Malam.
Aku selubung seluruh badan dengan selimut merah.
5 tahun aku hidup...
Tak. Mungkin lebih dari tu. Aku cuma sudah penat mengira.
Selama aku hidup kat sini, apa yang aku cuba accomplish?
Cuba untuk jadi ____? Tapi aku bukan dia. Aku cuma berlakon.
Kehadiran aku juga tiada siapa tahu. Tiada siapa nampak jiwa aku kecuali mereka.
Beratus, tak. Beribu manusia aku jumpa, tapi apa yang aku dipanggil hanya ____.
Aku sudah tak tahu tujuan hidup aku kat sini.
Mungkin juga aku disini kerana balasan perbuatan lama. Yang mungkin aku tak ingat.
Aku rindukan dia. Bulu matanya yang lebat. Mata yang menatap lembut. Tegas. Tegap. Tinggi. Yang pertama kalinya dapat merajai hati aku. Yang mampu hadap sikap degil aku.
Tapi aku tak ingat wajahnya. Semua samar-samar.
Masa di sana sudah terlalu jauh pergi meninggalkan aku kah? Atau aku yang ditinggalkan sepi di masa silam?
Mungkin ini balasan setimpal untuk aku yang bakal dilupakan. Tidak wujud dalam sesiapa.
Aku hanyalah _____.
YOU ARE READING
Kau Dah Kenapa? (Random Night Stories)
Krótkie OpowiadaniaSetiap cerita bermula dengan malam. Sekadar kisah rambang yang terjadi di dalam hidup manusia.