"Dik, adik dah jumpa kan isteri abang tadi?"
"Haah, dah. Abang dah jumpa belum?"
"Yang rambut dia hitam pendek boycut tu kan? Kening dia macam nipis tajam sikit tu kan?"
"Ha, betul, betul!"
"Dia lagi rendah sikit dari adik, kurus pun lebih kurang macam adik kan? Abang tak salah jumpa kan?"
"Betul, betul! Yang tu!"
"..Seriously, real question; Who, in the world, yang kata dia lelaki?? Dia comel gila sio– Oopss. She is so pretty!! Dia perempuan lah!!"
"Kann?!"
"She even acts like one! She's totally a girl!"
~~~
Suara pengacara yang mengumumkan ketibaan pengantin bergema di dalam dewan, sayup-sayup kedengaran sehingga ke luar. Lagu Barakallah nyanyian Maher Zain kini bertukar menjadi bunyi kompang pengantin. Kedua-dua Aiman dan Affan sudah sedia berdiri tidak jauh dari pintu masuk dewan, sambil pakaian mereka dirapikan oleh pengapit masing-masing. Affan diapit oleh rakannya Jimmy, Aiman pula diapit oleh salah seorang anak buah Datin Nur.
Kelihatan Datin tersebut datang entah dari mana sambil membawa sejambak bunga berwarna putih dan ungu di tangannya, sepadan dengan dress yang dipakai Aiman.
"Nah kakak, pegang ni," arah Datin Nur. Affan memerhati Aiman di sebelah kirinya sambil Jimmy mengemaskan tali leher pengantin lelaki itu.
Teragak-agak Aiman menyambut.
"Terima kasih mama," ucap Aiman, kedua tangan menggenggam jambangan bunga itu dengan gementar. Datin Nur segera membetulkan.
"Eh, pegang bunga sebelah tangan je. Tangan kanan tu pegang tangan Affan."
"Eh?" Serentak Affan dan Aiman bersuara kehairanan, kepala Affan laju berpusing menghadap ibu mertuanya. Dahi wanita itu pula berkerut.
"Apa 'eh' pulak? Nanti masa jalan masuk dewan nak naik pelamin tu kena link tangan, macam ni." Lalu dengan 'bantuan' Datin Nur, tangan kanan Aiman kini memaut lengan kiri Affan tanpa sempat kedua pengantin itu membantah.
"Okay, good. Now go, jalan perlahan-perlahan." Datin Nur menepuk perlahan bahu mereka dari belakang. Affan dan Aiman yang masih kebingungan hanya melangkahkan kaki mereka menuruti arahan Datin Nur. Hanya selepas lima langkah baru Affan bersuara perlahan, separa berbisik, hanya untuk didengari Aiman.
"I'm so sorry, saya tak terfikir pulak kena pegang tangan macam ni.. Awak okey ke?"
Aiman menggeleng selaju-lajunya."T–Tak, saya okey je..!"
Affan diam sebentar, terasa kesejukan dari tangan Aiman menembusi sutnya dan singgah di kulitnya. Affan mengangguk sekali, hanya mengabaikan.
"Okey.."
Nampaknya situasi antara mereka tidaklah sejanggal yang Affan jangkakan akan terjadi. Aiman masih boleh tersenyum dan bersuara walaupun kekok dan masih cuba mengekalkan jarak antara mereka. Hanya Affan yang lebih berhati-hati dalam setiap perlakuannya, walaupun dia masih tidak tahu apa yang menyebabkan Aiman hampir menangis tadi (Affan yakin dialah puncanya). Sejak insiden dalam bilik tadi sepatah perkataan pun masih belum terucap antara mereka. Tadi pun sewaktu Affan sedang menyiapkan isterinya, masing-masing diam membisu. Affan hanya memberitahu 'Dah siap, saya pergi dulu' bila dia sudah selesai dan Aiman hanya mengangguk. Affan turut memanggil Safiyah (menggantikan tempat Affan) untuk membantu Aiman mengenakan dress dan tudungnya.
YOU ARE READING
Tersalah Pengantin
RomanceTersalah lokasi majlis? Perkara biasa. Tersalah pilih tema majlis? Perkara biasa. Tersalah pengantinnya? Macam mana boleh jadi macam tu?! #Story posted cuma sebagai percubaan. Masih belum lengkap dan penulisan masih cringe kerana belum diperbaiki. G...