(S2) Part 47

101 8 2
                                    

Xander's P.O.V

Otak saya terlalu sarat dengan masalah sekarang ni. Bila Sandra telefon bagitau yang daddy kemalangan teruk, saya tidak dapat berfikir dengan jernih. Walaupun saya dan daddy ada konflik besar yang masih belum selesai, tidak bermakna saya happy bila dengar berita macam ni. Pusing macam mana pun saya tetap sedar yang dia masih bapa saya.

Marah saya dengan daddy saya gara-gara Stella belum pun terpadam, dia buat lagi hal baru. Daddy kedapatan curang dengan perempuan lain di belakang mummy. Patut la rajin ja outstation. Dan yang paling bikin terkejut tu, perempuan tu adalah Elaine.

Iya, perempuan sama yang berkomplot dengan cousin saya untuk mainkan perasaan kawan baik saya sampai dia bunuh diri. Perempuan yang sama juga penyebab penceraian Stella dengan ex husband dia. Dan orang yang sama jadi perempuan simpanan daddy. Nda tau kenapa banyak betul dia libatkan diri dengan orang disekeliling saya. Besar betul mungkin dosa saya dengan dia di kehidupan lampau.

Sampai ja di bahagian kecemasan hospital, saya nampak sudah Sandra dan mummy sedang duduk di luar bilik kecemasan. Dan yang paling bikin semak mata saya masa tu adalah, perempuan nda tau malu tu pun ada di sana juga menunggu. Tangan dia terlihat berbalut. Saya rasa dia ada bersama daddy saya semasa kemalangan dan dia cuma cedera ringan. Saya kasi limpas ja mummy saya dan Sandra yang sedang duduk. Saya berjalan ke arah perempuan tu yang juga menunggu tidak jauh dari situ.

"Hey perempuan, apa ko buat sini?" Walaupun saya agak marah, tapi saya sedar yang saya berada di hospital, jadi saya masih kawal kelakuan saya. Elaine nampak agak suram. Mungkin dia juga risaukan daddy. Tapi saya peduli apa?

Belum pun sempat Elaine menjawab, mummy sudah berdiri di belakang saya dan tarik tangan saya untuk duduk disebelah dia.

"Sudah la tu Xan. Nda payah marah-marah. Benda sudah jadi, mummy yakin yang dia pun nda mau ni semua terjadi" Suara mummy pun perlahan ja. Mata dia masih lagi merah bekas menangis.

"Apa yang mummy cakap ni? You do know who she is kan mey? Kenapa mummy back up dia?" Geram pula saya bila mummy saya halang saya tadi.

"It's ok Xan. Mungkin ni la balasan mummy dengan apa yang mummy sudah buat sama mummy Xan dulu" Sesekali mummy lap-lap hingus di hidung dia dengan tisu yang sudah bergumpal di tangan dia.

"Mey, berapa kali saya mau bagitau mummy. Itu lain bah mey, nda sama. Mendiang mummy saya yang suruh mummy kahwin dengan daddy bila dia sudah tiada, sebab dia tau dia nda dapat hidup lama. Bukan mummy rampas daddy" Mummy masih anggap perbuatan daddy sekarang tu adalah balasan kepada dia. Dia masih rasa bersalah dengan mendiang mummy saya. Memang saya masih kecil masa semua tu berlaku. Tapi bila saya sudah boleh faham, ama ada jelaskan kepada saya semua tu. Lagipun mummy ni orang yang mendiang mummy saya kenal juga. Masa tu sudah dua tahun laki lama mummy meninggal sebab sakit, meninggalkan mummy dengan Sandra. Mendiang mummy saya pula memang sedang sakit masa tu dan dia tau dia nda akan hidup lama. Sebab tu dia percayakan mummy untuk besarkan saya. Walaupun mula-mula ama tidak mau serahkan saya kepada mereka. Tapi last-last ama terpaksa mengalah sebab dia mau saya hidup dengan baik.

"Mummy bersalah juga Xan, mummy mengaku yang sebelum mendiang mummy Xan pergi lagi memang mummy sudah ada hati dengan daddy Xan. Ini semua balasan Tuhan untuk mummy" Mummy menekup wajahnya dengan kedua-dua tangannya.

"Mey.." Saya hilang kata. Saya nda tau macam mana mau pujuk mummy supaya berhenti salahkan diri sendiri.

"Sudah la tu mey. Benda lama jangan lagi mummy ingat-ingat. Saya pasti mendiang mummy saya pun berterima kasih betul sama mummy sebab sudah besarkan saya dengan baik" Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk pujuk mummy sebab emosi dia kurang stabil. Jadi saya cuma berdiam diri. Sesekali saya curi pandang ke arah Elaine. Dia pun tidak kurang gelisah dia.

My Instant Boyfriend (Complete)Where stories live. Discover now