BAB 10

254 11 0
                                    

PINTU rumah banglo milik zehanz itu di buka perlahan. Terlihat dari luar pintu sepasang sepatu heels yang tidak tahu siapa pemilik nya. Setahu dia Erina tidak minat memakai sepatu heels ni.

Jalan ditutur ke perut Rumah mencari sosok empunya sepatu heels tadi. Memandangkan sekarang pukul satu setengah mungkin semua orang sudah tidur, tetapi hati nya bertanya siapa yang punya heels itu? Tidak mungkin datin seri.

Anak tangga di naiki satu persatu, sesampai di bilik nya pintu di tutup dengan perlahan agar Erina tidak terbangun dari tidur nya. Melihat Erina tertidur nyenyak satu senyuman bahagia terbit di bibir zehanz. Setiap ia memandang wajah jelita isteri nya ini hati nya terasa sangat tenang. Ia tidak tahu bagaimana hidup nya jika isteri nya tiada nanti. Perit.

Dahi Erina di cium sekilas sebelum ia menukar baju untuk merebahkan badan di katil.

Pukul tiga pagi ia masih tidak dapat melelapkan mata. Sesekali ia cuba memandang wajah isterinya yang sudah tertidur pulas dari tadi. Bermacam frekuasi muncul di benak fikiran nya. Andai suatu hari nanti mereka berpisah bagaimana? Mampukah untuk zehanz terus hidup tanpa Erina di sisi nya? Ia hidup sampai sekarang pun kerana ada nya Erina, isteri yang ia sayang dari mula mereka kenal. Rasa sayang ia terhadap Erina tidak dapat di gambarkan, ia merasa sangat bahagia untuk selalu ada di sisi isterinya walau apa jua keadaan. Ia berjanji tidak akan ada orang ketiga yang muncul dari hubungan mereka. Sesekali ia terfikir, Erina sudah mula sayangkan dia ke? Atau Erina hanya melayan dia dengan baik hanya kerana dia suami kepada Erina, bukan kerana cinta. Mereka kahwin pun bukan atas kerelaan Erina. Jadi ia takut untuk berhadapan dengan masa yang akan datang.


....................

Selimut di tarik hingga ke paras dada. Erina merasa sejuk kerana aircond yang hidup dari malam tadi tidak di tutup juga. ia mengambil phone nya yang berada di night stand itu lalu jam di phone itu di lirik sekilas

" Huh?! Pukul sembilan! " Laju Erina bangun dari baring nya. Selimut yang ia tarik tadi kini sudah terlepas dari tubuh nya. Kaki di langkah kan ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah siap ia keluar dari bilik air, kini baru ia perasan dari ia bangun tadi dia tidak melihat sosok zehanz di sebelah nya.

" Dia dah pergi ofis ke? Kenapa dia tak kejutkan aku tadi? Dia breakfast kat luar ke? Haih apa punya isteri lah aku ni " rasa bersalah terbit di hati nya. Turun je bawah untuk memastikan yang zehanz pergi ofis atau tidak.

" Hahaha apa lah mummy ni! Tak baik tau, kan abang kan? " Hati Erina bagai terpanah seketika apabila melihat kemesraan putri dan datin seri, tidak lupa juga di meja makan itu zehanz juga ikut tertawa.

Ia cuba tahan diri nya agar tidak menangis, walau suasana ini menyakitkan namun apa yang mampu ia buat?

Ia berjalan kearah dapur tanpa menghiraukan mereka bertiga di meja makan. Air dari Coway itu di teguk beberapa kali sebelum ia membasuh cawan itu kembali

" Zehanz, kenapa awak tak kejutkan saya tadi? " Soal Erina dengan nada marah-marah manja.

" Lupa " hanya sebaris kata itu saja yang keluar dari mulut zehanz sebelum ia kembali tertawa bersama putri dan datin seri

" Macam ni ke menantu? Tengok putri, pukul enam pagi dah tercegat kat dapur menumis itu ini. Sedangkan kau tidur macam orang sakit tenat kat bilik tu " sindir datin seri beberapa memandang zehanz dan putri

" Pukul enam? Dia ... Tidur sini ke? " Soal Erina pelik

" Ye, aku yang suruh. "

" Abang nak tambah? " Tanya putri dengan senyuman lebar

Zehanz hanya menggeleng lalu memberikan satu senyuman balas

' abang? ' hati Erina bagai di cucuk dengan kejam. Begitu saja orang luar memanggil suami nya dengan panggilan itu. Sakit, namun ia tahan. ia tidak mahu jika ia kelihatan lemah di hadapan orang. Tanpa membalas sepatah kata pada mereka bertiga Erina berjalan kearah bilik nya di atas

Air mata nya jatuh dengan deras apabila sampai di bilik nya

Ini baru permulaan, Erina. Kau belum rasa pertengahan nanti. Aku rasa kau dah mampus masa tu!

Bisikan itu terdengar jelas di telinga nya. Air mata yang ia takung kini ia lepaskan dengan begitu saja. Rasa sakit hati dan perasaan cemburu nya meruap-ruap dalam dada.

Erina sudah mula cintakan zehanz?

ia merasa bagai tidak di anggap di rumah ini. Datin seri juga tidak menganggap nya sebagai menantu. Dan .. mengapa zehanz menerima datin seri semudah itu?

Dring! Dring! Dring!

Dering telefon milik Erina berbunyi. Erina mengesat kasar air mata yang jatuh di pipi nya. Panggilan daripada Natalia itu di angkat dengan cepat

" Hello? Erina " sapa Natalia dengan nada gembira

" Y-ye. Kenapa call ni? " Soal Erina. Ayat pertama nya tersekat kerana segugukan nangis tadi.

" Erina? Are you okay? Kenapa? Kau menangis ke? Why? Apa zehanz buat dengan kau? Tell me Erina " soal Natalia dengan serius. ia risau akan Sabahat dia yang satu ini jika terjadi apa-apa nanti.

" a-aku .. "

" Why?? "

" aku tak okay.. " gagal. Erina menangis dengan deras semula di corong panggilan

" Erina, aku datang sana sekarang dengan Zaquan. Tunggu! " Lalu panggilan di matikan dengan risau.

......

Langkah Natalia dan Zaquan sama-sama terhenti di depan pintu apabila melihat datin seri, putri, dan zehanz di meja makan. Mana Erina?

" M-mummy? " Soal Zaquan terkejut hebat.

Natalia tidak ingin melengahkan masa, sahabat yang lebih penting sekarang ni!

Tangan Zaquan di tarik menaiki anak tangga menuju bilik erina

Tanpa sebarang ketukan pintu Natalia masuk ke bilik Erina.

Laju ia berjalan kearah Erina lalu ia duduk di birai katil bersama Erina. Tangan di usap kan ke pipi Erina

" Erina. Sekarang bagitau aku, siapa buat kau? Biar aku tumbuk dia bagi lunyai! " Natalia mengosok tangan nya sendiri tanda geram. Erina masih merasa sakit hati nya namun ia tidak tunjuk di hadapan sahabat nya ini

" Erina? Are you okay? " Soal Natalia prihatin apabila kata-kata nya tadi di diamkan Erina dari tadi.

" Aku okay. Balik lah, aku tak suruh datang pun kan? Susah-payah kau datang semata-mata nak tengok aku je " Erina menayangkan satu senyuman tipis pada Natalia di sebelah nya. Ia bersyukur kerana mempunyai sahabat yang care akan diri nya.

" No. Putri, why betina tu dekat bawah makan dengan zehanz? And kenapa kau tak join diorang makan sekali? " Soal Natalia ingin tahu. Dari tadi ia menahan geram melihat kegedikan putri sejak dari bawah tadi

" Tanya dia sendiri lah. Aku okay je kat sini. Kau balik lah dengan Zaquan. It's okay aku boleh jaga diri " senyuman yang dari tadi terukir masih tidak lengkang dari bibir

" Ada apa-apa kau terus call aku or Zaquan okay? Aku datang cepat-cepat nanti! " Natalia cuba membuat suasana agar tidak terlalu tegang. Erina tergelak kecil, ada saja yang di buat nya agar sahabat nya ini tergelak

" Okay, bye ! Love you! " Sapa Natalia sebelum keluar dari bilik bersama Zaquan.

.....

Setelah pintu bilik Erina di tutup Natalia. Zaquan berhenti di depan pintu bilik itu bersama Natalia

" Kenapa? "

" Aku blur. Kat bawah tadi mummy? " Soal Zaquan dengan penuh tanda tanya. Sejak bila datin seri balik? Zehanz tak bagi tahu apa-apa pun?

Natalia hanya mengangkat kedua bahu nya tidak tahu.

" Nak tegur ke? " Tanya Natalia apabila mereka berdua di tangga menurun ke bawah

" No " Zaquan menggengam tangan Natalia sambil turun. Wajah zehanz dan datin seri langsung tidak di pandang sehingga lah mereka keluar dari rumah banglo itu


|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|

TCB

ABAIKAN TYPO

THANKS. JANGAN LUPA VOTE !

ZEHANZ AL-FAYYAD Where stories live. Discover now