Part 1

516 13 9
                                    

Double line.

'mesti dia happy ni' fikir saya sendiri.

Nda sabar saya mau tunggu Liam balik dari kerja. Tiga tahun kami mencuba untuk dapat anak. Tiga tahun juga la kena tahan telinga dengar mentua perempuan saya sindir sindir.

"Hmm..dalam semua menantu mama, belum ada lagi tau yang kena cop mandul Stella"

"Stella..Stella..kalau mama jadi si Liam, sudah mama kahwin lain"

"Liam, si Elaine sudah balik dari Japan. Ko nda mau jumpa dia? Boleh bah kan Stella kalau si Liam mau jumpa kawan lama dia"

Kata-kata begini lah saya selalu dengar dari mulut mentua saya. Kadang-kadang  dia buat macam saya nda wujud ja. Kalau mengadu dengan Liam pun paling paling dia cakap, jangan ambil hati sangat, mama bergurau ja tu.

Saya ni bukan juga bodoh sangat sampai nda tau kasi beza bergurau atau tidak. Saya tau mama dia nda bergurau. Saya tau mama dia memang lama sudah nda suka saya dan sampai kami kahwin pun dia masih nda suka saya. Hanya sebab saya ni anak yatim piatu, tiada status yang tinggi dan bagi dia tidak sesuai langsung untuk anak dia yang bekerja sebagai assistant VP di syarikat besar.

Liam ni pula mama's boy. Dalam apa saja situasi mesti dia akan menangkan mama dia. Saya nda boleh cakap apa-apa sebab benda tu saya sudah tau dari sebelum kahwin lagi. Sebelum kahwin, dalam fikiran saya, bila seorang lelaki tu rapat dan manja dengan mama dia, dia akan treat isteri dia dengan baik. Lagipun comel apa kalau lelaki tu manja dengan mama dia kan.

Teetttt! Saya silap!

Tapi apa boleh buat kan. Ni lah akibat dia getek mau kahwin sedangkan baru kenal 7 bulan. Lepas kahwin baru lah nampak sikap dia yang selebihnya. Sebelum kahwin semua pun sweet sampai tahap boleh kena kencing manis.

Selama kahwin ni memang Liam jaga saya dengan baik. Dari segi keperluan dia tidak pernah abaikan. Tapi kalau bab penuhi keinginan saya tu dia fail sikit.

Kalau anniversary ka, birthday ka jarang lah dapat hadiah, apa lagi bunga. Tapi kalau mama dia, ringan betul tangan dia mau bagi hadiah. Tidak kisah masa birthday, masa jemput di airport kalau mama dia baru balik dari bercuti atau kalau mama dia dalam recovery sebab baru suntik botox. Pendek kata mama dia lagi banyak dapat hadiah berbanding saya. Tapi apa juga kan kalau sekadar hadiah-hadiah ni..pffttt..yang penting dia sayang saya kan? **tolong la jawab iya untuk kasi sedap hati saya.

Kalau keinginan batin tu, erm..entah lah.

Tapi kita abaikan dulu cerita-cerita yang nda best tu. Sekarang ni fokus yg best-best ja. Iaitu..

I'm pregnant! Finally!

Mata saya dari tadi tengok jam. Tengok jam, tengok pintu masuk. Tengok jam, tengok pintu masuk. Sepatutnya dia sudah sampai rumah setengah jam yg lalu, tapi mungkin jalan jem. It's ok, I can wait. Apa lah sangat kalau sekadar tunggu beberapa minit atau jam untuk kegembiraan yang kita sudah tunggu selama 3 tahun kan.

Saya duduk di ruang tamu dengan pregnancy test kit di tangan. Tersenyum saya tengok dua garis merah tu. Begini pula perasaan dia kalau tau diri tu pregnant kan, tambah-tambah lagi bila lama sudah kita tunggu. Nda tergambar tu perasaan.

Klik!

Laju saya berdiri bila dengar bunyi pintu utama kena buka. Maksud dia Liam sudah balik. Dengan excitednya saya berjalan, tangan yang pegang test kit tu saya tapuk di belakang saya, konon nya mau bagi surprise dengan Liam.

"Liam, ko sudah balik? saya ada sesuatu mau bagitau ko. Mari duduk sini" saya tarik lengan Liam dengan manja. Nda sabar mau bagitau dia berita gembira ni.

My Instant Boyfriend (Complete)Where stories live. Discover now