36. JUJUR

62 7 5
                                    

Heiriz tengok sudah masuk waktu rehat, mesej pun masuk, bekas rakan sekerjanya di Sayap QA ajak dia makan tengah hari di luar. Bibir Heiriz melengkung keatas, modnya sedikit terang. Dia berhenti berjalan dan berpusing pandang Fasha dan Rafael.

Heiriz, "Hari ni saya makan luar. Tukar baju."

Rafael dan Fasha hanya membalas dengan senyuman.

Restoran Goldigan, Akademik Sains dan Teknologi
Mereka tiba di sebuah restoran yang terletak betul betul di hadapan akademik, hanya perlu seberang sahaja jalan raya guna kaki. Heiriz tak faham kenapa sahabatnya memilih restoran yang di penuhi dengan pelajar dan kakitangan yang berkerja di situ. Restoran itu sangat padat dan ramai. Nasib baik Fasha dan Rafael mengenakan pakaian kasual ketika pergi ke tempat awam dan membawa beg galas berisi senjata ringan dan memarkir kereta berdekatan.

Dia nampak Muziz, Jane, Li Jun, Ishya dan Anis melambai tangan ke arahnya. Heiriz tersenyum segera bawa Fasha dan Rafael bersama. Fasha, Rafael dan beberapa saintis agak kekok ketika bersama. Mereka semua pandang Fasha dan Rafael dan berjabat tangan. Sudah tentulah mereka kenal Fasha dan Rafael.

Anis, "2 minggu tak jumpa, kitorang rinnndu kauuu."

Muziz di tengah tengah antara Jane dan Anis berkata, "Rindu lain makna ke tu? Kapten Khai tau habis kau dia kerjakan."

Anis, "Eih, rindu kawanlah!" Dia tepuk tangan Muziz.

Gelak tawa terburai.

Li Jun, "Hah Heiriz, macam mana keadaan kau kat sana, ada macam ok ke? Dapat kawan baru?"

Heiriz senyum kerang, "Tak, dapat musuh adalah."

Ishya, "Tak percaya aku, muka kau buat musuh? Uuuuuhhh."

Heiriz, "Iya, satu unit tu tak suka aku, dari hari pertama dah kena palau."

Jane perlahankan suara, matanya pandang kanan ke kiri seperti berjaga jaga, "Heiriz, aku lupa nak cakap. Bukan..tak boleh ke dari makmal sayap lain berkumpul macam ni demi nak jaga maklumat takut terbongkar."

Heiriz, "Yela, aku lupa. diorang tak bagitau rules macam ni kat sana, kat Sayap AZ tu, iya."

Anis, "Jadi, tak payah tanya. Kita borak borak kosong jelah, kena tangkap nanti pula."

Muziz, "Alah, bukan selalu pun jumpa. Tu aku ajak makan kat sini, tertutup pastu ramai student kat sini. So, agak susah nak detect."

Semua pandang Muziz, barulah mereka faham kenapa Muziz ajak makan di situ padahal jauh kot jarak antara Sayap QA dan QU ke restoran tu.

Muziz, "Aku tak sangka pula kau di provide Skuad Elit kat sana."

Heiriz, "24 jam, demi keselamatan aku."

Mereka berbual kemudian tersebut nama Tisna, suasana mula suram, mereka berdukacita atas kematian Tisna dan berdiam buat beberapa minit sehingga makanan set pun sampai dan di hidangkan ke atas meja. Mereka semua menjamu dengan suasana yang tenang dan ceria, manakala Fasha dan Rafael macam robot, mereka kekok makan bersama sama dengan saintis di sekeliling mereka.

Tiba tiba ada seseorang berdiri di antara Fasha dan Rafael, mereka berdua angkat muka pandang orang yang berdiri tu. Mereka yang lain tak sedar sebab sedang sibuk pandang makanan dan makan sambil berborak borak tak pandang mana mana, yang perasan hanya Jane dan Ishya je. Rafael berdiri lalu dia beredar dan di gantikan dengan orang yang berdiri tadi.

Mereka semua kecuali Heiriz berhenti berborak, berhenti makan selepas pandang orang di sebelah Heiriz, Heiriz pula tak perasan dia masih terus makan tak pandang orang sebelah langsung.

Heiriz, "Sedaplah makanan sini, aku ni bukan pandai masak pun selalu harapkan robot yang masak. Tau taulah robot masak macam mana, hahaha."

Heiriz angkat muka, dia pelik kenapa semua senyap pandang dia.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now