Dua

10 1 7
                                    

     "Aiman ada nak pergi mana-mana lagi ke lepas ni?" tanya Dato' Rahman. Mereka sedang dalam perjalanan pulang dari menjenguk busana pengantin Aiman. Aiman sudah pun menamatkan kursus kahwinnya semalam. Alhamdulillah, setakat ini segalanya berjalan dengan lancar.

     Aiman berfikir sebentar sebelum mengangguk.

     "Aiman ingat nak pergi Speedmart kejap."

     "Oh? Nak cari apa?"

     "Erm.. Ada nak cari barang sikit."

     "Barang-barang dalam Speedmart tu biasanya ada jugak dekat supermarket lain. Kita pergi AEON je okey?"

     "Oh.. Aiman tak tahu, Aiman ikut je."

     "Okey.." Dato' Rahman memusingkan stereng, membelok ke sebuah simpang.

     "So esok, Aiman boleh ikut ayah pergi isi borang permohonan nikah," kata Dato' Rahman. Dahi Aiman berkerut.

     "Aiman dulu?"

     "Yelah, lepas dah siap baru bagi kat belah sana. Kalau ikutkan, dalam seminggu siaplah borang tu."

     Lambat-lambat Aiman mengangguk walaupun benaknya masih dipenuhi pertanyaan.

     'Kalau tak silap, masa kursus kahwin haritu diorang kata..?'

     Tidak lama kemudian, kereta itu memasuki kawasan parkir sebuah pasaraya besar. Setelah enjin dimatikan, Aiman membuka tali pinggang keledarnya diikuti oleh Dato' Rahman.

     "Ayah turun sekali," ujar Dato' Rahman disambut anggukan anaknya. Mereka pun berjalan, melepasi pintu automatik pasaraya tersebut dan mencari kedai yang dimaksudkan Aiman. Aiman meneliti satu demi satu nama-nama yang tertera di atas pintu lot kedai sehinggalah mereka berhenti di hadapan sebuah lot.

     "Rasanya kedai ni yang mama cakap tu.." gumam Aiman lalu diam berfikir sebentar. Setelah benar-benar yakin, dia melangkahkan kakinya ke dalam kedai itu sambil membetulkan kedudukan topi di atas kepalanya. Dato' Rahman tampak kehairanan.

     "Aiman.. memang nak masuk kedai ni ke..?"

     Langkah Aiman terhenti. Dia berpaling.

     "Iya? Kenapa ayah?"

     Lelaki itu menggeleng dengan senyuman. "Oh, tak ada apa.."

     'Tak pelik.. Ramai je orang masuk dalam kedai ni.. Mungkin ada produk kat sini yang sesuai dengan dia..'

     Dato' Rahman lantas mengikuti langkah Aiman ke dalam, memerhati bahagian yang dituju Aiman. Sekali lagi dia agak terkaku.

     "Aiman, Aiman nak beli ni untuk mama ke?" Hairan pula dia. Biasanya isterinya akan sentiasa menyimpan stok ini di dalam rumah supaya tidak kehabisan pada waktu kecemasan.

     Aiman menggeleng sambil membelek bungkusan di tangannya.

     "Tak lah."

     "Jadi untuk siapa?" soalnya lagi, tidak sabar.

     "Untuk Aiman lah."

     Peluh dingin mula merecik di dahinya.

     "...Kenapa pulak Aiman nak beli pad..?"

     Kali ini Aiman mengalihkan pandangannya kepada Dato' Rahman dengan wajah keliru.

     "Ayah, Aiman kan perempuan."

     "......"

     "....??"

     "....Hahh?!"

Tersalah PengantinWhere stories live. Discover now