41. PERJALANANNYA

39 5 3
                                    

Wilayah Beiping
Setelah keluar dari Wilayah Hanyu  beberapa jam yang lepas, mereka bertembung pelbagai halangan, zombi, mutan yang sebelum ni tidak sebanyak ini dan itu kali pertama Wilayah Hanyu terima tamparan sehebat ini. Perjalanan mereka menjadi panjang dengan adanya sekumpulan zombi dan mutan kejar mereka. Mereka sedang menghampiri Wilayah Beiping, dinding tenaga wilayah tersebut. Mereka tiada tembok, tak semua wilayah mempunyai dinding tenaga dan tak semua wilayah mempunyai tembok semua bergantung kepada kewangan wilayah masing masing. Dengarnya setiap wilayah tak berbaik malah mereka bersaing dari segi ekonomi, ketenteraan dan tenaga pekerja. Mereka mencuba menjatuhkan antara satu sama lain.

Sebelum mereka masuk ke Beiping, mereka akan di scan jika terdapat virus di bawa oleh mereka. Negara Chin agak bebas nak ke mana sahaja keluar masuk dari wilayah mereka asalkan mereka bebas dari jangkitan berbeza dengan Malsia yang mempunyai kawalan yang sangat ketat, kalau nak keluar dari kawasan bandar pun perlu isi borang untuk di lulus kebenaran malah di siasat pun ada. Tapi itu lebih baik dari bebas ke sana ke mari tanpa tahu risiko, bukan semua jangkitan virus boleh di detect, contohnya senjata manusia, kalau mereka pembawa agak sukar di detect sebab mereka memang manusia-zombi. Kali pertama Iriz lalu Wilayah Hanyu untuk ke Wilayah Beiping.

Tak sangka pula bilik sewa Iriz dan Qianlu tak jauh dari rumah sewa 2 tingkat milik mereka. Kemudian kenderaan Iriz di hantar ke bengkel. Zombi level 5 yang di balut ketat ketat agar tak terhasilnya bau hanyir dan perlu di simpan sekejap di luar rumah dan di kawal ketat risau di curi pula.

Iriz berada di dalam bilik sewa, dia tanggalkan goggle di matanya. mata berwarna kelabu seakan kebiruan di terangi cahaya lampu yang terang, Heiriz Zil..nama palsu yang telah di gunakan selama lebih 14 tahun. Azliz Harrison Caleb nama sebenarnya tapi dia takut nak pakai nama sebenarnya seolah olah di buru oleh mimpi ngeri maka dia letak nama singkatannya, Iriz sahaja. Dia keluarkan pisau pemotong buah lalu dia gores pipinya, goresan di pipinya beransur ansur pulih. Nampaknya kebolehan Echidmanya semakin meningkat. Sejak dia mempunyai memori 14 tahun lepas, dia boleh gunakan kebolehan Echidma hampir sepenuhnya. Seolah olah memorinya yang terkunci bukan sahaja kunci memori malah kebolehannya sekali.

Setiap kali memori zaman kanak kanaknya kembali, setiap kali itu jugalah kebolehannya satu persatu unlock. Ada sebab kenapa dia biarkan rambutnya panjang,dia suka rambutnya dan nampak iras seperti ibunya bila rambut panjang. Malah, wajah adiknya sudah pasti iras sepertinya kadangkala dia menatap cermin dan membayangkan wajah adik perempuannya di dalam cermin itu. Bila dia kenangkan berkenaan adik, dia ada seorang adik perempuan yang sepatutnya sudah 14 tahun sekarang. Dia tak tahu apa nasib adiknya sekarang dan di mana, dia bukan sahaja merantau malah sedang menjejaki maklumat mengenai adik perempuannya.

Heiriz tak tahu, adik perempuannya sudah pun bersalin dengan selamat dengan bayi lelaki yang sihat dan wajahnya mirip seperti ibunya, Evana. JS antara terpaling gembira sambut bayi itu kemudian dia abaikan Evana, layanan dah tak sama seperti sebelum dia bersalin. JS banyak meluangkan masa menjaga dan membesarkan bayi comel itu. Sejak Evana bersalin, JS sekali pun tak pernah jenguk atau ambil tahu hal Evana mahupun Josh, malah dia tak pernah bawa bayi tu berjumpa dengan ibunya langsung. Josh perasan sikap JS yang lebih kepada sifat kebapaan, Josh tak faham kenapa JS obses nak ada baby. JS berhasrat memiliki anak yang ada darah dan DNA sama seperti Heiriz, sudah tentu dia tak sabar nak baby tu.

JS tenung bayi comel itu di dalam di atas katil bayi, dia senyum lembut ke arah bayi yang baru beberapa bulan usianya. Bayi itu tergelak pandang JS.

JS, "Awak sunyi eh, takde mommy? Nanti daddy cari mommy, kita boleh jadi satu keluarga yang bahgia.."

Josh berada di luar bilik terkejut, tak sangka sehingga begini tahap obses JS. Josh tak tahu bayi tu siapa emaknya, dia tak pernah bertemu dengan Evana. Tapi yang dia pasti, bayi tu mirip seperti Heiriz, dia tertanya jika itu adalah bayi dari tabung uji atau memang dari janin manusia.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now