CHAPTER TWO

151 10 0
                                    

Pancaran sinaran matahari terbias dari jendela membuatkan Amira membuka mata perlahan lahan. Badan diregangkan sebelum dia duduk menyandar di kepala katil.

Rambut yang serabai dibetulkan.

Matanya terus tertacap ke arah sofa yang berada di bilik mereka itu. Terlihat Ayyash yang tidur dengan menyembamkan muka menggunakan bantal.

Berkerut dahinya melihat itu. Tak sesak nafas kah lelaki itu?

Tiba tiba dia terimbas mengenai pertengkaran kecil mereka semalam.Ayyash berkeras sangat tidak mahu tidur sekatil dengannya.

Sakit jugalah hati dia. Tapi tak apa dia boleh tahan lagi.


Sampai sahaja mereka berdua di bilik yang berada di tingkat atas. Amira terus merebahkan tubuh di atas katil.

Matanya terkedip kedip menahan kantuk.

" eeh... asal you tidur dekat situ !! " meninggi suara Ayyash bila melihat Amira yang suka suki sahaja baring di katilnya bersama aruah Mawaddah.

" you dah kenapa ni Ayyash?... I ngantuklah "

" kalau you nak tidur... you pergilah tidur dekat sofa !! Kenapa nak tidur dekat katil ni ! "
Turun naik dada Ayyash menahan marah terhadap Amira.

" Ayyash I ni isteri you tau... mestilah kita kena tidur sekatil " lembut suara Amira berkata kepada suaminya.

" Tempat yang you tidur tu adalah tempat isteri I, Mawaddah. You tu tak layak langsung untuk tidur dekat situ sebab you tu isteri atas kertas je. I takut kotor pula katil tu kalau you baring dekat situ " ujar Ayyash.

" lagipun I jijik lah nak tidur sekatil dengan you... "

Muka ditayangkan riak jijik kepada Amira. Seoalah olah Amira adalah sampah yang akan mengotori katilnya bersama Mawaddah.

Kelat wajah Amira melihat Ayyash. Bibir bawah di gigit perlahan. Boleh tak kalau dia jujur yang dia sangat terasa hati dengan layanan Ayyash terhadapnya?

Disebabkan hati tidak dapat menahan rasa sakit. Amira terus turun dari katil dan melangkah ke arah sofa berwarna hitam itu.

" you kena ingat Amira, walaupun you dah jadi isteri I. I haramkan you untuk sentuh semua barang barang I termasuklah baju Mawaddah yang ada dekat dalam wardrobe I tu. " ujar Ayyash.

Selepas itu dia terus merebahkan badan di katil dan mula melelapkan mata.

Amira hanya melihat sekilas sahaja sebelum dia dijemput lena. Namun, secara tidak sengaja air mata perlahan lahan mengalir membasahi pipinya.

Tetapi mengapa sekarang ni dia elok sahaja berada di atas katil dan Ayyash pula berada di sofa. Ke... dia yang mengigau sambil berjalan ni?

Lantaklah. Asalkan dia tidur lena semalam.

Amira perlahan lahan berjalan menghampiri Ayyash yang masih lena itu. Dia terus duduk mencangkung di hadapan lelaki itu.

Tangannya perlahan lahan naik mengusap rambut Ayyash.

" I takkan pernah mengalah untuk ambik hati you sayang... selama lamanya you tetap akan jadi milik I " bisik Amira perlahan di telinga Ayyash.

Setelah itu Amira terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Dia taknak lah Ayyash nampak muka dia yang buruk baru bangun tidur.

Jadi isteri kepada Muhammad Ayyash kenalah cantik cantik!

Ayyash yang terdengar pintu bilik air ditutup terus mencelikkan mata. Dia dengar apa yang Amira kata tadi.

𝐌𝐑𝐒 𝐀𝐘𝐘𝐀𝐒𝐇 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐖𝐈𝐅𝐄  [ H ]Where stories live. Discover now