Tiga

11 1 9
                                    

     "Aku terima nikahnya Nur Aiman Afza binti Abdul Rahman dengan mas kahwinnya sebanyak 400 Ringgit, tunai."

     Aiman meneguk liur. Seperti dalam mimpi, dengan hanya satu lafaz dari lelaki di sebalik tabir di ruang tamu itu, dia sudah memegang gelaran seorang isteri?

     Kedengaran ucapan syukur beramai-ramai, lalu terlihat masing-masing mengangkat tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca imam. Datin Nur mengalirkan air mata dan memeluk Aiman dengan hiba. Aiman tersenyum canggung, terasa pelik berada di dalam baju kurung berwarna krim yang cantik berhias, berenda dan bermanik di sana-sini. Di atas kepalanya pula sehelai kain jarang yang turut terhias dengan renda dan manik. Ini baru pakaian untuk majlis akad nikah. Sebentar tadi dia baru sahaja memakai pakaian untuk majlis bertunang. Menurut Datin Nur semalam, selepas selesai upacara bertunang dan akad nikah di rumah mereka, mereka akan segera bergerak ke dewan di sebuah hotel ternama yang sudah ditempah untuk majlis bersanding pula. Untuk majlis itu, dia akan menyarung busana yang lain pula. Ketiga-tiga pakaian itu, yang dipakai dia dan suaminya, direka sendiri oleh Dato' Rahman sebagai pereka fesyen terkenal.

     Bercerita tentang suami.. Ya, Aiman masih belum pernah sekali pun berjumpa dengannya, bahkan hari ini pun dia gagal melihat gerangan lelaki itu dengan jelas. Yang dia tahu, nama lelaki itu Affan. Dia hanya nampak samar-samar kelibatnya ketika pihak lelaki baru sampai ke rumah ini sebelum Datin Nur menarik tangannya menuju ke belakang tabir yang memisahkan antara pengantin perempuan dan pengantin lelaki yang bakal melafazkan akad di ruang tamu sana. Apa yang Aiman nampak, lelaki bersongkok hitam dan berbaju melayu sedondon dengannya itu tidak gemuk dan tidak keding, sedang elok. Figuranya pula agak tinggi dan.. sasa? Tidaklah terlalu ketara tetapi begitulah lebih kurangnya.

     Agak ramai saudara-mara dari kedua-dua belah pihak yang datang meraikan pernikahan mereka. Rumah yang sebelum ini hanya ada Dato' Rahman, Datin Nur dan Aiman, kini meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu lain. Naik silau mata Aiman oleh lampu flash kamera yang berkelip-kelip dari segenap sudut sewaktu salah seorang ibu saudara lelaki itu menyarungkan cincin tunang ke jarinya sebentar tadi.

     Aiman sudah pun berjumpa dan menyapa Safiyah, adik perempuan suaminya yang jika diikutkan rancangan asalnya akan menjadi 'pasangannya' hari ini. (Alhamdulillah Dato' Rahman sempat menyedari perkara sebenar sebelum lebih jauh majlis dirancang.) Wanita itu cantik dan nampak sopan, begitu juga pakcik-makciknya, dan jika keluarga suaminya masing-masing memiliki wajah yang lebih kurang serupa, Aiman boleh menjamin yang suaminya mungkin seorang yang berwajah tampan. Harapnya begitulah.

     "Kakak, jom. Pihak lelaki dah gerak dah." Datin Nur kini sudah memanggilnya dengan gelaran kakak, bukan lagi Aiman. Wanita itu tidak menyatakan sebabnya, dan Aiman pun tidak bertanya lebih lanjut kerana dia boleh meneka apa yang difikirkan ibunya, dan sungguh, dia sangat bersyukur Allah temukan dia dengan Datin Nur.

    "Jom."

     "Entah kenapa pulaklah diorang nak cepat sangat pergi dewan tu, sarung cincin pun tak sempat lagi ni."

     "Hahaha.. Tak apa, kakak okey je."

     Dengan dibantu Datin Nur, Aiman bangkit dari kusyen petak tempat dia bersimpuh. Kain baju kurung ini sempit berbanding dengan seluar yang sering dipakainya di rumah, malah kain batik juga tidak sesempit ini. Hiasan-hiasan yang memenuhi bajunya juga membuatkan baju itu menjadi agak berat (pada Aiman). Jadi langkah demi langkah yang diambilnya semua singkat dan pendek. Tetapi ada bagusnya juga begini, dia patut membiasakan dirinya dengan baju kurung dan aksesori-aksesori wanita mulai sekarang. Dia perlu mengajak Datin Nur keluar nanti dan membantunya mencari pakaian-pakaian yang sesuai dengannya sebagai perempuan.

     Oh, jika dia boleh mula belajar dari sekarang..!

     Aiman berhenti berjalan ketika mereka sampai di hadapan muka pintu dan memandang Datin Nur.

Tersalah PengantinWhere stories live. Discover now