Chapter 1

0 0 0
                                    

Aisha POV

"Cantik tak suasana malam ni?"

🌍: "Cantik! Saya gembira dapat luangkan masa macam ni dengan awak."

"Kalau macam tu, boleh tak awak bangun Aisha?"

🌍: "Bangun? (bangun dan berdiri menghadap lelaki misteri)"

"Aisha, bangun Aisha. Aisha. Aisha. Aisha!"

🌍: "Arghhh! Astagfirullah!"

"Aisha! Bangun pun! Jom turun, kita dah sampai lama dah!"

🌍: "Sorry, aku tertidur. Jom."


Apabila mereka turun bas, mereka menemui Professor Kamal yang menunggu mereka dari tadi.

"Aisha! Awak kena cadang waktu tidur awak lebih teratur lagi. Saya tahu awak penat tapi kita dah lambat. Sekarang pergi check in, lepastu rehat, nanti saya akan announce dalam group bila awak semua boleh turun makan. Faham?"

🌍: "Faham prof. Maaf sekali lagi prof."


Selepas sahaja selesai check in, Aisha terbaring seketika mengingati mimpinya.

🌍: "Apa yang aku mimpikan tadi? Siapa lelaki tu? Hish! Sudahlah, lebih baik aku pergi mandi dan buat kerja dari aku sambung tidur semula."

Beberapa jam kemudian. . .

(Kring!)

Message :

"Semua diminta untuk berkumpul di depan hotel sekarang. Sebentar lagi kita akan bergerak ke restoran."

🌍: "Akhirnya! Mari kita bersiap dan pergi!"


Sesudah sampai di restoran dan makanan telah sampai. . .

"Sebelum kita mula makan, saya ingin memperingatkan kalian beberapa perkara tentang penggalian arkeologi kita esok. Pertama, pastikan kalian semua tidur yang cukup malam ni kerana kita akan berkerja hingga petang. Kedua, pakailah sunscreen yang banyak kerana cahaya matahari terik bulan ni. Pastikan esok kita melakukan kerja betul-betul tanpa main-main dan enjoy yourself with this excavation. OK?"

"OK!!!!"

"Dipersilakan makan!"


Selepas selesai makan dan menuju ke bas untuk pulang ke hotel, Aisha terlihat sesuatu bercahaya di pantai. Dia lalu menghiraukan cahaya itu dan bergegas pulang.

Keesokan harinya. . .

🌍: "Alamak! Aku dah lambat!" 

Aisha bergegas mandi dan turun ke bawah untuk berjumpa dengan professornya. Professornya lalu memarahinya atas kecuaiannya dan meminta untuk makan sarapan dengan segera selepas itu mereka akan bergerak ke tapak arkeologi.

Sesampai di sana, mereka memulakan penggalian mereka sehingga ke petang hari. Mereka mengulangi perkara ini untuk beberapa hari tetapi disebabkan hasil yang tidak seperti Professor Kamal inginkan, mereka telah berbincang untuk balik lebih awal dari waktu sepatutnya.

Pada hari kepulangan mereka, Professor Kamal membawa mereka ke pantai untuk menghadiahi penat lelah mereka selama 2 minggu bekerja. Aisha yang awalnya bermain air telah rehat kerana kepenatan sehingga dia terjumpa sesuatu.

🌍: "Batu apa ni? Kenapa berkilau sangat?"

"Aisha! Mari kita pergi! Kita perlu tukar baju dan balik sekarang!"

Aisha ingin meletakkan batu itu tetapi rakannya terus menarik tangannya untuk pulang. Sesampai di rumah ibunya, ibunya bertanya perihal batu itu.

"Aisha, batu apa tu? Kamu beli ke?"

🌍: "Ye mak. Aisha berkenan dengan warna batu ni dan kilauannya jadi Aisha beli."

"Betul ye Aisha? Jangan kamu ambil batu merata-rata."

🌍: "Betul mak."

Aisha takut maknya akan memarahinya jadi dia terpaksa menipu. Selepas pulang ke rumahnya sendiri, Aisha tertanya apa dia akan buat kepada batu itu. Kemudian, dia terdapat idea untuk mengantung batu itu di pintu sebagai hiasan.

Keesokan paginya, Aisha menjalani harinya seperti biasa dan dia ingin keluar untuk membeli barangan dapur tetapi. . .

🌍: "Kunci dah bawa. Hmmm. Oklah. Mari pergi! (Aisha membuka pintu dan menemui dirinya di tempat asing) Ha? Aku kat mana ni?"

To be continued. . .

Hi! It's your writer, A. I'm writing this in the languages of the characters but maybe next time when I'm free, I will translate it to english. Thanks for reading. Bye! Chiao! 💃

Chronicles of the Time StoneWhere stories live. Discover now