadap perangai you ni. I rimaslah! kaki I ada, pandai pandailah I balik nanti! kalau you nak tidur you tidur jelah! '' tengkingnya dengan kuat sebelum menamatkan panggilan.

Telefon itu dihempas kasar di atas mejanya. Nafas dihembus kasar sebelum lengan baju kemejanya dilipat hingga ke siku. Dua butang baju teratas dibuka olehnya.

Kalau ini lah yang dia kena layan hari hari, boleh mati awal dia dibuatnya. Dia paling benci dengan perempuan yang mengada macam Amira tu, dia kerja kot! tak akan lah dia kena duduk je dekat rumah mengadap si Amira tu?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐌𝐑𝐒 𝐀𝐘𝐘𝐀𝐒𝐇 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐖𝐈𝐅𝐄  [ H ]Where stories live. Discover now