Kau Dah Kenapa? : Malam Kepenatan

2 0 0
                                    

Malam.

Aku dah penat.

Kalau betul aku bukan manusia, aku dah tak sanggup jadi satu.

Hidup bermain dengan emosi, duit, pangkat, darjat.

Aku tak suka sistem macam tu.

Aku anggap manusia semua sama. Setara. Tiada yang lebih dan kurang.

Tidak kira tua atau muda.

Tetapi mereka suka juga bergaduh, gaduh dan gaduh. Seakan sifat lazim mereka.

Aku tak suka marah.

Marah buat aku emosi.

Emosi buat aku penat.

Dan manusia senantiasa buat aku marah.

Aku tak suka.

Jika aku marah, bukan lagi aku jadinya.

Aku tak suka.

Kerana itu aku suka menyendiri.

Kau Dah Kenapa? (Random Night Stories)Where stories live. Discover now