Hari menjelang pagi seperti hari-hari biasa. Aku bangun pagi dan bersiap untuk pergi ke office. Selepas Umi dan babah meninggal, aku yang menggantikan tempat babah dekat office. Aku rasa naik sebu hari-hari datang office. Walau macam mana pun, aku satu-satunya waris babah yang boleh gantikan tempat dia. Kalau tak, dah muflis dah company babah ni.
Selepas bersiap, aku turun ke bawah untuk sarapan...
"Jemput makan, tuan."
" Hmm..."
"Hari ni, tuan nak makan apa? Mak Nab boleh masakkan."
"Apa-apa je lah, Mak Nab. Saya pun tak pasti malam ni saya balik pukul berapa."
"Hmm...kalau macam tu, Mak Nab simpan lah lauk dalam peti sejuk. Kalau tuan nak makan, tinggal nak panaskan je."
"Hmmm..."Keadaan menjadi senyap tanpa ada bunyi kecuali bunyi ketukan antara pinggan dan sudu.
"Tuan, kalau Mak Nab nak tanya boleh?"
"Tanya apa, Mak Nab?"
" Tuan ada terfikir ke nak pergi MARCO balik?"
"....entah la...saya pun tak tau Mak Nab."
"Mak Nab bukan apa...Mak Nab risaukan tuan. Mak Nab tak nak apa-apa jadi kat tuan. Mak Nab risau kalau..."
"Mak Nab...tiada apa-apa yang akan jadi dekat saya. Saya tau macam mana control benda ni."
"Hmm...tak pe lah kalau macam tu."
"Saya pergi office dulu la, Mak Nab."
"Hati-hati ye, tuan"Itu orang gaji aku. Aku panggil dia Mak Nab. Sejak Umi dengan babah meninggal, Mak Nab layan aku macam anak dia sendiri. Walaupun aku selalu bersikap dingin je dengan dia, tapi dia lah orang yang sentiasa ada dengan aku.
Tak lama kemudian, aku terus start enjin dan bergerak ke office. Setiba dekat office, aku terus masuk dalam bilik babah. Aku tak pernah ubah tempat babah. Keadaannya sama macam dulu.
Aku mulakan membuat kerja-kerja babah yang tertunggak. Beberapa minit kemudian, ada yang mengetuk pintu bilik aku. Tock Tock Tock...
"Masuk..."
"Maaf Encik Haidar, budak intern tu dah sampai."
"Suruh dia masuk."
"Baik, Encik Haidar."Kemudian, kedengaran bunyi ketukan lagi.
Tock Tock Tock...
"Masuk..."
"Maaf, Encik. Boleh saya masuk?"
"Kau pekak ke? Aku dah suruh masuk, kan?"Ketika aku menoleh, baru aku lihat wajah dia. Mata kami bertemu pada waktu yang sama. 'Cantiknya mata dia...eh, apa yang aku fikir ni?'
Aku terus menggelengkan kepala untuk menyedarkan diri aku."Kau berdiri je buat apa? Duduk lah sini. Takkan aku nak jemput juga."
"Maaf, Encik Hai...Hai apa tadi (bisik kat diri sendiri)"
"Haidar. So, kau budak intern tu."
"Ye, Encik. Ini resume saya."Aku mengambil masa yang lama untuk menganalisis resume dia...sedikit sebanyak aku tau nama, umur dan tempat tinggal dia. Kebetulan dia pun macam aku, mak ayah dia meninggal masa umur dia 19 tahun.
"Maniah...what a nice name. So, you can start your intern today."
"Terima kasih, Encik Haidar. Saya akan buat kerja saya dengan bersungguh-sungguh."
"Dah dah...so, first kerja kau...aku nak ko ambik file ni, susun ikut tarikh dan tahun sekali. Aku tak nak kerja kau berterabur ye."
"Baik, Encik Haidar. Saya buat ini sekarang."Tepat waktu lunch, aku terus berhenti buat kerja aku. Aku terus kemas barang-barang aku dan keluar dari office untuk pergi ke MARCO.
"Ana, aku balik awal hari ni. Kalau budak intern tu cari aku, suruh dia letak je file kat atas meja aku."
"Baik, Encik Haidar."Setibanya aku kat kereta, aku terus start enjin dan terus memecut. Tanpa aku sedar, ada yang perhatikan aku dari belakang.
2.00 p.m...
Aku dah sampai dekat MARCO. Setelah sekian lama, aku tak datang sini. Aku terus masuk ke dalam. Aku tau, ramai yang terkejut bila diorang nampak aku kat sini. Aku tak pedulikan yang lain. Aku terus masuk lift dan naik ke tingkat 5. Sampai je di sana, aku terus berjalan dan pergi ke Michael.
"Haidar?!...."
"AKU NAK SEMUA BERKUMPUL TEPAT JAM 2.30. AKU TAK NAK SORANG PUN TERCICIR."
"Fa...faham."Aku terus berjalan pergi ke bilik babah. Sebenarnya, disebalik company babah...babah ada satu villa yang menempatkan orang macam kami. MAFIA. Ye, babah juga seorang mafia. Dulu dia merupakan ketua kumpulan THE BLOOD. Banyak perkara yang kami lakukan termasuk membunuh. Kami membunuh sesiapa saja yang mengkhianati kami. Tapi, setelah apa yang terjadi...aku kena ganti tempat babah. Aku tak kan biarkan pembunuh Umi dan babah bebas macam tu je. 'AKU DAH NEKAD. AKU TAK KAN BIARKAN DIORANG TERLEPAS.'
2.30 p.m...
"MULAI SEKARANG, AKU AKAN GANTIKAN TEMPAT JORDAN. SO, SEMUA KEPUTUSAN ADA KAT TANGAN AKU. SEKARANG, AKU NAK KORANG CARI SIAPA YANG ADA MASA KEJADIAN MALAM TU. AKU TAK NAK SORANG PUN YANG TERLEPAS. KORANG JUMPA JE BUKTI, BAWA JUMPA AKU. DAN MULAI SEKARANG, SESIAPA JE YANG CUBA KHIANAT AKU...SEUMUR HIDUP AKU TAK KAN BIARKAN KORANG TERLEPAS. SAMA ADA KORANG HIDUP ATAU MATI. FAHAM TAK?!"
"Faham!!!!"Bermula lah dendam aku untuk cari siapa yang bunuh umi dan babah...korang tak boleh lari dari aku...
YOU ARE READING
THE BLOOD LOVE
Misteri / Thrillerkisah seorang lelaki yang bernama, Muhammad Klaew Haidar. lelaki berkacukan Melayu-Thailand ini hidup bersendirian setelah kehilangan kedua ibu bapanya. tanpa diketahui dia juga merupakan ketua mafia untuk kumpulan THE BLOOD. kisah bermula apabila d...