43. PASUKAN KHAI

45 5 3
                                    

*maafkn sye kalau english agak bersepah, da 7 tahun x msuk kelas english😁. Ampunkan saya kalau grammar lintang pukang, x depend dgn translator sgt.

Heiriz dan kumpulan Alex membuat perjanjian ambil misi kelas S, Heiriz tahu mustahil dia boleh ambil misi kelas SS, S dan A hanya berdua, dia perlu bergabung dengan pasukan lain. Misi S kali ini ialah mengiring dan melindungi beberapa orang pekerja yang berkhidmat di bawah pelanggan yang mengeluarkan misi tersebut untuk dapatkan logam platinium sebanyak 30 tan. Syaratnya 1st, 10 senjata manusia persamaan 25 Pemburu. Syarat 2nd, ada para medik atau orang yang mahir dalam memberi bantuan rawatan kecemasan. Syarat 3rd, senjata yang mencukupi berkaliber tinggi. Syarat 4rd, berpengalaman misi kelas A dan ke atas lebih 5 kali. Buat pasukan Alex, pasukan mereka sudah cukup lengkap semua syarat dan kejayaan mereka semua misi A dan S lebih 5 kali.

Hari sudah pun larut malam.

Heiriz, "Memang syarat kelas S selalu macam ni ke?"

Alex, "ha ah, makin tinggi kelas makin susah misi. Selalunya ke tempat yang banyak zombi. Lokasi yang kita pergi kali ni ialah ke lembah Huanglong. Di mana tempat tu berhampiran dengan wilayah di bom nuklear. Tempat tu memang tempat zombi di tinggalkan sebab permukaan georgrafinya membuatkan semua zombi terperangkap di situ."

Alex isi semua senjatanya dengan peluru sepenuh yang mungkin.

Heiriz, "Kenapa mereka tak bom saja?"

Alex balas dengan tenang tapi itu tidak menghentikan tangannya dari bergerak, "Sebab, di situ ada penduduk yang enggan berpindah. Lagi satu, ia tak berada di mana mana wilayah, wilayah berhampiran tak sudi nak ambil lembah tu masuk ke dalam wilayah mereka. Sedangkan lembah tu kaya dengan hasil sumber bahan mentah seperti logam, permata dan ubatan. Kami pernah ambill misi SS di Lembah Shuangqiao, dan Hutan Wun An. Di situ, macam macam perangkap samar merata tempat. Merata tempat mayat, haiwan liar berkeliaran tapi sekarang haiwan liar tu lebih menakutkan."

Heiriz tergelak kecil, "semua zombi."

Alex, "Ya. Saya tak boleh lupakan misi SS pertama kami. Beberapa yang terkorban. Kami ada lebih 30 orang total, ramai yang terkorban dalam misi tu."

"Apa misi tu?"

"Bersihkan zombi. Yang kedua pun sama, tapi kami lebih berhati hati kali ni. Jadi, ramai yang cedera berbanding terkorban."

Heiriz duduk di sebelah Alex, dia juga masukkan peluru ke dalam senjata.

Alex, "Misi S baru 2 kali. 2 kali pun, ibarat mimpi ngeri. Bila kita ramai, berkerjasama benda susah jadi senang. Sebenarnya, ia semua bergantung atas kerjasama pasukan masing masing. Ada pakar strategik, pakar geografi. Dalam pasukan saya lengkap semuanya, kecuali teknikal saya cedera parah..masih dalam rawatan. Sebab tu saya rekruit awak sementara waktu. Jangan risau, poin akan di agihkan 2 kali ganda. Lagi pun misi ni bukan permintaan dari Beiping, dari Hanyu sendiri."

Heiriz, "Memang misi kelas S atau SS, pelanggan sendiri yang akan pergi dengan kita ke?"

Alex, "tak, selalunya pekerja dia sendiri tak pun askar dia. Pelanggan mana sanggup risikokan diri sendiri, dah lah bayar mahal pastu pergi sekali. Tak ke buang duit buang nyawa?"

Heiriz termenung sekejap, Alex perasan Heiriz mengelamun, dia tak pasti samaada Heiriz dengar atau tak apa dia jelaskan tadi. Alex cuit hujung hidung Heiriz, Heiriz tersentak. DIa sentuh hidungnya, dia tunjukkan ekspresi tak suka. Alex terus rasa bersalah, dia tak de niat lain pun nak mengusik je tak sangka Heiriz ni series orangnya. Heiriz pandang menara tinggi Kota Beiping dari sudut jauh, mereka di pinggir bandar.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now