Cerita saja-saja

77 6 1
                                    

Halu readers!

Kalau kamu sedang baca ni, saya mau ucap terima kasih sebab sudi luang masa untuk cerita saja-saja ni..hehe

Tadi saya tengok-tengok akaun wattpad saya. Tersenarai la tajuk-tajuk yang saya sudah publish. Tiba-tiba ternampak satu tajuk 'draft'.

Sebenarnya dalam draft tu, ada jalan cerita asal untuk My Instant Boyfriend. Tapi tergantung sampai 7 part ja. Lepas tu otak blank, nda tau mau sambung macam mana.

So sy buat cerita baru, dengan konsep hampir sama dan watak yang sama iaitu Stella, Xander, Liam dan lain-lain. Cuma dalam cerita asal ni kalau nda silap tiada watak Ryan dan character setiap watak tu ada yang sama, ada yang berbeza. Antara yang berbeza adalah watak Xander.

Saya pun lupa sudah kenapa saya tidak berusaha untuk sambung cerita ni. Mungkin masa tu saya rasa cerita ni macam berbelit dan kurang kemas.

Tapi apa-apa pun, di sini saya mau share salah satu part dalam tu file 'draft' yang asalnya idea asal untuk My Instant Boyfriend. Cuma kalau masa tu cerita ni yang saya publish, tajuk dia akan jadi lain la.

Mari saya belanja salah satu part dalam tu draft (bukan part 1) 😘

===============================

Lama Xander tenung sy. Macam dia tengah berfikir sesuatu sebab kening dia hampir bersambung gara-gara terlampau berkerut dahi. Mulut pun biut biut.

"Hoi!"

Terkelip kelip mata si Xander.Macam roh dia baru masuk balik badan dia. Lucu juga sy tengok dia ni. Sekarang ja boleh nampak dia relax sikit, hanya bila kami dua sama-sama.

"ko ni ah!" selamba ja Xander lastik dahi sy.

"Adui! sakit lah!" Sy gosok-gosok dahi sy. Boleh tahan kuat juga dia lastik.

"Siapa suruh jajal" Xander menjeling. Sy masih lagi gosok-gosok dahi sy. Confirm ada bekas merah ni.

"Kenapa?" Xander tanya dengan kasar.

"Tiada la, sy hairan kenapa ko tengok sy macam tu. Cantik sangat ka sy ni sampai ko tengok sy begitu dalam?" Sy tongkat dagu di meja makan sambil kelip-kelip mata tengok si Xander. Act cute la konon.

Xander yg sedang duduk di depan sy dekatkan jarak dia sampai muka dia betul-betul di depan sy.

"yes you are my princess, sangat cantik"

Pandangan mata dan senyuman dia tu buat sy rasa macam oksigen di sekeliling sy kurang pula. Gulp!

"tapi dalam mimpi la..hahaha!" Xander terus kacau kasar rambut sy, tinggalkan sy geram sendirian.

"urgh! Xander! nanti ko ah!" memang mau kena ni lelaki ni. Paling last sy humban dia selipar masa sy form 5. Nanti ko Xander!

Sy ready sudah berdiri untuk kejar dia. Mata liar mencari selipar rumah. Sy nda mau pakai sy punya selipar sebab sejuk. Hairan juga sy kenapa lah dorang mau pakai lantai tiles di tempat-tempat sejuk macam ni. Sejuk dia tu bikin terkejut tapak kaki, sebab tu sy nda mau korbankan selipar sy.

"Don't even think about it princess. Ko tu pregnant, jangan lasak sangat" si Xander macam tau ja sy plan mau humban dia.

Terdiam sy sekejap. Sy selalu nampak sisi nakal si Xander. Dia memang caring orang dia. Tapi kali ni macam berbeza sikit cara dia ambil berat. Kadang-kadang sy rasa macam dia treat sy macam wife dia.

"Xan"

Xander datang menghampiri sy dengan perlahan. Muka dia nampak risau. Dia tau bila sy panggil dia macam tu memang ada sesuatu yg nda kena.

My Instant Boyfriend (Complete)Where stories live. Discover now